Part 4 dah kita wak

21:28



haiiii. Haha last update masa tengah final project kan? and now dah masuk sem baru dah pun. Ya Allah serious rasa macam sekejap gila. Dah masuk sem 4 dah kat Seri Iskandar ni. Dah Year 2 dah. Dah pangkat-2 senior diploma dah. Fuyoo rasa macam baru haritu Dr. Kie ajar buat perspective one point sampai pening pening kepala padahal bila tengok sekarang ya ampun rasa nak sorok bawah drafting table. Hahaha gila buruk! 

Tapi tulah. Dah sem 4 dah. Macam macam dah lalui. And now tengah busy buat first group project. Maigadd stress dah weiiiii -.-' Tapi takpelah. Let me enjoy the moment. Sebelum masuk praktikal sem depan (weiii cuak doh.................). Sebelum masuk life designer (amiinnn) yang tak jumpa katil.

Nah. Muka muka akak abang part 4. Dah mula sayang dah. Hahaha senang betul jatuh sayang tau. Bencik titeww hahahaha :*











eii semua muka busuk! Hahahaha








Muah. Good luck guys for this sem!
Untuk korang yang selalu stalk tu hahaha, good luck in life korang! :)

Rasa Kaca

21:17





Permata dalam kaca. Cantik kan?
Tiap kali mulut buka, tiap kali tu juga kau puji sanjung
Bersinar. Berkerlip. Indah betul jadi permata.
Disebut nama, tersenyum yang disana.

Tapi pernah tak kau tanya-- siapa permata pada mata aku?
Siapa yang bila namanya disebut, aku tahan rasa?
Siapa yang dalam diam aku doakan bahagia dia, kejayaan dia?

Tak. Kau tak pernah tanya.
Sebab yang kau kisahkan cuma permata.
Bukannya aku-- si kaca.

Final project gaisss

21:01


Hai. First of all, sorry kepada pembaca setia blog ummuslamat sekalian walaupun dua tiga ketul je sebenarnya, muehehehe sebab dah lama tak update. Well alasan macam biasalah and aku sure korang pun tahu apa alasannya. Alasan basi namun masih relevan.

So now tengah in progress untuk design restaurant. Oh my god.............. seriously kannn?!
Nama sendiri, logo sendiri, menu sendiri, concept sendiri, masak sendiri, makan sendiri, bayar sendiri. Eh?
Haaa gila tak mencabar ?? Hahahhaha dahlah kena buat based on culture. Dalam movie lak tu. Perghhh. So iols decide pilih movie Puteri Gunung Ledang and budaya jawa. Puahahhaa anak jawa ni nak jugak merasa feel jawa tu beb walaupun hal hal jawa memang fail. Paling paling pun tahu makanan je. Tempe... burasak.... sambal totok..... and such. hahahhaaha cakap jawa lagilah fail! Siji... Loro... Telu... Papat... Limo..... haaaaa dah tu je. SADISNYA AKUUUUU T^T

okay dah dulu kot. dah 80% dah kuota ni beb. Gila makan data. i hate you. hahaha.
Aku nak ber-puteri gunung ledang ni jap. kot kot dapat hang tuah version moden ke okay gak. harhar.
Byeeeeeee!


*such a boring update isn't it? oh my writing skills where are youuuu TT.TT*



ewah ewah gusti putri. Jangan mudah tertawan dengan yang namanya lelaki. kihkihh


btw I learn to live in happiness so please go away.

tiba masa

02:33
Pernah tak
Kau rasa hati tak tenteram
Dalam hati tu perasaan bercampur aduk
terkadang rasa macam bed of flowers baru kena siram
Terkadang rasa macam paper addmath yang kena siat sebab fail
Terkadang rasa tersentap
Terkadang rasa nak lari jauh dari sini
Terkadang rasa nak orang layan macam kita ni princess
Pernah rasa tak?
Mungkin sebab tu orang kata soal hati ni rumit
Kita sendiri pun tak faham apa yang dia nak
Tak payah menuding jari pada yang berlainan jantina
Kata XX lagi complicated
XY pun taknak kalah
Bagi aku semua sama
Bila datang pasal hati
Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan
Sekarang
Aku rasa macam kosong
Mungkin dah penat dengan konsep aku-jaga-hati-orang-walaupun-orang-tak-jaga-hati-aku
Mungkin juga penat dengan keterujaan untuk pastikan kewujudan aku disisi orang bukan sekadar omong kosong tapi jujur dari hati
Dan mungkin juga penat dengan layanan yang sekadar menyedapkan hati
sekarang mungkin dah tiba masa untuk hati ini berehat
Rehat dari penat
Sebab apa yang dirasa kini kosong
Bukan putus asa dengan yang namanya kehidupan
Cuma mungkin ia dah terlalu mencuba
Mencuba untuk segalanya
Sampai tak tinggal apa untuk tuannya
Sampai segala hal diperlantakkan
Sampai rasa kosong
takpelah. Biarlah ia berehat sebentar.
Nikmati dulu kosong ini.
Moga nanti tersemai dengan semangat yang baru.
semangat yang buat hati ini makin padu
Payah untuk terkulai layu.

doakan kitaaaaaaa

22:42


Final presentation dah dekat. Submission lagi seminggu kot.
Final exam pun dah dekat. 4 subjek kali ni T.T
Doakan kamiiiiiii!
good luck jugak untuk dak dak uitm yang lain, uni lain pun.
Mudah mudahan Allah permudahkan :)
Byeeeeeee, assalamualaikum~
xoxo. kahkahkah

Dia pergi jua

13:59


26.2.2015
Tarikh yang takkan aku lupa.
Perginya lelaki yang bergelar ayah.
Lelaki yang pertama dalam hidup aku.
Sakitnya cuma sebentar, mungkin memang sudah ajalnya.
Kata mereka, dia pergi dengan senyuman.
Ditambah pula dengan waktu berkumandangnya azan maghrib.
Di malam yang mulia.



Al fatihah buat ayah, Slamat bin A. Karim.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
We'll never forget you.
Tabahlah semua. Semua yang terjadi ada hikmahnya :)

hampanya

19:59

Tadi test bc.
Ya Allah kenapa soalan dia mcamtu. Tak expect pun keluar cenggitu. Aku cuma expect keluar macam label-2, objective, definition and so on. Tapi ni suruh explain briefly tapi markah sampai 25 kau rasaaaa ??? Dahlah baca banyak gila topik last-2 yg keluar dalam 3 4 topik je.
Tapi yelah, papepun memang salah diri sendiri. Belajar tak masuk kepala.
Spesies lembap pastu tak sedar diri. Nasib baik comel. Hahaaha seronoknya kutuk dan puji diri sendiri ni. 

Tapi serious, i don't think that's my best.
Aku rasa aku boleh buat lagi baik dari tadi.
Tadi nak hentam pun tak tahu nak hentam apa. Tengok classmate sebelah panjang gila explaination, sampai dua kertas. 
Ye, memang aku selalunya yang jenis tak kisah sangat pasal exam ke test ke. Tak boleh jawab pun boleh je hentam pastu keluar exam hall duk huhahuha. 
Result lagilah. Malas betul nak layan. Nanti mulalah wujud perbandingan apa semua. Haha ai tak suka. 

Tapi tadi.
Lepas je lecturer kata masa tamat, and dia kutip kertas, aku rasa macam nak nangis.
Ye, gembeng gila an. Sebabnya aku tahu,
Aku boleh buat lagi bagus kalau aku betul-2 fokus. And yang buat lagi teruk, bila fikir parents. Rasa macam aku hampakan harapan diorang. Lelagi dengan keadaan ayah macamtu. Diorang nak tengok aku berjaya. Tapi ni je aku boleh buat?

Okay aku cuba untuk tak pressure kan diri sendiri. Haha what the. Relax dulu kot, boleh belajar lagi. Buat lagi bagus untuk final exam nanti. Test 2 ke. Haha
Kalaulah habis exam tadi aku tk sempat tahan empangan ni daripada pecah, mesti habis gang bawah meja tu tau kot sebab aku mmg bukan jenis suka-2 je nangis kan nak raih perhatian ke apa. Lol, i hate attention so much 😒.
Takpun budak-2 lain pandang badi sambil dalam hati "eeiiyuckkk overnya minah ni. Test je pun. Konon pandai lettewww. Eiii baik aku gi makan kat uptown lapar dah ni. Makan ayam masak manis tu sedap gak. E ehh nak ajak crush la macam ada chance je. Ehhhh ala dia dah jalan dengan orang lain. Aduhhh patah hati siakkkk 😭" hahaha lebih pulak aku 😂.

Takpe mu, next time buat lagi bagus k.
Pedulilah orang nak kata apa, nak dengki ke, asalkan kita buat kerja kita. Kita tahu kerja kita, tanggungjawab kita.
Watlek watpisssss ✌
Haha macam best pulak bagi nasihat kat diri sendiri. Dah luah pun kat blog an. Haha. Untung tau kau aku setia dengan kau dah lebih kurang 6 tahun. Fuiyooo dari zaman cinta monyet. Tapi still bertahan. Adakah ini cinta sejati? 💓💖
Hahaha #mudahterhibur #pleaselahgelak #hambarsehambarnya

Adios! Salam maghrib dari Seri Iskandar. 
Assalamualaikum 😊 

Hahahaha jap asal takleh nak post ni hak aduuuu error error mengadalah. Tumbuk karang eiiiisshhhhhhhh gedebuk aaaaa jatuh nenonenonenoneno mana mana mana jatuhnyaaaaa mana mungkinnn selimut tetanggaaaaaaaa hangati tubuhku dalam kedinginannnnn eeh nyanyi pulak kau ala apa aku merepek ni hahaha jap eh dah boleh belum ni nak save bagai dah boleh dah kot hahahaha okbye muahmuah

moga cepat sembuh, ayah

22:25

Dugaan.
Allah nak uji. 
Ni salah satu benda yang paling aku takut terjadi especially bila aku takde kat sana. I mean di sisi family. Serious takut. Kalau boleh memang mintak jauh. Tapi kita merancang, Allah yang tentukan. Kalau Dia kata kun fayakun, maka jadilah ia.

Minggu ni serious packed gila. Presentation, test, test, test lagi, ldk, event id dinner. Lepastu kena get ready utk final project: office. Baru nak launch. Kalau ikut perancangan awal, memang taknak balik raya cina ni. Bukan tak rindu, tapi duit nak kena jaga gak. Tiket bas pergi balik jb-perak bukannya murah. Tiket sehala je dah nak sama dgn tiket pergi balik kl-perak. Sebenarnya lebih lagi. 

Tapi tu lah.
Mungkin Dia nak bagi jugak aku balik, jenguk umi ayah, family. 
Ditakdirkan pulak ayah sakit. Kata abangah mcm nak kena strok, kat tempat kerja. Abangah ws time tu hari Rabu, before pergi kelas koko. Nak hantar ayah gi HSA, and maybe kena bedah. Zap terus mengalir lah air mata. Tapi tertahan sebab ada roommate. Malam tu makin menjadi sebab pikirkan keadaan the only one man yang aku ada kat dunia ni. Lepas solat terus aku paksa diri untuk tidur, nak elakkan roommate nampak. 
Dalam pukul 5 lebih camtu, terjaga. Akak ws. Then aku mcm terfikir lagi benda yang sama. Maka menangislah lagi. Aku baru tahu aku takdelah kuat sangat. Ye, memang aku gembeng. Lagi lagi kalau melibatkan family. Sebab bagi aku family is everything. Buruk manapun, diorang tetap family aku. Takde ganti. And aku ada ah tweet sikit pasal benda ni tapi tak terlalu obvious, sebab taknak orang tahu. Aku memang macamtu. Tapi terrrrmention jugak pasal ayah. Tak tahu pulak ada yang baca. Haha. 
Tapi please, memang kalau bab hal ni jgn gitau sesiapa.
Sorry gak kat korang (sayang sayang SC1 ku sekalian) sebab tak bagitau.
Aku cuma tak suka orang nampak aku nangis. ( tadi time kelas elc pun aku keluar jap takut orang nampak ) 
And aku tak nak orang kesian kat aku, and bagi kata2 semangat, perhatian, tak gurau2 dgn aku sebab takut aku terasa. It may work to others but not me. Aku akan jadi lagiii terharu and buat aku makin menangis disebabkan perhatian yang korang bagi. 
At least, dengan gurau gurau korang tu dapatlah kot aku happykan hati. 
Bukannya aku saje saje tak bagitahu. Sorry again.

Kat sini je aku boleh luah, sebab rasanya takde yg sampai kat sini. Paling2 pun followers/stalkers aku yang sejati tu. You know who you are. Hahaha. Sayang korang.

Aku nak test ni, jgn kacau emosi aku. Haha.
Walaupun aku rasa korang memang TAK AKAN SAMPAI KAT SINI tapi saje je pesan.
Mana tahu boleh sampai. Kahkah.

Ayah, moga cepat sihat.
Ayah kan kuat.
Akak dengan abangah tak boleh harap lah nak jaga Yana macamana ayah jaga Yana. Haha jk.
Umi pun, moga makin sihat.
Mak ngah pun.
Senang cerita semualah.
Diri sendiri pun.
Moga kuat ummu.
Bak kata Tehah, ummu kan sado. Gusti lengan boleh menang.
Hati pun mintak mintaklah sado kan.
Haha. 
Bye, assalamualaikum :)

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.