Selamat datang ke fasa baru, Ummu

08:00


Disaat ini, aku sedang duduk termangu di hadapan laptop milik roommate dengan berbekalkan hotspot internet aku, demi menaip sebuah entry yang baru, sempena kemasukan aku ke fasa baru. Fasa mahasiswa.

Ppuihhh, merepek lagi kan kau mu. 

So...... tadaaaa Now I'm a mahasiswa! hahhaha. Mahasiswa bahasa Inggerisnya apa? Aku tak tahu :p
Aku tercampak jauh ke negeri yang aku tak pernah sangka akan sampai. Hahaha. Dah jauh tu, maknanya nak balik kampung pun payah lah kan. Balik time raya jela jawabnya. *cehh dah ada 'kampung' tau sekarang ni. kkkkkkk

At first, aku sangkakan life kat sini akan jadi lain. Lain maksud aku macam, environment dia, orang dia..
Yelah, selama ni dah nak 18 tahun kot aku duduk kat Johor atau lebih spesifiknya Pasir Gudang tanpa sedikit pun pengkhianatan tempat tinggal. Wahh bahasa aku macam membanggakan cikgu BM jea ni? hahahhahaha xD

Tapi rupa-rupanya...... Apa yang terbayang tak terjadi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya sampai ke malam. Hahahaha. Serious kat sini memang panas gila. Lecturer pun kata kat sini memang panas selama-lamanya. Hhaha. tak tahulah, mungkin fenomena El Nino tu sikit mempengaruhi faktor kepanasan kat sini kot. Entah, tak tahu tak tahuuu
Tapi nasib baiklah awal-awal lagi dah beli payung. Gila ah kalau takde payung nak berjalan dari dorm ke fakulti. Mahu hujan lecak ketiak semua memasing bila sampai kat fakulti.
Dahlah fakulti besar gedabak, banyak pulak tu. Bangunan FSPU je dah berapa banyak. 
Setakat ni jalan ke fakulti aku tak pernah sesat lagi lah. Cuma kalau jalan memalam je, kitorang sesat. Hahahha habis satu u tu kitorang pusing, sampai dah nak jejak pintu masuk dah. Punyalah jauh.

Roommate sini pun okay. Jenis tak banyak songeh. 3 orang Johor, 1 orang Kelantan. Walaupun begitu, cehhh penanda wacana aku.. hahhaha. . Masalah komunikasi tetap wujud k. Masalah dengan mek klate tu lew. Takpe, slow-slow kita belajar. Tapi nanti dua orang nak pindah Tapah. Sem depan rasanya kena tukar roommate lah. Hishhh ni yang malas tau. Mintak-2 dapat roommate yg satu kepala, bukan spesies gedik overload or pendengki or pencopet or penculik dsb. Amiiiiiinnn!

Hmmm.. rasanya sampai situ jelah dulu kot. Aku seram gak ni guna hotspot. Nanti kang kuota habis tak ke naya aku membatu dalam kampus takde internet. Sadis nanti. Orang lain scroll twitter, aku duk sensorang main pou. Aishhh mintak jauhhhhhhhh hahahaha.

Bye, assalamualaikum !
*no gambar this time. Aii malas nak cucuk usb. hihihiiii*

Last but not least, I miss u olsss! Orang Johor sekalian... :)
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.