Salam sembang

16:50

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii panjang panjang tanpa rasa bersalah. Hahahhaha. 

Salam sembang kosong.
Kenapa sembang kosong?
Sebab cadangnya kemain time cuti sem nak edit blog, update entri baru sebarang dua paling tak. Tapi? Hampeh langsung takdak. Kahkahkah. Salah satu sebabnya; kondisi laptop yg tak berapa mengizinkan. Madah mintak restart je kijenya. Kita tak tekan pape pun kengkadang ter'restart' sendiri. Tak ke menyirap dibuatnya. dan sebab yang lainnya... hmm paham-paham jelah. Line bukannya laju pung. Haishh.

Dan dikala ini aku sudah pun melangkah ke sem 2. How fast time flies kan? Rasa macam baru haritu masuk sini MDS bagai. Rasa macam baru haritu cuti sem. Main masak masak. Pegi pb sensorang. Layan adik Ira tidur, main. Pergi ambik result adik Kimi. Haihhh yang ni pelik.

Apehal naik sem 2 aku baru rasa homesick?!
Shiitake mushroom.

Sem 1 dulu bukanlah nak kata tak ingat rumah langsung. Gila kau. Aku ni home person kot. kerja duduk rumah je. Hahaha. Tapi taklah seteruk sem baru ni. Why ah whyyyyyyyy? Obviously this is not good for me, walaupun bila cakap dengan orang, diorang pun rasa benda yang sama which means bukan aku sorang yang mengada-ngada. Sem 2; sem penuh emosi. hahahaha. But yeah harap-harap akan bertambah baik laa seminggu dua lagi. 19hb dah start mid sem break, 2 minggu! Ohh please cepat sikit datang. I nak balik Johor. 
Tapi sebelum nak sampai ke mid sem break tu...... haaaa berduyun jugak laa assignment nak ngadap. Pehh makin naik sem syllabus makin susah. Subjek exam pun makin bertambah. Takut weh. Doakan aku berjaya k? :')

And sem 2 ni dapat roommates baru. Dah tak sama dengan Ika dah. Hmmm. Rindu nak tengok movie sesama, pergi Billion makan chicken rice shop, tengok wayang, pergi Aeon Manjung makan Sushi King, pergi pasar malam beli tongkeng dengan ayam Uncle Bob sesama, tengok Running Man memalam guna hotspot Ika hahaha, tengok Roommate berebut Jackson dengan Dong Wook, pastu main make up make up.. Rindu Ika dengan Yanaaaaa! Pika pun rindu jugak.. Dah takde tukang control duit dari mengalir bak Sungai Kinabatangan.. :'(
Roommate baru? Bolehlah. Still trying to get along dengan diorang. Mintak-2 makin lama nanti makin okay makin tak awkward hahaha.

Dah ummu lek lek takmo nangis-nangis hahahaha. Fighting! Kata nak own a good life kan? Hahaha emosi no taip entry ni. Selalu huha kemain. Orait sampai sini je dulu, kuota internet kena jaga. Hahahahaha. Okay bye, assalamualaikum :)

Sincerely,
Yang tak sabar nak cuti mid sem, cuti sem, nak grad, nak habis belajar.
Kekekekeke ^^v
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.