Si Bisu Minta Maaf

10:32







Maafkan aku
Untuk terlalu menikmati bisu
Kerana dalam diam pegun belantara dunia
Aku jumpa seribu satu kisah
Tak tercerita di skrin kotak waktu senja
Yang cuma tayang sarkas manusia yang makin parah



Maafkan aku
Untuk terlalu menikmati bisu
Sebab dalam titik renyai hujan di kaca tingkap
Aku nampak keluh manusia tersingkap
Juga syukur manusia yang tak terucap
Selama ini kita pekak
Dengan terma aku-- hal aku, kau-- hal kau
Walhal hidupnya di dunia tak makna apa
Kalau tiada bawah tiada atas
Tiada menyokong tiada disokong




Maafkan aku--
Untuk terlalu menikmati bisu

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.