Dua tahun masih rindu

17:03



26 Februari.
Dua tahun lepas.
Terputusnya doa seorang ayah.
Akhirnya masa untuk aku tatap wajah separa tua itu.
Tak sempat untuk dia merai aku di sini.
Tak sempat untuk aku bawa seseorang untuk dia perhati;
apa boleh seseorang itu jaga aku seperti dia
apa boleh seseorang itu faham aku seperti dia
apa boleh seseorang itu, bimbing aku ke jalan Allah seperti dia.
Tak sempat juga untuk aku ungkapkan lafaz yang tersimpan selama ini;
lafaz sayang yang tiada tolok banding buatnya.


Dua tahun,
dan masih rindu.
Al fatihah.



Percaya

10:41





Untuk percaya pada sesuatu tu bukan senang
Untuk percaya dengan sepenuh hati, hati itu sendiri perlu siap;
Siap dengan kentalnya, siap dengan perisainya
Agar bila ditusuk, tak terkulat mencari penawar.


Tapi bila kata percaya dah disemat
Kenapa perlu ada ragu-ragu?
Kenapa perlu timbul rasa begitu?
Dan kenapa-- 
Perlu disulam sekali khianat dan tipu
Sedang percaya sudah terpaku?


Percaya itu bukan untuk diletak pada yang sembarangan
Percaya itu bukan boleh dijual beli di pasar dalam longgokan
Percaya itu bukan cuma ditulis di kertas yang kemudian hanyut di lautan
Tapi--
Percaya itu perjanjian
Percaya itu ikatan
Percaya itu boleh jadi kebaikan, atau kerosakan


Untuk ada seseorang yang percaya kita bukan mudah
Untuk ada yang masih bertahan untuk kita itu payah
Pertahankan. Hargai. Jangan buat buta tuli.
Jangan sampai dia pergi.


Maka bila yang namanya percaya sudah terungkap
Jangan pernah mengalah
Jangan pernah cepat melatah
Dan bersiap dengan segala kemungkinan yang kalau disimpulkan
akan capai satu titik-
Boleh jadi dia akan terus hidup dalam jalan hidup kau
Atau akan jadi pengajaran untuk kau teruskan jalan hidup kau.

Lovelies, till jannah, Insha Allah

13:08
Assalamualaikum.


Hai. Selamat berhujung minggu. Wat pe tuwww?? Hahaha buang tebiat.
Aku baru lepas makan biskut hup seng (padahal kat rumah panggil biskut cap ping pong) cicah nescafe panas. Fuh nikmat. Alhamdulillah. Ni kalau dapat teh o panas lagi sedap berganda nikmat dia. 

Jumaat dengan Sabtu tak buat apa pun weh. Berani mati betul. Hahaha. Jumaat pi hantar laptop tambah ram dengan service fan sekali. Melayang duit dan masa aku sebab benda tu makan masa gak sehari. Nak pergi ke kedai pun dah makan masa nak tunggu bas.. next bas ambik dalam sejam... Pastu balance balance masa tu ada la isi dengan perkara tak berfaedah yang lain. Malam pi fashion show. hehehehe.....


Ok ah. Sebenarnya nak upload gambar haritu dengan makcik makcik plus satu pakcik SC1 pi jalan-jalan jb. Alkisahnya transport takde. Ada kelisa je. Nasib baik Maru bawak motor. Kalau tak mana mau sumbatttttt?? Hahaha. Tapi satu hal jugak tu. Nak kemana mana tak seiring sebab dia motor so takleh nak follow sangat la. Elok-elok nak food hunting, jadi Maru hunting. Maru Go! Hahahaha.
(btw Maru's real name is Izwan ((ni untuk sesape yang curious and in case ada yang membaca sini tapi tak kenal)). Punca sebenar nama Maru tak dikenal pasti, mungkin sebab time form 2 dia comel macam Hagemaru kot hahaha lol) Psst nampak gaya macam dah berpunya hahaha untung gf Maru. 
Berdasarkan pemerhatian seorang observer macam aku (puih), Maru ni setia. Hahahaha bebudak dalam kelisa sardin boleh gelak eh bila aku cakap cemni. Takdelah. Bukti dah ada depan mata. Lama dah perati. Macam haritu, dia kena tinggal macamana pun, tetap tunggu kitorang. Tetap update mana nak pergi. Layan je kepala golongan XX ni hahah padahal dia sorang je lelaki kot??? Dari dulu pun memang kalau apa-apa gathering ke apa ke dia je laki yang jarang gagal hadir. Hahaha ko raseeeee tak setia ke tu namanya??? Hhaha moga berbahagia la Maru. May Allah bless u.



Dah dah. Jom masuk gambar. Kalini yang dapat join just aku, Syaza, Bibah, Jane, Ika and Dr. Aiyin. Hahaha penting dr. tu. Selalunya dapat jumpa time kau balik je weh. Kira macam loceng ah, macam,"weh weh Aiyin balik weh. It's time to meet!!!" Gittewww.



 Oh mula mula lepak tempat legend dulu. Jumpa Ainaa yang tak dapat join sebab kerja. Hahaha soalan wajib Ainaa "Kau nampak aku dah kurus belum?" Hahahaha Ainaa seriously.......




Lepastu bedal Kacang Pool Haji kat Larkin Bomba. Walaupun kat pb tadi dah bedal Mee Bandung dengan natang ball cucuk cucuk tu, and semalamnya pun aku dah makan kacang pool haji ni kat depan sekolah cina tu, tapi demi korang, aku sanggup gemukkan diri lagi. HAHAHA. Bukan selalu yedokkk


Lepastu, kita ke Country Garden~~~


Look at Jane and Ika at the back.... Hahaha pose makcik kepochi







 Bibah: Pose kaki ke depan jom jom!
Layannnn~



 Ika: Pose nangis jom (sebab love tu dah rosak sikit)
Layannnn~


 Sebelum wisel pakgad berbunyi. Kecoh aaa pakcik hak alaaa kecoh aaaaaa~



 Lompat Maru lompat.



I'm amazed.... with the lighting design..... Hahaha feeling id datang tetiba time ni


Teknik Bibah nak suruh orang ambik gambar dia, dia ambik gambar kita cecantik dulu..
 Eleh bibah macam aku tak kenal ko. Tapi ni blog aku so gambar aku je ah ada. Gambar kau ilek. HAHAHAHA



 Dan diakhiri dengan makanan penutup di Kilang Bateri sebab surau dia besar. Tu je. Hahaha.



oh the day before sebenarnya i jumpa this one makcik kepoh yang memang dari dulu kerja dia bercakap serupa rap. Sape lagi ennn hahahaha. Senang betul plan dengan makcik ni. Cakap je nak keluar. Pukul 12 cakap, pukul 1 keluar. Dapat jumpa, makan, borak pun jadi ah. Sebab memang tujuan utama nak share story je hahahh. Dapat gi lepak taman makan burger pun dah jadi dah.  Thank you Mieraaaaaaa! Muah ciked sebab jarang tak layan aku. Hahaha hidup kat mesyu tu leklok. Jangan noti2. :)


Tak ada gambar kita bersama kerana diriku begitu berharga... Hahahha takde ah. Memang takde ambik. Semua dalam fon dia. em emmm






had so much fun. Thank you guys! Moga nanti lain kali kita jumpa lagi. Moga ini semua berterusan sampai bila bila. Glad that we dont lost contact even dah jauh memasing and cuti pun tak sama. Hm love u guys :*



Rama rama dalam perut, jinjja?

23:02
Assalamualaikum & hi.

Serious. Jujur. 
Aku tak pernah tahu yang pepatah omputih berbunyi,
"Butterfly in the stomach"
ni betul betul boleh jadi in real life.
Bila-bila dekat, tiba-tiba rasa aneh kat perut.
Bila-bila teringat, tiba-tiba rasa aneh kat perut.
Dulu tak macamni pun?
Weh, apa ni? Kau buat connection apa ni dengan asid dalam perut aku?
( aku tak maksudkan nervous. Tapi ye kot mungkin nervous tapi entahlah. Aku super confuse rn pasal condition perut aku sekarang. Orang yg sama, effect yang sama. Perut, kau ni tak membantu tuan kau langsung ek?)

Sikit lagi mu, sikit lagi

11:29








Assalamualaikum.
Pergh. Sem ni je dah berapa kali siot aku barai.
Ya Allah apa nak jadi ni.
Korang korang please doakan aku boleh get through all these FYP matters.
Takutnya tak lepas :'(
Hmmm sikit lagi ni. Dalam dua bulan lebih je lagi.
Pastu habis diploma. Tapi tulah, nak menghabiskan diploma satu ni pun cungap cungap haa.
*salute la sesiapa yang belajar tinggi tinggi sampai master phd semua tu, siap ada yang buat double degree la ape laa. salute!*
Okay gtg, kerja menanti. Bye :)
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.