Si Bisu Minta Maaf

10:32






Maafkan aku
Untuk terlalu menikmati bisu
Kerana dalam diam pegun belantara dunia
Aku jumpa seribu satu kisah
Tak tercerita di skrin kotak waktu senja
Yang cuma tayang sarkas manusia yang makin parah



Maafkan aku
Untuk terlalu menikmati bisu
Sebab dalam titik renyai hujan di kaca tingkap
Aku nampak keluh manusia tersingkap
Juga syukur manusia yang tak terucap
Selama ini kita pekak
Dengan terma aku-- hal aku, kau-- hal kau
Walhal hidupnya di dunia tak makna apa
Kalau tiada bawah tiada atas
Tiada menyokong tiada disokong




Maafkan aku--
Untuk terlalu menikmati bisu

Please be fine, dearself

22:20




Yes. Currently I'm not so fine. With everything.
But yeah who cares. I have to be fine anyway.
Sebab nanti akhirnya, I still have to face this all by my own.
Semua sendiri. So nak tak nak, kena juga kuatkan diri.
Walaupun sekarang ni I'm at my lowest point, ever.
Doakan aku guys. Wish me luck.
Assalamualaikum. Bye. 




Dalam pada duk sedih- sedih down ni, this one gurl at least brings me to smile :))
Gila kau, bunga kot?! Gila tak senyum?!
hahaha thanks Mai. Sumpah, siapa dapat buat Mai jadi bini memang untung. 
Suka buat surprise. Eyebrow on fleek pulak tu *tetiba .
Haha saranghae Maiiiiii. May Allah bless :*

Not ready

18:44



Hi. Harini hari daftar kolej.
Untuk last sem.
Lusa, isnin, start first class.
Untuk sem 6.
Sebenarnya, aku tak ready.
Itu je aku nak cakap.
Doakan aku berjaya.
Aku tak tahu aku buat apa.
And by now, aku pun tak tahu aku buat apa.
Duduk sorang-sorang tepi court.
Ada orang main futsal.
Tapi aku takdelah nak cuci mata pun.
Entah. Aku tak tahu aku buat apa.


Lari lari lari aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari ketenangan diri
Okay ini lirik lagu
Sorry
Chaw~

Hilang bukan lepas

13:57



Aku dah pernah hilang sekali.
Dah pernah hilang dua kali.



Takkan aku nak kena hilang buat kali ketiga?
Sakit bodoh (tak tahu siapa bodoh, kau ke aku).
Bukan senang aku nak lepas.
Aku rasa memang aku tak pernah lepaskan pun.
Orang-orang tu cuma hilang je, tapi rasa tu aku tak lepaskan.
Still sama. Still percaya. Still sayang. 
Walaupun mungkin aku dah tak penting untuk orang-orang tu....


But then, once again kena remind balik;
Semua ni Allah pinjamkan.
Pandai ko mu nasihat orang tapi bila kena kat diri sendiri, ha baru tahu.
Okay, i belajar untuk redha k.
Kita..... senyum jela heh? Haha

Saje mengada

00:55


Entry berpassword.


hint: nama kau






Kalau tak boleh bukak, bukan untuk kau la tu maknanya. 
Dan kau boleh hidup tenang jalani kehidupan pancaroba kau tu. Hahahahahaha
muah cikedddd :*
p/s: Don't be too curious please. It's nothing. Hahahaha :D

Kotak

13:03





Tak usah kau terangkan ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi tuk senyumanmu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
Lagu yang ku tulis ku nyanyikan
Lagu cinta tentang kita berdua
Yang kan kau kenangi bila tiba masa



- Kotak Hati, Hujan.







Well actually gambar tu aku lukis based on this song. Ma feberet song eva doh haha.
And actually I'm glad that I can draw. Sedikit sebanyak emosi tu tercampur sekali dalam lukisan tu. Haha. Bye.

Gain vs pain

10:49


So, today is the result day.
I'm not going to ask what is your pointer-- as I hate this question too.
Also, not going to ask how your result was, and if I ask, just want to make sure you are okay and we can still survive for this journey together.
On this day, you can see two type of people;
The one who share their happiness,
And the one who feel so sad over the result.


The things is, whatever your result are, you should be happy.
Happy-- as that was the outcomes of your hardworks.
Happy-- as you know Allah still loves you (you can still feel improve yourself)
Happy-- as at least, you are in an university.


For those who get a successful result, congratulations.
Finally you get what you want. You get what you deserves. You get what will makes your parents in big smile.
And for that, be thankful. Be grateful. For everything you get, everything you have.
but please, don't show it too obvious.
Yes, you may show your grattitude and happiness over your success, but not too much.
Be humble.
Be concern over your sad friends.
There is more suitable and sweetest medium you can show your grattitude-- sajadah.


And for those who couldn't make it, don't be sad.
Yes, you can blame yourself.
Yes, you can envy your successful friends.
Yes, you can rant over it.
But these are all for you to make sure you get it right next time.
For you to improve yourself.
Don't be in the box of sorrow for a long time.
That wouldn't make you better.
Be brave to make steps to reach your friends' line.
Maybe this time it is not yours yet.
but please believe, He knows better.
Allah knows better.


Whatever it is,
be humble.
Be grateful.
Be helpful.

Berbaloi baloi habaq hang

01:03






Masih

22:59
Kau kata perhatian kau mahu
Kau kata kasih yang kau pinta
Kau kata rindu yang kau ingin
Dan nantinya itu yang aku beri
Itu yang aku hidupkan
Itu yang aku hembuskan
Tapi masih--
Masih bukan aku yang kau nampak
Masih bukan aku yang kau lihat
Bila semua kataku, rasaku jadi refleksi
Terlontar di cermin berpatah kembali
Tapi aku tetap berdiri
Dibalik ruang kosong yang tersemadi
Buat dirimu namun tak pernah berpenghuni
Sebab aku tahu-- 
masih bukan aku yang kau harap.
Masih bukan aku.
Masih rasa itu.
Masih.

Love letter

17:33
Hey hey I mean, not the surat cinta kanda dinda di puncak gunung ledang. Nehi nehi.


Dulu. Aku selesa dengan konsep masalah sendiri, simpan sendiri, takde siapa kisah.
Sebab macam, ye do siapa nak kisah pasal cerita kau, masalah kau?
Kau sendiri pun macam tak kisah dengan masalah sendiri haha.
Memang aku jenis pendam. Sebab aku rasa rather than people know about ur problem, why not kau cari jalan sendiri, settle sendiri, semua sendiri takyah nak susahkan orang lain.
Tapi aku suka dengar. Aku suka dengar cerita orang. Aku suka orang let their problem out kat aku.
Sebab, at least tu yang aku mampu buat.




Tapi haritu, aku sampai kat one point yg aku rasa macam down gila, aku tak tahu apehal aku macamtu, buat benda yang bukan tipikal seorang ummu buat melainkan dia tengok cerita hindustan sedih. Dia macam, every words every actions everything la yg reminds me of something sad; maka berjurailah. Hahahaha what the kan. Lepastu kerja apa pun tak jalan. Idea untuk final year project langsung tak datang k. Tak datanggggg. Omg memang barai la. 
Pastu aku rasa macam gagal tau. Gagal nak jadi diri aku yg aku rasa selama ni postive je walaupun kengkadang terpaksa fake kan diri tapi that time aku rasa aku tak mampu dah nak jadi positive. Kau paham tak rasa bila gagal?? :((((



Pastu aku try to tell my stories kat one of my friend sebab aku rasa macam, weh takleh do aku kena spill gak (walaupun berapa percent je cerita tu keluar)((and sebenarnya tak terniat pun nak cerita tp dia dpt hidu something wrong with me sebab aku whatsapp pelik tetiba? Hahaha u know who u are)).  
And yeah. I feel..... good? 
Walaupun sikit tak banyak tapi.... eh macam ringan je sikit? 
And aku cuba on the second person I trust the most (bersyukur sikit pls), and again tak cerita banyak pun tapi lagi sekali... aku rasa lega. 
Ye weh. Lega.
Some comfort words and advices and jokes and reactions u guys gave to me made me into tears once again hahaa but this time it was a happy tears.
Rasa macam 50% dalam diri aku ringan walaupun peratus cerita yang aku bagitau tak sampai macamtu pun.




Dan dengan itu, dengan rasa rendah diri dan penuh kasih sayang aku nak berterima kasih sangat sangat sangat sangat sangat buat yang sudi tadah telinga, bazirkan saliva memasing bagi semangat, korbankan masa sebab aku selalu swing time tengah malam hehe. 
Thank you. Seriously thank you.
If I could give u guys see my heart, u can see it  blooming and it was because of u guys. Hahahaha.
Love u. Saranghaeyo. Wo ai ni. Dont leave me pleaseee hahaha. (But i'm serious. Dun leave me kalau tak siapa aku nak kacau...... hehe)




And sorry my other friends. Bukan aku taknak cerita, tapi aku hm segan hehe and aku tahu korang busy so cam tak proper lak nak kacau hehe but i still love u guys muah :* aku boleh je do kalau korang nak cerita pape ke insha Allah aku boleh dengar. Sebab at least, tu yg mampu aku buat. Kalau aku busy sorryyy sangat takut tak terlayan tapi kalai dah sayang insha Allah aku cari masa untuk layan heheheehe (told ya i love u)

Dan mungkin

01:46




Salah ke kalau aku tetap pada penafian?
Salah ke kalau aku pegang pada bayang-bayang?
Salah ke kalau aku anggap diam tu doa?
Salah ke kalau-- aku anggap bahagia tu dia, walau tanpa aku?




Dan mungkin





Aku tak salah pada dia
Aku salah pada aku

Tinta

01:00




Bukan apa. Everytime ada dengar berita org lain kena, mak ayah sakit, meninggal, ada satu rasa yg menyelinap masuk dalam diri ni. mungkin, rindu?




Dah nak dekat 2 tahun lebih ayah pergi. Tapi sekali pun kitorang tak lupakan ayah. 
Memang kadang-kadang kitorang bergurau guna nama ayah apa semua, 
tapi masing masing tahu tu semua nak tutup rasa.
Tapi takpe, kitorang semua kat sini insha Allah okay.
adik kimi dah pandai gosok baju sekolah sendiri walaupun kadang pemalas nauzubillah.
Iqbal macam biasalah sibuk dengan Siti Nurhaliza dia, Sharifah Khasif dia tapi nasib baik pandai hahaha.
Abangah hantar ambik yana balik kerja hari hari hahahaa bagusss
Akak dah nak kahwin bulan 10 ni
Umi pun makin rancak bisnes makanan, pulut dia semua tu. Alhamdulillah





Yana belajar pun okay gak walaupun kadang-kadang stress hahahah.
Alhamdulillah setakat ni tiap sem yana dekan.
 Tak pernah jangka pun. Mungkin berkat doa orang jugak.
Tu je yana mampu bagi. Haha. 
Yana tahu ayah at least nak anak dia jadi doctor ke ustazah ke tapiiii hmmm kitorang tak mampu. 
Tapi ayah tak pernah cakap. Terimalah kasih sebab memahami.
Insha Allah nanti kalau mampu, yana kerja elok-elok, tolong family semua, tolong adik sambung belajar, pastu kumpul buat kahwin. 
Eh? Hahaha


Ayah, em sebenarnya emmm yana ada terrrsuka kat sorang ni.
Hahaha lol tapi serious terrr.
Dia tak handsome pun yah, iras Shukri sikit pun tak.
Tapi ada satu benda yg yana rasa buat yana terrrrsuka kat dia.
Perangai dia. Sifat dia. Macam ayah.
tu yang yana confuse. Yana suka dia sebab dia ke sebab dia macam ayah?? Harhar.
Dia baik (dah kata macam ayah mestilah baik hehe).
Tapi hm.......
dia tak se-caring ayah. 
Dia tak se-loving ayah.
Dia tak selalu jaga hati macam ayah.
Yana tahu dia kengkadang tipu yana dia ingat yana bodoh sangat keee hahah (orang buat surprise birthday pon yana boleh tau lol)
Tapi still yana harap dia macam ayah walaupun seems impossible.
Dan dia tak tahu pun yana suka dia.


Tiap kali yana stress kat uni, kat tempat praktikal, mesti yana teringat kat ayah.
Sebab ayah selalu ada bila yana susah.
Ayah yang selalu pesan pasal agama semua. 
Selalu share quote kat fb walaupun yana jarang gila bukak haha sorryyyy.
But then yana sedar. Yana kena bangun.
Walaupun ayah dah takde, tapi semua apa ayah buat ayah cakap yana ingat.
Takde siapa boleh tolong kita kalau kita sendiri taknak tolong diri kita.
Ayah tak pernah mengeluh kerja, macamtu jugak yana kena jadi.
Ayah tak pernah suka-suka tolak orang mintak tolong,  macamtu jugak yana kena jadi.
Ayah pesan jangan jalan sorang-sorang.
Yana takkan jalan sorang kat Perak tu melainkan takde orang nak teman hahha.



lagi sebulan lebih nak habis praktikal pastu nak masuk final year dah. Sekejap je rasa. 
Rasa macam baru haritu ayah teman belikan bantal hello kitty ni kat billion masa sem 2.
Stress jugak ni haha. Tapi insha Allah yana cuba buat yang terbaik.
Bolehlah nanti hadiahkan diploma ni (walaupun diploma JE) untuk ayah, umi, family semua.
And mintak-mintak prestasi terus mantain gini je. 
Aminn.


Sekarang kan, yana rasa yana kuat sikit dari dulu.
Sebab bila nak nangis, yana ingat balik, buat apa nangis?
Kau pernah rasa, pernah hilang lagi teruk dari ni.
Jadi untuk apa?
Mungkin itulah hikmahnya. 
Walaupun kadang kadang berderai jugak. Hoho.
Nah see? I'm fine, walaupun dengan badan bulat dan muka berjerawat kahkah.


sebabtu bila dengar berita orang ada masalah, rasa macam nak peluk kuat kuat orang tu and pesan dia utk kuat sbb memang susah, cuma kita kena belajar terima takdir, redha dan percaya dengan hikmah di sebalik semua tu. 



Guys. You're stronger than you ever thought (muah ciked?)

Dont worry

17:46

Dear you.
Hey. 
No. Please dont get my friend's tweet seriously.

To tell you the truth.
Yes, I did want you before but now tbh I dont have anybody on my mind. 
I've realised that to be with someone as good as you, I myself have to be good too. And I'm not good enough so yeah.
I've come to the stage of 'perlantakkan perasaan kau' to focus more on my life, my family, my friends.
And to focus on myself. A better me. 
And since you have someone in your heart and never notice mine, I forced my heart to give no hope on you and pray the best for you.
At some moment, I think you know about me liking you but you ignored me right? Nah it's okay.
Whatever it is, I will try my best to be your bestest friend even after all you've done (I know you lie to me but I keep it to myself as for me you know better and you must have some reasons, I know you), because the only love left in my heart for you is a love as a friend- and it's enough.


And briefly, that's how I've move on. :)

Stupid or what

04:18

amaran awal: this entry secara pokok pangkalnya takde konten. Harini tuan blog nak berbalik kepada fitrah asal kegunaan tipikal blog yakni meluah. 





It's either I am stupid or being too kind ( kind here doesn't mean kind yg baik hati, I mean kind yg hm entahlah tp obviously bukan untuk memuji diri sendiri ha ha)
For letting people continuosly hurt me
but I keep on with my thought-- oh takpelah. Asalkan diorang, orang2 yg aku sayang, happy.
But I think I have reached the level yang I can't endure the pain anymore.
I thought I am strong enough but unfortunately I'm wrong.
Feels like crying, but I know it's not worth.




Takpelah. Maybe it was just my another bad day kot.
Or my another mood swing.
I just wanna spill sebab rasa macam sesak sangat.
"Lontarkan.. kalau tidak ia meracun. Kongsikan.. walau hanya pada awan-awan"
Dan kemudiannya aku teringat. Inilah "awan" aku.
Walaupun not 100% my "awan" sebab I've got my diary (as in my second twitter account yg private namatey ).
Tapi setidaknya awan yang ni lebih appropriate tanpa kata nista (muehehe) dan lebih bertapis.
Haha bye.




And I think u're my awan after all I've done but seems like u're not. It's okay, thank you anyway for not being there :)

Lagu sedih satu please

01:44

I dont know. Tadi while having a conversation, suddenly I feels like I'm being lied. It just..... feel not right.
Tapi yang paling buat aku sedih dan bagai ditoreh toreh dengan kertas A4 (paper cut guys) is dia tu orang yang aku percaya. Orang yang aku ingat takkan menipu, at least dengan aku.


"Sobabtu oghang koba, don't you ever lie to girl"

Idk maybe we, girls, just have that instinct when people lie to us, eh? Boys tak eh? Ke ada je tapi tak cakap? Entah nantilah sembang tanya dak laki. Harhar.



Aih sedihlah. Rasa nak nyanyi lagu Patah Seribu je. Hm. Mungkin malam ni aku terlebih emo sebab baru lepas tengok hindustan We Are Family kot. Tu yg sampai terbawa2 in real life. Benda kecik pun sedih.


Ish. yela tu kot. For this time being aku anggap jela ni pembawakan emosi. Nanti kalau emosi aku stabil dan ternyata dia tak tipu, ha aku delete la post ni. Huahua.


Tapi, kalau korang kena tipu dengan orang yang kau percaya gilaaaaa, apa korang buat ek? *sambil mengharapkan reply2 dari stalkers or strangers macam lisa dapat dalam Istanbul Aku Datang. Sudahlah ko mu, berangan!*

Xoxo,
U ♥
*tiru lisa lageyy*

Alhamdulillah

10:38
semalam 24 Mac, kami pelajar pelajar AP117 dah pun selamat present our final project.
Alhamdulillah, sempat gak siap walaupun model barai. Badan pun barai gak. Thanks to the lecturers yang push kitorang gila gila sampai kitorang serious naik gila and stress. Hahaha tapi kebaikannya untuk kita jugak. Thanks jugak untuk encik google and pinterest untuk segala gambar gambar references yang cantik. Hihi. Thanks untuk my beloved family sebab faham dgn keadaan seorang yana/kak yan yang busy and tak sempat pun nak contact korang (tapi korang gi karaoke sehari before kak yan present. Siot tak tunggu). 
andddd thanks to my beloved studiomates yang selalu ada untuk each other (esp penghuni studio). Feel so much love bila kita tolong each other, betulkan mana yang salah, upgrade mana yang kurang, tegur kalau silap, gi makan sama sama, stay up studio sama sama, sembang cerita bukan bukan time makan lepas gi pasar malam sama sama and banyak lagi lah (too many 'sama sama' and aku rasa kita ni clingy sangat hahahaha).
Banyak yang korang dah ajar aku dalam kehidupan doh. Serious. Sebab sebelum ni aku macam agak katak bawah tempurung la. Tak bercampur sangat (and i regret this). And finally, i can get out of my zone. Kepala gila gila aku dah keluar habis dah. And aku dah ada kawan berjantina lelaki. Hahahaha (sebelum ni ada je kawan lelaki tp atas nama 'classmate' or 'schoolmate' jela. Tak berborak mcm kawan pun. apehal entah. Haha sorry abi daus maru joel sakhti vimal :( ) Somehow sedih gak sebab sem depan praktikal (inshaAllah) and for sure tak dapat spend time dengan korang dah. Huaaa. Tp takpelah. Semoga masing masing berjaya.
Tehah fatin syira aim iman chor dila bal kimi piah yana afiq sayed acap nisa jimmy nad ina nadia
Thank you sebab selalu ada dengan aku. Cewah haha. Yang lain ada gak, tapi mungkin tak......... selalu? jengjengjenggg~
Sayang korangggg

Tp sekarang aku pun dah tumbang. Haha. Lepas present balik pukul 5, rebah atas katil pukul 4am baru terjaga. Tupun kepala pusing lagi. Nasib baik dah habis id. Kalau tak ya Allah aku tak tahu cemana.
dahlah. Assignment bc kena hantar pulak ni lecturer dah mengamuk. Tak remind awal2 suruh hantar 22 hb, 24hb baru ws tanya. Siap dah deduct mark lg utk dua hari lambat. Mana lah kita tahu, dahlah tgh busy dengan id haritu. Kelas lain hantar next week, and selalunya submission date semua kelas sama. Aish emo pulak aku demam demam ni. Haha dahlah. Bye..... ;)

Mulut

16:41
Hai. Its me again, here, in the middle of the hectic weeks to go to the finals. Kah tapi sempat lagi update sini. Suka hatilah. muehehe. 


All right, so we start the topic now.





Mulut. 
Cuba cakap, berapa kali kau terasa sebab mulut orang? Or, berapa kali kau rasa kau sakitkan orang dengan mulut kau? Tak pernah? Serious laaaaaaaaaaa. Membongak. Mesti ada. Cuma orang tu tak bagitau je.

"Eh dia okay jela aku tengok. Main main je pun. Takkan tu pun terasa."

Mungkin kau lupa kot. Dia tu pun manusia. Kental kental mat rempit, orang ngata motor dia buruk banyak kali pun mau hangin gak beb. Manusia; ada masa hati dia boleh jadi fragile. Buatnya time kau tengah perli or mengata dia setelah 4532 kali, pada kali yang ke 4533 tu pulak tiba tiba kau kutuk dia sundal and at the same time dia gaduh dengan boyfriend dia yang kebetulan cakap dia sundal gak. OMG mesti dia rasa tak berguna gila waktu tu. Sakit hati dia wei. Tapi dia saje tak cakap kat kau sebab, entah, mungkin sebab dia rasa benda ni remeh je, tak patut dibesarkan.


Jaga mulut. Jangan maki banyak sangat. Cakap bertapis, jangan hambur lepas ikut suka je. Carut tu kurangkan. Kalau takde langsung lagi bagus. Tapi susah gila an. Lagi-lagi dengan situation course aku sekarang (and I believe korang pun sama). File tak save lagi, tetiba stuck, then poffff hilang. Automatically "Shit!Damn! Fck!" keluar. Perghhh. Nak nak kalau assignment tu urgent nak kena hantar esok. Lagi bervariasi kata kata carutan keluar berserta repitasi. Kalah Altimet. Tak, aku tak mengata korang pun. Self reminder gak ni. Currently improving myself to lessen this mencarut activity and kena cepat-cepat sedar diri; bila dah sedar tercarut tu cepat cepatlah istighfar. (Tapi istighfar bukan sebagai lesen untuk kau teruskan mencarut dengan alasan "ala lepasni aku istighfar la". Hmm itu bangang level minum arak baca bismillah, takpun tengok porn sambil makan kismis -_-)


Selain mencarut, kurangkan jugakla cakap yang bukan-bukan. 'Bukan-bukan' disini bukannya sekadar mencarut, tapi 'bukan-bukan' yang bermaksud cakap yang takde guna. Benda sia-sia. Kutuk belakang. Sebar aib orang. Kalau dah orang kata rahsia tu, rahsia jela. Jangan gegatal nak cerita, jaja kat orang lain. Bagi harapan palsu. Tak guna bibir pakai lipstick mac ke kiss proof ke kalau akhirnya ke lembah dosa jugak. Seriously, makin sikit kau cakap, makin tenang hidup kau. Macam aku dulu. Huahua.


Selalu ingat, jaga-jaga sikit bercakap tu. Maybe dalam tak sedar, apa yang keluar dari mulut kita tu dah jadi sarang dalam hati orang.
Saranghae ke. Eh? 
Hahahahahahahaha adoi kesiannya dia kena friendzone hahaha xD


So, 
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.
sebab
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.


Kalau aku ada salah, tegurlah. Mungkin tak tersedar. Kalau aku tegur, tandanya aku sayang. Kalau tak tegur, bukanlah tak sayang. Tapi takut korang tak dapat terima and things will be very awkward after that. Tapi insha Allah kalau boleh tegur, aku tegur. Kalau tak in person, kita tegur in doa :)


Ketemu lagi dear stalker(s) :*


p/s: Aku rasa macam cikgu bm pulak. Adehhhh ~

ls it real or just a tool?

17:28


Holla. haha. so how my blog looks like? Ada lampu tau, buat menerangi hari harimu yang suram tatkala menjenguk blog ku ini. huahua. And sorry private jap haritu, ada hal. satu; nak edit blog. Dua; sebab aku malu. sebab apa? hahahhahahaahhaha biar jelah malas nak cakap. cb

SOOO here's my story. 


Pernah dengar tak orang cakap chocolate is stress reliever pe kejadah nya semua tu? Pernah kan. Tak tahu la betul ke idok kan tapi it works on me. Haha. Everytime aku stress mesti keinginan nak makan chocolate tu membuak-buak giler; contohnya sekarang. hahahaha.

Tapi stress yang kat sini bukanlah maksudnya stress sebab kerja tension semua tu. Stress kat sini stress yang disebabkan sakit hati. Hahaha I'm easily sakit hati you know, cian future husband hahahaha. 
And as for me, I choose dark choc. Sebab white choc dengan choc biasa tu macam manis sangat. Rasa berdosa gila kat diri sendiri kalau melantak satu bar tu. *yes, aku pernah melantak satu bar dark choc dalam satu masa tu sebab aku stress gila dengan kau. Haah kau la. Urgh nyebelin -,-

Tapi lama-lama aku cam terfikir, betul ke apa yang aku buat ni? Tak I mean, bukanlah salah. Tapi, betul ke aku makan chocolate sebab aku stress? Aku rasaaaa.........................



Aku makan choc just sebagai tool untuk kurangkan rasa marah tu sebab dah terphsycho dengan statement yang awal-awal tu. Okay eh, dia macam contoh ni. 


Kau nak benda sejuk. Time tu tengah panas. Time tu pulak dekat timeline tetiba orang retweet gambar ABC Kampung Melayu berserta tweet "Tengah panas ni kalau dapat ABC konpom lega tekak woiiii". Perghhh lagilah menggulupur kau kan. So kau akan berusaha untuk cari dan beli ABC walaupun dia bukan dari Kampung Melayu punya, padahal boleh je kau minum air limau ais kat gerai makcik tepi jalan kan. Dapat tak? Dapat tak point aku? Point dia....



Kau bertegas nakkan sesuatu tu disebabkan oleh pengaruh sekeliling padahal kau boleh je atasi benda tu sebab dia bukannya keperluan, dia cuma kemahuan. Tapi kita bertegas nakkan dia, sebab? Sebab kita tak mampu nak control nafsu. 
Tu je. 
Hahahah

Maksud aku dalam konteks choc ni; aku gunakan dark choc ni sebagai tool untuk aku redakan marah aku and eager to buy one whenever I get angry or offended, gituuuuu. Padahal boleh je biar lama-lama nanti redalah marah tu. Takpun tengok bintang bulan kat langit pastu excited sorang-sorang, hilanglah sakit hati tu. *emm so mumu. Benda kecik pun boleh excited*


Samalah dalam hidup. Kadang kita terlalu ikutkan trend atau pun nafsu sebab benda tu dah menjadi norm ataupun 'syarat' untuk kita sync dengan hidup sekeliling. 
Kadang kita tak nampak benda yang kita sebenarnya perlu, yang kita nampak benda yang kita nak; nak semata-mata. Cuba sometimes kita bukak mata, pandang sekeliling, tanya diri sendiri apa yang kita nak sebenarnya. Mungkin apa yang kita nak tu dah ada pada kita, ataupun dekat dengan kita dah pun.

.................................
................
......
..


Wow ummu, pasal chocolate pun boleh masuk falsafah hidup. I'm actually impressed with myself. Haha lol takdelah memain je.


Haaa dah macam lain macam kan melencong. Sorry lah aku kalau dah masuk dalam, memang dalam betul masuk dia. Dengar lagu rap pun boleh emo bhai kau rasa? hahaha.


So conclusion dia, entry kali ni boleh masuk dua peribahasa;

Ukur baju di badan sendiri, 
kalau tak,
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sekian, wassalam.



p/s: Aku rasa entry ni paling wise dalam 2 tahun punya entry. Walaupun sebenarnya not so wise. Haha pernah ke Ummu wiseeeeee guyssss pleaseeeeeeeeeeee *emoji bulan hitam*

Bye, Assalamualaikum! :)

21:17
Aaaaa bodo aku taknak update pape dah 😑😑😑😑
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.