Alhamdulillah

10:38
semalam 24 Mac, kami pelajar pelajar AP117 dah pun selamat present our final project.
Alhamdulillah, sempat gak siap walaupun model barai. Badan pun barai gak. Thanks to the lecturers yang push kitorang gila gila sampai kitorang serious naik gila and stress. Hahaha tapi kebaikannya untuk kita jugak. Thanks jugak untuk encik google and pinterest untuk segala gambar gambar references yang cantik. Hihi. Thanks untuk my beloved family sebab faham dgn keadaan seorang yana/kak yan yang busy and tak sempat pun nak contact korang (tapi korang gi karaoke sehari before kak yan present. Siot tak tunggu). 
andddd thanks to my beloved studiomates yang selalu ada untuk each other (esp penghuni studio). Feel so much love bila kita tolong each other, betulkan mana yang salah, upgrade mana yang kurang, tegur kalau silap, gi makan sama sama, stay up studio sama sama, sembang cerita bukan bukan time makan lepas gi pasar malam sama sama and banyak lagi lah (too many 'sama sama' and aku rasa kita ni clingy sangat hahahaha).
Banyak yang korang dah ajar aku dalam kehidupan doh. Serious. Sebab sebelum ni aku macam agak katak bawah tempurung la. Tak bercampur sangat (and i regret this). And finally, i can get out of my zone. Kepala gila gila aku dah keluar habis dah. And aku dah ada kawan berjantina lelaki. Hahahaha (sebelum ni ada je kawan lelaki tp atas nama 'classmate' or 'schoolmate' jela. Tak berborak mcm kawan pun. apehal entah. Haha sorry abi daus maru joel sakhti vimal :( ) Somehow sedih gak sebab sem depan praktikal (inshaAllah) and for sure tak dapat spend time dengan korang dah. Huaaa. Tp takpelah. Semoga masing masing berjaya.
Tehah fatin syira aim iman chor dila bal kimi piah yana afiq sayed acap nisa jimmy nad ina nadia
Thank you sebab selalu ada dengan aku. Cewah haha. Yang lain ada gak, tapi mungkin tak......... selalu? jengjengjenggg~
Sayang korangggg

Tp sekarang aku pun dah tumbang. Haha. Lepas present balik pukul 5, rebah atas katil pukul 4am baru terjaga. Tupun kepala pusing lagi. Nasib baik dah habis id. Kalau tak ya Allah aku tak tahu cemana.
dahlah. Assignment bc kena hantar pulak ni lecturer dah mengamuk. Tak remind awal2 suruh hantar 22 hb, 24hb baru ws tanya. Siap dah deduct mark lg utk dua hari lambat. Mana lah kita tahu, dahlah tgh busy dengan id haritu. Kelas lain hantar next week, and selalunya submission date semua kelas sama. Aish emo pulak aku demam demam ni. Haha dahlah. Bye..... ;)

Mulut

16:41
Hai. Its me again, here, in the middle of the hectic weeks to go to the finals. Kah tapi sempat lagi update sini. Suka hatilah. muehehe. 


All right, so we start the topic now.





Mulut. 
Cuba cakap, berapa kali kau terasa sebab mulut orang? Or, berapa kali kau rasa kau sakitkan orang dengan mulut kau? Tak pernah? Serious laaaaaaaaaaa. Membongak. Mesti ada. Cuma orang tu tak bagitau je.

"Eh dia okay jela aku tengok. Main main je pun. Takkan tu pun terasa."

Mungkin kau lupa kot. Dia tu pun manusia. Kental kental mat rempit, orang ngata motor dia buruk banyak kali pun mau hangin gak beb. Manusia; ada masa hati dia boleh jadi fragile. Buatnya time kau tengah perli or mengata dia setelah 4532 kali, pada kali yang ke 4533 tu pulak tiba tiba kau kutuk dia sundal and at the same time dia gaduh dengan boyfriend dia yang kebetulan cakap dia sundal gak. OMG mesti dia rasa tak berguna gila waktu tu. Sakit hati dia wei. Tapi dia saje tak cakap kat kau sebab, entah, mungkin sebab dia rasa benda ni remeh je, tak patut dibesarkan.


Jaga mulut. Jangan maki banyak sangat. Cakap bertapis, jangan hambur lepas ikut suka je. Carut tu kurangkan. Kalau takde langsung lagi bagus. Tapi susah gila an. Lagi-lagi dengan situation course aku sekarang (and I believe korang pun sama). File tak save lagi, tetiba stuck, then poffff hilang. Automatically "Shit!Damn! Fck!" keluar. Perghhh. Nak nak kalau assignment tu urgent nak kena hantar esok. Lagi bervariasi kata kata carutan keluar berserta repitasi. Kalah Altimet. Tak, aku tak mengata korang pun. Self reminder gak ni. Currently improving myself to lessen this mencarut activity and kena cepat-cepat sedar diri; bila dah sedar tercarut tu cepat cepatlah istighfar. (Tapi istighfar bukan sebagai lesen untuk kau teruskan mencarut dengan alasan "ala lepasni aku istighfar la". Hmm itu bangang level minum arak baca bismillah, takpun tengok porn sambil makan kismis -_-)


Selain mencarut, kurangkan jugakla cakap yang bukan-bukan. 'Bukan-bukan' disini bukannya sekadar mencarut, tapi 'bukan-bukan' yang bermaksud cakap yang takde guna. Benda sia-sia. Kutuk belakang. Sebar aib orang. Kalau dah orang kata rahsia tu, rahsia jela. Jangan gegatal nak cerita, jaja kat orang lain. Bagi harapan palsu. Tak guna bibir pakai lipstick mac ke kiss proof ke kalau akhirnya ke lembah dosa jugak. Seriously, makin sikit kau cakap, makin tenang hidup kau. Macam aku dulu. Huahua.


Selalu ingat, jaga-jaga sikit bercakap tu. Maybe dalam tak sedar, apa yang keluar dari mulut kita tu dah jadi sarang dalam hati orang.
Saranghae ke. Eh? 
Hahahahahahahaha adoi kesiannya dia kena friendzone hahaha xD


So, 
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.
sebab
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.


Kalau aku ada salah, tegurlah. Mungkin tak tersedar. Kalau aku tegur, tandanya aku sayang. Kalau tak tegur, bukanlah tak sayang. Tapi takut korang tak dapat terima and things will be very awkward after that. Tapi insha Allah kalau boleh tegur, aku tegur. Kalau tak in person, kita tegur in doa :)


Ketemu lagi dear stalker(s) :*


p/s: Aku rasa macam cikgu bm pulak. Adehhhh ~
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.