realiti

23:14


*menaip entry sambil telinga menadah headphone dengan lagu Reality- Richard Sanderson. Hahaha best ah lagu ni. Ala-ala menggamit kenangan gitu. Penangan movie Sunny lah ni. Masyukkkk gila movie tuuuu! First time tengok meleleh jugak lah empangan di mata ni. Muehehehe*


Huh. Susahnya nak buat keputusan. Rindu pulak zaman-zaman dulu; zaman dimana keputusan yang paling susah adalah pilih samada nak ikut cakap kawan supaya jangan kawan dengan orang tu. Padahal boleh je kalau nak kawan dua-dua dengan cara, kita cakap dekat kawan yang jahat tadi tu-- " Alaa aku kawan olok-olok je dengan dia".
Hahahaha kenapa macam complicated sangat aku nak bercerita ni? Haha.

AAAHHH.. MEMANG PUN. Aku rasa hidup aku sekarang memang macam complicated.
Luaran memang lah. Senyum, gelak, semua benda aku boleh buat.
 Tapi dalaman? Ha ha. serious macam kedai d.i.y, macam-macam ada. cehh, mementang kat pb sekarang dah ada d.i.y. Hahaha. k k, sambung balik.
Terkilan, annoyed, happy, frustated, excited, try-to-understand-but-just-can't, nervous..
Tak perlu kot nak hurai satu satu kenapa aku boleh rasa macam tu .
Tapi... haih entah.
Sampai ada satu hari tu akak kat tempat aku ni tanya, "kau kenapa muka macam orang baru hilang boyfriend ni?" haa. haha buk sekali.
Kata-kata dia tu takdelah betul tapi, aisey dia boleh perasan eh muka aku lain padahal aku rasa aku buat muka lek lek jea. Tapi memang pun time tu rasa macam hilang, tapi bukan boyfriend lah. Hilang lain. Something yang lagi penting dari boyfriend. 
Takpelah. Nanti-nanti aku pikir cemana.

Kat sini kan, aku jadi lebih open minded. Manusia ni macam-macam ragam, tak semua sama taste dengan kita, satu kepala macam kita, tak  macam zaman sekolah dulu, dengan classmates semua.
Memang lah ada yang boleh buat kawan, tapii... entah. 
Lain.
Tak macam korang.
*silalah terharu pembaca sekalian. Hahaha sebab aku tahu yang baca pun cuma kengkawan aku je. No stalker, no orang luar alam. Kalau ada habaq mai. Hahahahahahaha aku serious ni*

Aku kan.. sekarang rasa macam nak serap semua benda as postive. Ala senang kata nak jadi positive la.
CONTOH macam-- kalau orang kat gerai tu pagi-pagi jual kuih tak sedap atau benyai, aku try untuk fikir "ohh mungkin makcik yang buat kuih ni tengah ada problem dengan laki dia ke, duit BR1M tak dapat lagi ke, ataupun dia tak sihat pastu anak-anak dia yg tak tahu buat kuih tolong dia buat kuih kot harini" instead of memaki hamun kuih-kuih yang tak bersalah tu. Rezeki tu weh.

Ataupun contoh yang lain-- bebudak duk update status tweet gambo segala pasal kejayaan diorang, slip diorang. Kalau sekali dua takpelah tapi ni yang sampai 4, 5 kali sampai yang kurang  berjaya tu rasa macam eiiii aku seligi jugak dia ni karang.. Apa salahnya fikir, "Takpelah. Dah tu rezeki dia. Boleh jugak jadikan kejayaan dia tu motivasi untuk kita. Ambik yang baik ajelah."

CONTOH lagi-- nampak budak kat telinga asyik bergantung headphone doplohpat jam je terus anggap " eii apebendalah budak ni duk dengar music je. hiburan, melalaikan. Cubalah pegi library sana, baca buku ke apa ke..". Woii mana tahu dia tengah dengar ayat kursi ke, al ma'thurat ke, surah al mulk ke... Kau apa tahu? Tak semestinya pakai headphone je dengar hard rock, blackmetal tu semua. Yang masuk library tu pun, bukannya betul sgt.Entah-2 pergi just nak wifi free, nengok blue. At least dia tak kacau orang laa.

CONTOH lagiii hahahaha banyaknya contoh-- kalau orang tu macam dah tak layan kau macam yang sepatutnya janganlah terus assume "dia ni dah tak suka aku ke... aku ni teruk sangat ke.... alaa dia mesti dah ada orang lain.. yelaa aku ni dah tak penting...". Cuba postivekan balik " Maybe dia tengah ada problem. Semua orang ada masalah sendiri, takkan hal dalam kain pun dia nak bagitau kan. Walaupun mungkin dia dah tak anggap kita ni sepenting dulu, tapi layan je dia macam biasa sebab dia masih penting untuk kita."
Whyyyyyy noooot kannnnnnnnnnnn??

kunci dia--
sabar.
selain tu--
bersangka baik.
Nak lagi sedap, husnuzhon. haha aku suka sebut benda alah ni. Macam best. Husnuzhoooonnnn~

Sebab yang aku perasan bila aku praktikkan benda ni sikit-sikit kann, hati aku jadi tenang.
Takdelah nak sakit hati dengan orang, pandang orang macam nak telan, kepala tak berserabut sangat, and orang sekeliling happy.
Kalau ada orang yang duk mengutuk sampai ko tak boleh dah nak layan, diam je. Pastu senyum. 
Nanti pandai pandailah mulut tu berhenti sendiri bila takde yang menyambut.
Serious best. Tapi tulah, susah nak teruskan. Kadang-kadang timbul jugak balik yang negatif-negatif tu.
Takpe, semua benda ambik masa. Even pakcik Graham tu pun failed banyak kali sebelum berjaya cipta benda alah yang alahai cinonet tu haa.

haaa lagi satu benda aku nak share.
Sekarang aku perasan yang aku dah tak reti nak tulis tajuk.
Hahahaha what the lah kan. Tapi dah tak reti buat tajuk gebang-gebang macam dulu sebab bila aku baca balik macam.."erghhh kenapa aku macamni.... macam peramah sangat je padahal suam-suam kuku je......"
Hahahha ampunkan daku.

Dahlah, Tu je kot nak share.Haa last week ada cakap pasal fondant kan.
Pehh serious , it's a tough task weh. Patutlah harga dia tinggi melambung.
Tapi alhamdulillah siap jugak walaupun hasilnya agak hahahahahahambar....
Pfft. Hahaha.
Bye! *entry aku semua banyak gelak kan. Ciss lenkali nak menangis la pula. hahaha mintak simpang!


Rindu? Sedekahkan je Al-Fatihah untuk dia :)

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.