Mulut

16:41

Hai. Its me again, here, in the middle of the hectic weeks to go to the finals. Kah tapi sempat lagi update sini. Suka hatilah. muehehe. 


All right, so we start the topic now.





Mulut. 
Cuba cakap, berapa kali kau terasa sebab mulut orang? Or, berapa kali kau rasa kau sakitkan orang dengan mulut kau? Tak pernah? Serious laaaaaaaaaaa. Membongak. Mesti ada. Cuma orang tu tak bagitau je.

"Eh dia okay jela aku tengok. Main main je pun. Takkan tu pun terasa."

Mungkin kau lupa kot. Dia tu pun manusia. Kental kental mat rempit, orang ngata motor dia buruk banyak kali pun mau hangin gak beb. Manusia; ada masa hati dia boleh jadi fragile. Buatnya time kau tengah perli or mengata dia setelah 4532 kali, pada kali yang ke 4533 tu pulak tiba tiba kau kutuk dia sundal and at the same time dia gaduh dengan boyfriend dia yang kebetulan cakap dia sundal gak. OMG mesti dia rasa tak berguna gila waktu tu. Sakit hati dia wei. Tapi dia saje tak cakap kat kau sebab, entah, mungkin sebab dia rasa benda ni remeh je, tak patut dibesarkan.


Jaga mulut. Jangan maki banyak sangat. Cakap bertapis, jangan hambur lepas ikut suka je. Carut tu kurangkan. Kalau takde langsung lagi bagus. Tapi susah gila an. Lagi-lagi dengan situation course aku sekarang (and I believe korang pun sama). File tak save lagi, tetiba stuck, then poffff hilang. Automatically "Shit!Damn! Fck!" keluar. Perghhh. Nak nak kalau assignment tu urgent nak kena hantar esok. Lagi bervariasi kata kata carutan keluar berserta repitasi. Kalah Altimet. Tak, aku tak mengata korang pun. Self reminder gak ni. Currently improving myself to lessen this mencarut activity and kena cepat-cepat sedar diri; bila dah sedar tercarut tu cepat cepatlah istighfar. (Tapi istighfar bukan sebagai lesen untuk kau teruskan mencarut dengan alasan "ala lepasni aku istighfar la". Hmm itu bangang level minum arak baca bismillah, takpun tengok porn sambil makan kismis -_-)


Selain mencarut, kurangkan jugakla cakap yang bukan-bukan. 'Bukan-bukan' disini bukannya sekadar mencarut, tapi 'bukan-bukan' yang bermaksud cakap yang takde guna. Benda sia-sia. Kutuk belakang. Sebar aib orang. Kalau dah orang kata rahsia tu, rahsia jela. Jangan gegatal nak cerita, jaja kat orang lain. Bagi harapan palsu. Tak guna bibir pakai lipstick mac ke kiss proof ke kalau akhirnya ke lembah dosa jugak. Seriously, makin sikit kau cakap, makin tenang hidup kau. Macam aku dulu. Huahua.


Selalu ingat, jaga-jaga sikit bercakap tu. Maybe dalam tak sedar, apa yang keluar dari mulut kita tu dah jadi sarang dalam hati orang.
Saranghae ke. Eh? 
Hahahahahahahaha adoi kesiannya dia kena friendzone hahaha xD


So, 
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.
sebab
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.


Kalau aku ada salah, tegurlah. Mungkin tak tersedar. Kalau aku tegur, tandanya aku sayang. Kalau tak tegur, bukanlah tak sayang. Tapi takut korang tak dapat terima and things will be very awkward after that. Tapi insha Allah kalau boleh tegur, aku tegur. Kalau tak in person, kita tegur in doa :)


Ketemu lagi dear stalker(s) :*


p/s: Aku rasa macam cikgu bm pulak. Adehhhh ~

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.