Masih

22:59

Kau kata perhatian kau mahu
Kau kata kasih yang kau pinta
Kau kata rindu yang kau ingin
Dan nantinya itu yang aku beri
Itu yang aku hidupkan
Itu yang aku hembuskan
Tapi masih--
Masih bukan aku yang kau nampak
Masih bukan aku yang kau lihat
Bila semua kataku, rasaku jadi refleksi
Terlontar di cermin berpatah kembali
Tapi aku tetap berdiri
Dibalik ruang kosong yang tersemadi
Buat dirimu namun tak pernah berpenghuni
Sebab aku tahu-- 
masih bukan aku yang kau harap.
Masih bukan aku.
Masih rasa itu.
Masih.

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.