kehidupan dikala cuti

12:05


Holla. Harini hari Jumaat, 25 April 2014, jam 11.15 pagi. 
Bermakna harini gua cuti (Aku orang Johor sejati, cuti Jumaat dgn Sabtu. Muahaha). Yeayyyyy akhirnya dapat jugak bercuti dgn aman setelah dua minggu cutiku diganggu T.T
Kenapa diganggu? Haaa meh nak cerita sikit.


2 minggu yang lepas, aku dilanda demam. Haa maunya tidak cuti aku terganggu?
Haha. Nak buat benda pun lemah semacam. Okay demam ni berlaku selepas perang pengakuan di group whatsapp tu. Ingat tak? Ingat tak? Hahaha
Dahlah hari Sabtu tu kat rumah aku ada buat surprise birthday celebration.
Pehh. Terliur je an aku tengok kek, laksa Johor, kuih kuih tu semua.
Nak makan, rasa macam tak guna sbb takde selera. Semua makanan macam rasa tak rasaje.
Tapi alhamdulillah hari Ahad tu bangun dah kuràng sikit rasa pening kat kepala.
Macam tau tau je aku kena pergi kelas haritu.
Baru ingat nak ambik cuti lagi sekali. Haha niat tak baik betul.


And minggu depannya, aku kena panggil utk interview uitm.
Haha. Pagi-2 bangun punyalah dedor. Orang tak pernah kena interview la katakan. Haha.
Nak 'menyedapkan' cerita, jalan pagi tu boleh pulak jammed. 
Ya Allah dugaan betul. Dah menguap-nguap aku dalam kereta. Habis semua benda alah skrip yang aku plan nak cakap tu perlahan lahan terbang bersama udara nguapan aku. Haha.

Sampai je kat tempat interview, guard tu ckp masuk je bilik tu, diorang dah start dah.
Aku masuk je, mak aihh ramainya orang. Lepastu orang tu ckp tinggal lg 10 minit je.
Menggelabah siot cari seat kosong nak melukis benda alah kat depan tu.
Dahlah hand free. Maunya tak senget benget line aku. Last-2 aku macam "lek ummu... lek. Takkanlah dia jahat sangat tak bg masa lebih untuk aku..." 
Dan alhamdulillah dia bg masa lebih and lukisan tu pun berjaya disiapkan.


Naik tempat interview (second session), mak aihhh lg sekali. Lagi ramai dari tadi.
Aku pun dah expect turn aku mesti lambaaaaaaaat lagi sbb aku keluar bilik yg lukis td pun dah lambat kan. .
Tengah-tengah aku khayal main phone bukak tutup whatsapp, tetiba kat bilik sebelah, "Ummu Liyana Sahira binti Slamat... ada tak?"
Haaaaa tudiaa. Nampak tak maçam aku tengah tak ready? Hahaha.
Tapi alhamdulillah lagi sekali semuanya berjalan dengan agak lancar. 
Agak ye, bukan betul-2 lancar. Haha sebab soalan-2 yang dirancang jawapannya tak ditanya pun -,-
Eric Leong sikit pun dia tak sebut. Hahahaha gelak kurang ikhlas.
Balik tu terjumpa Akmal yg kembar Aizat tu. Haruslah tegur weh, karang nanti kena label sombong kang. Cehcehh padahal aku yang TERRRtegur dia dulu. Reaksi spontan kott. Hahaha. Dia ambik senibina. Semoga berjaya k!


Dan harini akhirnya dapat berehat jugak. Harapnya rehat sepenuhnya lah. Haha kang jakgi elak ada je kerja mendatang xD
Haritu ada test deco cake kat kelas. Nasib baik jadi weh. 
Berkat kegigihan aku godeh youtube malam sebelumnya. Kihkihkih


Ahad depan kena deco guna fondant pulak, by group. 
Wish us luck! Fondant susah wooo

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.