tiba masa

02:33
Pernah tak
Kau rasa hati tak tenteram
Dalam hati tu perasaan bercampur aduk
terkadang rasa macam bed of flowers baru kena siram
Terkadang rasa macam paper addmath yang kena siat sebab fail
Terkadang rasa tersentap
Terkadang rasa nak lari jauh dari sini
Terkadang rasa nak orang layan macam kita ni princess
Pernah rasa tak?
Mungkin sebab tu orang kata soal hati ni rumit
Kita sendiri pun tak faham apa yang dia nak
Tak payah menuding jari pada yang berlainan jantina
Kata XX lagi complicated
XY pun taknak kalah
Bagi aku semua sama
Bila datang pasal hati
Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan
Sekarang
Aku rasa macam kosong
Mungkin dah penat dengan konsep aku-jaga-hati-orang-walaupun-orang-tak-jaga-hati-aku
Mungkin juga penat dengan keterujaan untuk pastikan kewujudan aku disisi orang bukan sekadar omong kosong tapi jujur dari hati
Dan mungkin juga penat dengan layanan yang sekadar menyedapkan hati
sekarang mungkin dah tiba masa untuk hati ini berehat
Rehat dari penat
Sebab apa yang dirasa kini kosong
Bukan putus asa dengan yang namanya kehidupan
Cuma mungkin ia dah terlalu mencuba
Mencuba untuk segalanya
Sampai tak tinggal apa untuk tuannya
Sampai segala hal diperlantakkan
Sampai rasa kosong
takpelah. Biarlah ia berehat sebentar.
Nikmati dulu kosong ini.
Moga nanti tersemai dengan semangat yang baru.
semangat yang buat hati ini makin padu
Payah untuk terkulai layu.
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.