moga cepat sembuh, ayah

22:25


Dugaan.
Allah nak uji. 
Ni salah satu benda yang paling aku takut terjadi especially bila aku takde kat sana. I mean di sisi family. Serious takut. Kalau boleh memang mintak jauh. Tapi kita merancang, Allah yang tentukan. Kalau Dia kata kun fayakun, maka jadilah ia.

Minggu ni serious packed gila. Presentation, test, test, test lagi, ldk, event id dinner. Lepastu kena get ready utk final project: office. Baru nak launch. Kalau ikut perancangan awal, memang taknak balik raya cina ni. Bukan tak rindu, tapi duit nak kena jaga gak. Tiket bas pergi balik jb-perak bukannya murah. Tiket sehala je dah nak sama dgn tiket pergi balik kl-perak. Sebenarnya lebih lagi. 

Tapi tu lah.
Mungkin Dia nak bagi jugak aku balik, jenguk umi ayah, family. 
Ditakdirkan pulak ayah sakit. Kata abangah mcm nak kena strok, kat tempat kerja. Abangah ws time tu hari Rabu, before pergi kelas koko. Nak hantar ayah gi HSA, and maybe kena bedah. Zap terus mengalir lah air mata. Tapi tertahan sebab ada roommate. Malam tu makin menjadi sebab pikirkan keadaan the only one man yang aku ada kat dunia ni. Lepas solat terus aku paksa diri untuk tidur, nak elakkan roommate nampak. 
Dalam pukul 5 lebih camtu, terjaga. Akak ws. Then aku mcm terfikir lagi benda yang sama. Maka menangislah lagi. Aku baru tahu aku takdelah kuat sangat. Ye, memang aku gembeng. Lagi lagi kalau melibatkan family. Sebab bagi aku family is everything. Buruk manapun, diorang tetap family aku. Takde ganti. And aku ada ah tweet sikit pasal benda ni tapi tak terlalu obvious, sebab taknak orang tahu. Aku memang macamtu. Tapi terrrrmention jugak pasal ayah. Tak tahu pulak ada yang baca. Haha. 
Tapi please, memang kalau bab hal ni jgn gitau sesiapa.
Sorry gak kat korang (sayang sayang SC1 ku sekalian) sebab tak bagitau.
Aku cuma tak suka orang nampak aku nangis. ( tadi time kelas elc pun aku keluar jap takut orang nampak ) 
And aku tak nak orang kesian kat aku, and bagi kata2 semangat, perhatian, tak gurau2 dgn aku sebab takut aku terasa. It may work to others but not me. Aku akan jadi lagiii terharu and buat aku makin menangis disebabkan perhatian yang korang bagi. 
At least, dengan gurau gurau korang tu dapatlah kot aku happykan hati. 
Bukannya aku saje saje tak bagitahu. Sorry again.

Kat sini je aku boleh luah, sebab rasanya takde yg sampai kat sini. Paling2 pun followers/stalkers aku yang sejati tu. You know who you are. Hahaha. Sayang korang.

Aku nak test ni, jgn kacau emosi aku. Haha.
Walaupun aku rasa korang memang TAK AKAN SAMPAI KAT SINI tapi saje je pesan.
Mana tahu boleh sampai. Kahkah.

Ayah, moga cepat sihat.
Ayah kan kuat.
Akak dengan abangah tak boleh harap lah nak jaga Yana macamana ayah jaga Yana. Haha jk.
Umi pun, moga makin sihat.
Mak ngah pun.
Senang cerita semualah.
Diri sendiri pun.
Moga kuat ummu.
Bak kata Tehah, ummu kan sado. Gusti lengan boleh menang.
Hati pun mintak mintaklah sado kan.
Haha. 
Bye, assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.