Idk it's a yay or nay. Help me?

00:26



Assalamualaikum. Hai. Sorry lagi sekali sebab aku asyik ada kat sini untuk cerita cerita sedih, meroyan dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku rasa setakat ni, this is my only "awan". Aku selalu rasa bersalah kalau nak cerita pasal aku kat orang sebab semua pun ada masalah masing-masing.



Beb. I want to ask you this one thing. And this thing asyik berlegar-legar kat kepala aku sampai kadang-kadang rasa nak sorok diri dari dunia ni. It was about my attitude yang suka tegur and jujur. 




Did I tegur and jujur too much?
I know tegur is good and so do berlaku jujur. Aku pun suka ditegur and hate lies to the max.  And that's why I did it. Tapi kadang-kadang aku rasa macam sikap aku yang tegur orang ni boleh buat orang annoyed dengan aku. Memang tak semua orang aku tegur. Aku akan tegur kalau orang tu rapat dengan aku, or aku yakin dia boleh terima teguran.




Tapi entahlah. Aku rasa macam orang akan anggap aku acah baik by doing this. (Walaupun aku rasa better la aku acah baik sebab, takkan nak acah jahat? Jahat tu tak payah nak diacah, aku tahu aku dah memang sedia jahat. Ye aku sedar aku tak baik mana.) Serious talk, aku tegur sebab aku sayang (buat kesekian kalinya aku rendahkan ego) dan aku jugak harap ia boleh jadi reminder untuk aku supaya tak buat jugak benda tu in future bcs we never know. Dan aku jugak silently hoping that people will do the same to me. Cuma yes. Aku agak kecewa sebab takde yang pernah menegur aku walaupun aku tahu aku buat salah. Salah yg sengaja aku buat utk tengok siapa yg akan tegur but no one :)




And about being jujur.
Firstly, aku memang tak suka menipu. Daripada menipu, lebih baik aku diam. Tak mengiakan, tak menidakkan. So bila orang tanya aku and eager want to know the answer, I will try my best to answer honestly without offending them. Tapi yelah. Hati manusia kita tak tau. Entah kenapa, aku rasa sikap aku yang ni buat orang jauh dari aku. Lepas aku jujur, slow slow orang menjauh. I dont know. Maybe cara aku salah. Maybe ayat aku salah. Maybe aku yang salah. Most of the time, aku just berlaku jujur. Itu je. Cuma aku takut sikap aku yang ni memakan diri. If you want me to tell you the lies to comfort you, you should tell me earlier. Or should I just not tell the truth from the beginning??



I dont know who will come and read this. But if you guys have an answer, opinion, or things to tell me (maybe awak orang yang tak selesa dengan cara saya), do tell me. I dont know how to fix my comment section but aku tahu, orang2 yang datang sini mostly orang2 yang kenal aku. So aku tak kisah korang nak whatsapp or even dm me at twitter to reply me on this. I desperately need an answer. For me to fix myself. Dah alang alang orang nak kata aku acah baik, apa salahnya kalau aku try to be that person but not the acah one. Haha.




Okay, that's all. Thank you for reading. I love you guys :)

Ini hujungnya

21:28







Aku tahu kau pandai jaga diri. Aku tahu kau dah happy sekarang. Sebab tu aku malas nak kacau. Tapi aku tengok je kau macam selalu.


Dan kalau ada yang lupa. Itu mungkin kau.
Bukan aku.


Tapi tak apa. Dah banyak dah pesan aku dapat. "Value yourself mu. You deserve more than this" "He's not worth to keep" "Aku tak nak tengok kau macam ni". 
Aku cuba, tapi aku tak boleh. Bukan tak nak, tapi tak mampu. Tapi, yang semalam tak sama dengan hari ni. Semalam aku tak mampu, tapi hari ini aku dah sedia.


Dulu-- kau lupa aku. Tapi loceng penggera dah kejut aku.
Sekarang-- masa aku, untuk aku lupa kau. 
Terima kasih.

Bukan banyak, sikit je

14:53





Aku bukannya nak mintak banyak.
Tak mintak secret recipe pun.
Tak mintak menate pun.
Tak mintak sephora pun.
Nak mintak sikit je.


Hargai aku.


Tolonglah. Aku dah penat rasa macam ni.
Rasa tak dihargai.
Rasa sia-sia dengan apa yang aku bagi selama ni.
Aku pernah cakap, "aku tak nak give up"
Tapi at this moment, I feel like to.
Aku dah makin hampir dengan garis putus asa.
Kau nampak aku ni macam patung ke? Takde perasaan?
Ke simsimi?




Tapi kalau memang itu yang orang nak, aku bagi.
Aku memang dah lama sedar diri.
Aku pergi dulu. Aku boleh cari tempat aku yang baru.
Tempat yang memang untuk aku.
Tempat yang boleh buat orang happy.
Buat aku happy juga, insha Allah.

Pre Graduate, yeah!

11:20


1 Mac 2017. Majlis Pra Graduan (MPG) FSPU 2017. 
Untuk siswa siswi diploma Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur sesi 2014-2017, UiTM Perak (Seri Iskandar).
Wow. Just wow. Kita dah nak habis gais. Hahaha.
Semua orang excited nak pergi sebab; this was our last event here, and first time gak kena dress up ikut tema bagai untuk dinner sebab dinner course kita selama ni tak melawa pun. Hahaha sedih betul. So, tema MPG this time is 50s Malaya. Haa semua ber-P Ramlee dan ber-Saloma itu malam. Yiihaaaaa~ *joget pak maon*



Mak seronok sangat tengok semua anak-anak mak encem encem, cantik cantik semua ( Berejam tunggu deme makeup tak siap siap, konfem la cantik. Letuppp~). Bapaknya pun encem gak. Hahahhaaha lol. Bukan senang do nak tengok bebudak laki class studio A ni pakai lawa lawa. Semua humble namatey. Malam ni jelah dapat tengok semua bersiap yang betul betul bersiap. Snggup mintak dengan lecturer nak balik awal sebab kalau ikutkan kelas habis pukul 5. Tapi takut tak sempat nak siap hahaha so dapatlah keluar pukul 4. Itu pun, plan asal nak gerak 6.45pm. Tapi disebabkan perempuan2 makeup tak siap lagi plus ada sikit problem, geraklah kami pukul 8 lebih. Kesian budak laki, tunggu sampai tertidur dua kali HAHAHA. Terima kasih la sebab layan perempuan-perempuan engkorang ni. Last dah ni, lepas ni dah tak yah layan kitorang dah :')


Moh ler kita layan gambar. Cakap banyak tak guna gak. Hahaha.




(Nadia dengan Mon takde sebab sibuk beratur nak ambik gambar kat booth. Fatin taknak datang hmm sedihhh :'( )








 Dunno what I'm trying to react to....






Depan sekali tu Jimmy jimbit. Hahahaha. Padan muka. Sape suruh tangan panjang, kan dah kena pegang camera ;p







Jejaka jejaka idaman Malaya. 2 dah berpunya, satu tengah proses, yang lain single nokharom tak laku. HAHAHA GAIS MAK GURAU TAU






Wanita melayu terakhir. Kahkahkah. Meirose ada, ponti ada, amoi ada, makcik topup ada, haa macam-macam ada lah. Haa yang ni 4 orang dah berpunya. Yang lain tu hmmm saje ikut mak jadi loner. Lalalala~







Apa ni Dato'. Dinner lah. Tengah dinner pun nak discuss projek juta-juta pehal hak ala. Lekluuu sapkokluu Dato' semua. Sarip Dol kat belakang tu dah ready dah nak berjimba.







Acap tayang bicep, kimi kena friendzone. Hahaha life's hard bro.







Both are my favourite designers; Jimmy jimbit & Yana pishangemas :)








Skuad penyelesai masalah (as mentioned in earlier pharagraph). Yana, Sofiah, Nana. Masalah apa??? Biarlah kami je tahu hehehehe







 Acap tengok apa tu cap.... Mak panggil kee? Hahahaha






Ma girls!!! Muahhxxxx (walaupun Fatin takde tapi muah untuk dia jugak)









Tehahh annyeongggggg!~ Hahahaha. Thanks sebab selalu layan ummu pastu gigih explain apa benda semua pasal kpop or kdrama sebab ummu tak layan benda2 tu semua hahahaha. :) 
Nanti pergi Korea elok-elok! Bawak balik Joon Hyung satu! And thanks jugak sebab explain pasal religious matter (sebab her bro is an ustaz) and some term yang budak laki selalu guna tapi ummu tak faham.... .... 
.......
....
Biadap.
Hahahaha





Lol. Finally a proper picture of us. Hahahaha sakai kata bff tapi takde gambar langsung. Bodo betul. Thanks Iman for.. everything? Haha malas nak cakap banyak sebab memang banyak nak cakap kalau nak cakap pun. (lol belit lagi cakap mu, belit lagi hahahah). 
Tolonglah jangan buat hal lagi.
Hahahaha sakai






Tadaaa! Jane the Builder is here~ Hahahaha minah ni kemain busy. Thanks Jane selalu teman pergi balik JB-SI selama tiga tahun ni. Hehehe lebiu





Congrats Ameer menang Best Dress category lelaki on that night!
And congrats Yana sebab dapat award Best Student untuk course Interior Design. Huaaa aku happy gila untuk kau do hahaha. Tak sia-sia aku ambik kau as idola kan. Haha. 
Thanks jugak sebab selalu layan aku, esp time practical haritu. Waktu-waktu down aku, dan engkau. hahahaha good luck in ur life gurl :)






Last but not least,


 Favourite do gambar ni. Family portrait! Hahaha comel je semua eiiii geram hahaha <3 p="">




Ini baru pre graduate guys, belum grad lagi. Jangan lupa diri. Hahaha
Good luck Acidius Studio for this upcoming final presentation in a few weeks more.
May Allah ease everything for us. Aaaminn~ :)



Takziah untuk Mai (reason why her picture is not here, she didnt manage to come. But still, she's important to me too) . Moga arwah kawan Mai ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sampai masa untuk dia berehat dari penatnya dunia. Al-fatihah.

Dua tahun masih rindu

17:03



26 Februari.
Dua tahun lepas.
Terputusnya doa seorang ayah.
Akhirnya masa untuk aku tatap wajah separa tua itu.
Tak sempat untuk dia merai aku di sini.
Tak sempat untuk aku bawa seseorang untuk dia perhati;
apa boleh seseorang itu jaga aku seperti dia
apa boleh seseorang itu faham aku seperti dia
apa boleh seseorang itu, bimbing aku ke jalan Allah seperti dia.
Tak sempat juga untuk aku ungkapkan lafaz yang tersimpan selama ini;
lafaz sayang yang tiada tolok banding buatnya.


Dua tahun,
dan masih rindu.
Al fatihah.



Percaya

10:41





Untuk percaya pada sesuatu tu bukan senang
Untuk percaya dengan sepenuh hati, hati itu sendiri perlu siap;
Siap dengan kentalnya, siap dengan perisainya
Agar bila ditusuk, tak terkulat mencari penawar.


Tapi bila kata percaya dah disemat
Kenapa perlu ada ragu-ragu?
Kenapa perlu timbul rasa begitu?
Dan kenapa-- 
Perlu disulam sekali khianat dan tipu
Sedang percaya sudah terpaku?


Percaya itu bukan untuk diletak pada yang sembarangan
Percaya itu bukan boleh dijual beli di pasar dalam longgokan
Percaya itu bukan cuma ditulis di kertas yang kemudian hanyut di lautan
Tapi--
Percaya itu perjanjian
Percaya itu ikatan
Percaya itu boleh jadi kebaikan, atau kerosakan


Untuk ada seseorang yang percaya kita bukan mudah
Untuk ada yang masih bertahan untuk kita itu payah
Pertahankan. Hargai. Jangan buat buta tuli.
Jangan sampai dia pergi.


Maka bila yang namanya percaya sudah terungkap
Jangan pernah mengalah
Jangan pernah cepat melatah
Dan bersiap dengan segala kemungkinan yang kalau disimpulkan
akan capai satu titik-
Boleh jadi dia akan terus hidup dalam jalan hidup kau
Atau akan jadi pengajaran untuk kau teruskan jalan hidup kau.

Lovelies, till jannah, Insha Allah

13:08
Assalamualaikum.


Hai. Selamat berhujung minggu. Wat pe tuwww?? Hahaha buang tebiat.
Aku baru lepas makan biskut hup seng (padahal kat rumah panggil biskut cap ping pong) cicah nescafe panas. Fuh nikmat. Alhamdulillah. Ni kalau dapat teh o panas lagi sedap berganda nikmat dia. 

Jumaat dengan Sabtu tak buat apa pun weh. Berani mati betul. Hahaha. Jumaat pi hantar laptop tambah ram dengan service fan sekali. Melayang duit dan masa aku sebab benda tu makan masa gak sehari. Nak pergi ke kedai pun dah makan masa nak tunggu bas.. next bas ambik dalam sejam... Pastu balance balance masa tu ada la isi dengan perkara tak berfaedah yang lain. Malam pi fashion show. hehehehe.....


Ok ah. Sebenarnya nak upload gambar haritu dengan makcik makcik plus satu pakcik SC1 pi jalan-jalan jb. Alkisahnya transport takde. Ada kelisa je. Nasib baik Maru bawak motor. Kalau tak mana mau sumbatttttt?? Hahaha. Tapi satu hal jugak tu. Nak kemana mana tak seiring sebab dia motor so takleh nak follow sangat la. Elok-elok nak food hunting, jadi Maru hunting. Maru Go! Hahahaha.
(btw Maru's real name is Izwan ((ni untuk sesape yang curious and in case ada yang membaca sini tapi tak kenal)). Punca sebenar nama Maru tak dikenal pasti, mungkin sebab time form 2 dia comel macam Hagemaru kot hahaha lol) Psst nampak gaya macam dah berpunya hahaha untung gf Maru. 
Berdasarkan pemerhatian seorang observer macam aku (puih), Maru ni setia. Hahahaha bebudak dalam kelisa sardin boleh gelak eh bila aku cakap cemni. Takdelah. Bukti dah ada depan mata. Lama dah perati. Macam haritu, dia kena tinggal macamana pun, tetap tunggu kitorang. Tetap update mana nak pergi. Layan je kepala golongan XX ni hahah padahal dia sorang je lelaki kot??? Dari dulu pun memang kalau apa-apa gathering ke apa ke dia je laki yang jarang gagal hadir. Hahaha ko raseeeee tak setia ke tu namanya??? Hhaha moga berbahagia la Maru. May Allah bless u.



Dah dah. Jom masuk gambar. Kalini yang dapat join just aku, Syaza, Bibah, Jane, Ika and Dr. Aiyin. Hahaha penting dr. tu. Selalunya dapat jumpa time kau balik je weh. Kira macam loceng ah, macam,"weh weh Aiyin balik weh. It's time to meet!!!" Gittewww.



 Oh mula mula lepak tempat legend dulu. Jumpa Ainaa yang tak dapat join sebab kerja. Hahaha soalan wajib Ainaa "Kau nampak aku dah kurus belum?" Hahahaha Ainaa seriously.......




Lepastu bedal Kacang Pool Haji kat Larkin Bomba. Walaupun kat pb tadi dah bedal Mee Bandung dengan natang ball cucuk cucuk tu, and semalamnya pun aku dah makan kacang pool haji ni kat depan sekolah cina tu, tapi demi korang, aku sanggup gemukkan diri lagi. HAHAHA. Bukan selalu yedokkk


Lepastu, kita ke Country Garden~~~


Look at Jane and Ika at the back.... Hahaha pose makcik kepochi







 Bibah: Pose kaki ke depan jom jom!
Layannnn~



 Ika: Pose nangis jom (sebab love tu dah rosak sikit)
Layannnn~


 Sebelum wisel pakgad berbunyi. Kecoh aaa pakcik hak alaaa kecoh aaaaaa~



 Lompat Maru lompat.



I'm amazed.... with the lighting design..... Hahaha feeling id datang tetiba time ni


Teknik Bibah nak suruh orang ambik gambar dia, dia ambik gambar kita cecantik dulu..
 Eleh bibah macam aku tak kenal ko. Tapi ni blog aku so gambar aku je ah ada. Gambar kau ilek. HAHAHAHA



 Dan diakhiri dengan makanan penutup di Kilang Bateri sebab surau dia besar. Tu je. Hahaha.



oh the day before sebenarnya i jumpa this one makcik kepoh yang memang dari dulu kerja dia bercakap serupa rap. Sape lagi ennn hahahaha. Senang betul plan dengan makcik ni. Cakap je nak keluar. Pukul 12 cakap, pukul 1 keluar. Dapat jumpa, makan, borak pun jadi ah. Sebab memang tujuan utama nak share story je hahahh. Dapat gi lepak taman makan burger pun dah jadi dah.  Thank you Mieraaaaaaa! Muah ciked sebab jarang tak layan aku. Hahaha hidup kat mesyu tu leklok. Jangan noti2. :)


Tak ada gambar kita bersama kerana diriku begitu berharga... Hahahha takde ah. Memang takde ambik. Semua dalam fon dia. em emmm






had so much fun. Thank you guys! Moga nanti lain kali kita jumpa lagi. Moga ini semua berterusan sampai bila bila. Glad that we dont lost contact even dah jauh memasing and cuti pun tak sama. Hm love u guys :*



Rama rama dalam perut, jinjja?

23:02
Assalamualaikum & hi.

Serious. Jujur. 
Aku tak pernah tahu yang pepatah omputih berbunyi,
"Butterfly in the stomach"
ni betul betul boleh jadi in real life.
Bila-bila dekat, tiba-tiba rasa aneh kat perut.
Bila-bila teringat, tiba-tiba rasa aneh kat perut.
Dulu tak macamni pun?
Weh, apa ni? Kau buat connection apa ni dengan asid dalam perut aku?
( aku tak maksudkan nervous. Tapi ye kot mungkin nervous tapi entahlah. Aku super confuse rn pasal condition perut aku sekarang. Orang yg sama, effect yang sama. Perut, kau ni tak membantu tuan kau langsung ek?)

Sikit lagi mu, sikit lagi

11:29








Assalamualaikum.
Pergh. Sem ni je dah berapa kali siot aku barai.
Ya Allah apa nak jadi ni.
Korang korang please doakan aku boleh get through all these FYP matters.
Takutnya tak lepas :'(
Hmmm sikit lagi ni. Dalam dua bulan lebih je lagi.
Pastu habis diploma. Tapi tulah, nak menghabiskan diploma satu ni pun cungap cungap haa.
*salute la sesiapa yang belajar tinggi tinggi sampai master phd semua tu, siap ada yang buat double degree la ape laa. salute!*
Okay gtg, kerja menanti. Bye :)

This distance are just enough

14:17










Looking at you, even with big distance, or could be just in a photo,
is like looking into our memories--
The stories we told,
The laugh we shared,
The tears we wiped,
The view we looked at,
And all the things we never thought will be 'ours'.



Seeing you from afar would be just enough
Because this eyes of mine can take the whole chance
To do what it cannot do
While I'm with you
As the things will be all different when our eyes met
As if it killed me twice cause I'm seeing the love in your eyes but it wasn't for me...








And that's why I can stare at you like forever,
Cause I'm missing you, the old you, that much.





just a random post....

10:22


heyyo. Entahlah. Sebenarnya awal awal aku nak meluah perasaan tau kat sini. Tapi lama lama aku rasa macam emm takpelah simpan dulu dalam kotak hati awak ye ummu. Hahaha. Tetiba rasa malas nak cakap. *Dahtu pahal nak update blog?!* Eh suka hati aku lah. Haha. Takdelah, sebab boring je. Right now aku sensorang kat studio. Not sure kat studio sebelah sebelah ni dah ada orang ke belum tapi aku rasa takde sebab senyap sunyi je takde bunyi kipas bunyi lagu je. Ada bunyi dari laptop aku je ni. It's Saturday anyway. Hari orang bermalas-malasan. Classmates pun harini maybe datang lambat sikit. Pagi tadi diorang gi jogging pastu singgah makan mamak. Aku pun sebenarnya malam tadi niat nak jogging tapi terbantut, disebabkan hal-hal tertentu. Kalau jog pun maybe sorang kot, tak join diorang. Haha. Entahlah, lately ni selalu takde mood. Tetiba je mood lari. Ada something yang buat mood aku lari tiba-tiba kalau aku ikut diorang. Lol sorry guys I'm not hating u guys. Aku pun taktau kenapa. Bukan saje saje aku jarang lepak or gi tengok bola pe semua tu. Aku minat je tengok bola sebenarnya *bukan nak usha player semata ok* tapi tulah. Aku takut kondisi aku yang takde mood ni affect kat korang. Haha again sorry.
Okay enough. Hm. Haa. Jom ah aku tunjuk workspace aku kat studio. Hahaha memandangkan takde benda nak story kan ni. Actually kitorang ni first time gak la dapat workspace yang agak proper. Part 1; dapat drafting table macam biasa la tapi aircond rosak so kami berpanasan. Part2; dapat kelas sebelah store. Part 3, 4; dapat kelas kat store. STORE weh. Hahaha siot betul ken kemas store tu untuk jadikan kelas semula. But its okay we ols bersyukur je hmm..... Hahaha so here we go





hahahaha beshe beshe je wak. Atas meja ada cermin, note book, sticky note, kipas tangan, cologne (tu yg kedua sebab ada orang curi. Jahat em), pins, structural model. Kat depan tu ada la sikit pin gambar family buat penguat, some word acah puisi, ayat surah Ar Rahman (fabi ayyi ala irabbikuma tukazziban), nama concept (jangan tanya aku Amalgamation tu apa. Penat den nak jawab. Google please). Hahaha hambar je meja ai. Tapi takpelah. Sebab takleh gak nak letak banyak barang sebab takut ada yang panjang tangan. Plus, studio ni selalu kena pecah masuk dengan beruk do. Hahah so siapa yang letak makanan tu memang kesianlah kena rembat. Shiannnn awakkk



Mana orang lain ni?! face



Hahaha dahlah. Nak buat kerja. Nanti i update lagi benda benda yang lagi bermanfaat. ke uols ada nak request suruh i story apa-apa? hahaha acah hottt. K ah, bye.



Jaga diri. Aku rindu kau yang dulu.

Appreciation post! xx

02:16
Hai. Hmm. Tetiba rasa macam nak belanja korang muka-muka habang hakak part 6 id uitmsi korang pulak harini. Hahaha dah part 6 siot. Tak lama lagi nak habis diploma dah la siot. Pergh rasa macam baru haritu kita jumpa satu kelas time first class, elc, kat main fspu. Noob gila memasing muka baru lepas spm. Hitam, busuk. Dengan tak kenal orangnya. Hahahahaha lawaklah syal *ops i tercarut* hahhaha maafkan shaye. So, marilah kita ye... Post sini insha Allah tak hilang la kan at least hehehehe :)
One thing yang aku suka dengan classmate aku is, korang tak lupa baca yasin bila mula mula masuk kelas. First day or first week la paling lambat pun delay. Lebiu gias lah
Haa yang ini adik adik jangan ikut eh. Hahahhaa dah pishang buat assignment, memasing pulun main old maid. Pastu uno lak. Perangai
Okay ni kompilasi masyarakat ngantuk tak cukup tido pastu tengah lecture kat dewan ko bedal tido. Hahahahha siot betul perangai tapi nak buat cane. Aku pun terlelap berapa kali gak sebenarnya hahhaha
 Padahal dia baru lepas kacau orang tidur tuuuuuuu. Pastu tetiba senyap. Rupanya hmmm............




 Ha tu dia..... Abang jimmy gempak kita pun tertidur tau. Hahahha sorry mi!




Minah ni takyah cakap la. Mana mana dia boleh tidur hahahaha





Guys, dont try this at home~





Our cutie bunny pun tewas huhuhu



Gayboy belakang cinta tak bersambung ke cane tu




Mamak Rahmath ni bakal jadi legend doh untuk kita. Hahaha selain Lanz Gelas Besar




Awh sorry ai tak bawak jacket~
 Cara untuk elak lecturer marah sebab nak keluar ramai ramai pergi uptown beli aiskrim; Ajak dia ambik gambar dulu.



 White squad tak sengaja ni




 GUYS! WE ALL KNOW THIS SMILE KENAPA KANNN HAHAHHA. Hari bersejarah buat Afiq. Mak doakan kebahagiaan ko nak. Hahahaha




Muka excited first time merasa Subway kat Seri Iskandar sebab baru bukak. 

Hahahahaha ini paling win doh. Kaki nganjing memasing hahahahhaa xD
Okay patah balik sat. Ni time part 5, lepas practical, timing viva.
Haa kemari kau lighting, kemari kau~~~ 


 Lanz Gelas Besar...... Air pisang korang...... Nasi goreng usa.........



Gurls at funfair Batu Gajah ~
 ehehehheehe dah penat jerit naik ride kita makan eskem ah pelageyyyyy



Hakak hakak cantek da pandai bergaya dah sejak practical ni wuuuu aku je busuk lagi sebab malas hahhaaha
Muah muah. Cukup dulu kot. Nanti kalau rajin sambung lagi. Hahahha banyak gila do perubahan muka memasing padahal baru 3 tahun kat sini hahaha. Ok gais ok i need to do my work. Kang esok kena dengan lecturer hurm mampoz ai. Haha night! xoxo



---------------------------------------------sambung gais sambung hahahaha------------------------------------








girls, supporting anak anak Daud main futsal timing id sports day~



eh eh, saje je selit satu. Hey guys, it's me! Hahahahaha












thankx mizz for the pic. Hahaha




after MIID Roadshow 2017 at UiTM Seri Iskandar :) Thanks for coming!


*to be continued*

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.