Tinta

01:00





Bukan apa. Everytime ada dengar berita org lain kena, mak ayah sakit, meninggal, ada satu rasa yg menyelinap masuk dalam diri ni. mungkin, rindu?




Dah nak dekat 2 tahun lebih ayah pergi. Tapi sekali pun kitorang tak lupakan ayah. 
Memang kadang-kadang kitorang bergurau guna nama ayah apa semua, 
tapi masing masing tahu tu semua nak tutup rasa.
Tapi takpe, kitorang semua kat sini insha Allah okay.
adik kimi dah pandai gosok baju sekolah sendiri walaupun kadang pemalas nauzubillah.
Iqbal macam biasalah sibuk dengan Siti Nurhaliza dia, Sharifah Khasif dia tapi nasib baik pandai hahaha.
Abangah hantar ambik yana balik kerja hari hari hahahaa bagusss
Akak dah nak kahwin bulan 10 ni
Umi pun makin rancak bisnes makanan, pulut dia semua tu. Alhamdulillah





Yana belajar pun okay gak walaupun kadang-kadang stress hahahah.
Alhamdulillah setakat ni tiap sem yana dekan.
 Tak pernah jangka pun. Mungkin berkat doa orang jugak.
Tu je yana mampu bagi. Haha. 
Yana tahu ayah at least nak anak dia jadi doctor ke ustazah ke tapiiii hmmm kitorang tak mampu. 
Tapi ayah tak pernah cakap. Terimalah kasih sebab memahami.
Insha Allah nanti kalau mampu, yana kerja elok-elok, tolong family semua, tolong adik sambung belajar, pastu kumpul buat kahwin. 
Eh? Hahaha


Ayah, em sebenarnya emmm yana ada terrrsuka kat sorang ni.
Hahaha lol tapi serious terrr.
Dia tak handsome pun yah, iras Shukri sikit pun tak.
Tapi ada satu benda yg yana rasa buat yana terrrrsuka kat dia.
Perangai dia. Sifat dia. Macam ayah.
tu yang yana confuse. Yana suka dia sebab dia ke sebab dia macam ayah?? Harhar.
Dia baik (dah kata macam ayah mestilah baik hehe).
Tapi hm.......
dia tak se-caring ayah. 
Dia tak se-loving ayah.
Dia tak selalu jaga hati macam ayah.
Yana tahu dia kengkadang tipu yana dia ingat yana bodoh sangat keee hahah (orang buat surprise birthday pon yana boleh tau lol)
Tapi still yana harap dia macam ayah walaupun seems impossible.
Dan dia tak tahu pun yana suka dia.


Tiap kali yana stress kat uni, kat tempat praktikal, mesti yana teringat kat ayah.
Sebab ayah selalu ada bila yana susah.
Ayah yang selalu pesan pasal agama semua. 
Selalu share quote kat fb walaupun yana jarang gila bukak haha sorryyyy.
But then yana sedar. Yana kena bangun.
Walaupun ayah dah takde, tapi semua apa ayah buat ayah cakap yana ingat.
Takde siapa boleh tolong kita kalau kita sendiri taknak tolong diri kita.
Ayah tak pernah mengeluh kerja, macamtu jugak yana kena jadi.
Ayah tak pernah suka-suka tolak orang mintak tolong,  macamtu jugak yana kena jadi.
Ayah pesan jangan jalan sorang-sorang.
Yana takkan jalan sorang kat Perak tu melainkan takde orang nak teman hahha.



lagi sebulan lebih nak habis praktikal pastu nak masuk final year dah. Sekejap je rasa. 
Rasa macam baru haritu ayah teman belikan bantal hello kitty ni kat billion masa sem 2.
Stress jugak ni haha. Tapi insha Allah yana cuba buat yang terbaik.
Bolehlah nanti hadiahkan diploma ni (walaupun diploma JE) untuk ayah, umi, family semua.
And mintak-mintak prestasi terus mantain gini je. 
Aminn.


Sekarang kan, yana rasa yana kuat sikit dari dulu.
Sebab bila nak nangis, yana ingat balik, buat apa nangis?
Kau pernah rasa, pernah hilang lagi teruk dari ni.
Jadi untuk apa?
Mungkin itulah hikmahnya. 
Walaupun kadang kadang berderai jugak. Hoho.
Nah see? I'm fine, walaupun dengan badan bulat dan muka berjerawat kahkah.


sebabtu bila dengar berita orang ada masalah, rasa macam nak peluk kuat kuat orang tu and pesan dia utk kuat sbb memang susah, cuma kita kena belajar terima takdir, redha dan percaya dengan hikmah di sebalik semua tu. 



Guys. You're stronger than you ever thought (muah ciked?)

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.