ASTRON: Imbas Kembali

01:38

baiklah. Jam sekarang pukul 1.17 am. Mata serious dah kuyu. Tapi aku sendiri tak faham kenapa aku duk mengupdate blog ni. Akak gua dah berdengkur kat sebelah ni.
Disebabkan aku tak tahu nak update apa, marilah kita sama-sama melayan hasil nukilan aku yang tak berapa sedap sebenarnya tapi lantak dia lah kan. Haha. Aku pun buat suka-suka je. So, ayuhlah! hahaha macam tak kena je --' *alaa cerpen ni ada antara korang yang dah baca. Baca jelah lg sekali. Taknak baca pergi berak sana. EEYUCKS meniba kan aku -.-*
-----------------------------------------




Deretan kereta membelah jalan raya malam ini. Sesak. Sudah 15 minit namun keadaan masih tak berubah sedari tadi. Semua kenderaan seakan dipaku di atas jalan, tak bergerak. Hanya bunyi hon dan deruman enjin kenderaan kedengaran sana sini.

“Menyesal aku keluar lambat tadi. Tak pasal-pasal terperangkap kat sini”, keluh Airis. Niat dihati memang mahu bergerak petang tadi. Namun ada hal yang harus diselesaikan segera, terpaksalah bergerak selepas solat Maghrib. Bosan dengan keadaan jalan raya yang tak berubah, tangannya perlahan menghidupkan radio. Volume dinaikkan. Lagu dendangan Dafi, Bila Terasa Rindu berkumandang. Bibir Airis mencarik senyuman. Lagu ni.......



“Rizqi! Rizqi! Rizqi!”. Seisi kelas 5 Astronomi menyorak nama Rizqi diiringi tepukan. Cikgu Ros tidak hadir hari itu kerana ada urusan di kampung. Kebetulan pula hari itu terdapat subjek yang diajar cikgu Ros, biologi di jadual waktu 5 Astronomi. Apa lagi, party time! Penghulunya? Mestilah Thaqif Aisy merangkap ketua kelas 5 Astronomi yang selalu talam dua muka. Depan cikgu baik sampai pijak semut pun tak mati. Belakang cikgu habis semua tanduk dia keluar.

“Apalah malang nasib aku..”. Rizqi sudah buat muka malas. Pilih ‘dare’, akhirnya makan diri sendiri. ‘’Kau nyanyi lagu jiwang dekat crush kau, dan confess kat dia yang kau suka dia’’, cabar Hadif. Lebih kepada menganiaya sebenarnya.

Rizqi berjalan malas menuju ke pintu hadapan kelas. Dari jauh kelihatan Airis berjalan menuju ke kelas. Duhh, macam mana ni? Ah, pejam mata je lah! Kedengaran suara-suara membisik dari belakang, menanti adegan ‘drama eksklusif’. Budak-budak ni bab menjadal orang memang nombor satu! Rizqi mendengus dalam hati. Eh, dia dah dekat! Satu, dua, tiga.......

Bila terasa rindu..
 ku sebut namamu..
Dengan harapan kau akan muncul ..
dalam tidur..
Bila terasa rindu ..
ku bayang wajahmu ..
dalam angan dan barulah ku.. 
terasa bagai disembuh...

“Saya... suka... awak..”, sebaik melafazkan pengakuan maut itu, Rizqi diam. Senyap. Kenapa pulak ni? Perlahan-perlahan Rizqi membuka mata dan....
Jantung berdegup laju. Lidah terkelu. Riz.. apa dosa kau buat sampai bala macam ni sekali?. 



Tak semena-mena sekolah dapat tukang kebun baru. Rizqi dikerah melakukan kerja-kerja memunggah dan menyediakan tanah untuk projek kelas Sains Pertanian mereka. Macam mana lah cikgu Rokiah tu boleh ada depan aku? Bukan ke patutnya Airis yang lalu? Kena pula mood cikgu tu tengah dilanda taufan Katrina, memang nasib kaulah Riz.




LAGU Bila Terasa Rindu sudah berganti dengan celoteh sang penyampai radio. Tak sabarnya nak jumpa Astron! Astron, kononnya gelaran buat penghuni 5 Astronomi. Nama je kelas pertama, tapi perangai mengalahkan budak baru nak beralih akal. Macam-macam kerenah. Tapi pelajaran tetap diutamakan. Konsep Wonderpets diguna pakai oleh Astron. Ya, kerjasama! Otak Airis sekali lagi pantas mengimbau kenangan  sewaktu peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir...



Pondok atas bukit belakang sekolah penuh dengan warga Astron. Wajah masing-masing terpapar riak yang bercampur baur. Semangat, penat, takut, tertekan. Thaqif selaku ketua tingkatan mula membahagikan tugas.
“Zahra & Aryan dikehendaki mengajar subjek Kimia, Hadif & tukang kebun baru, Riz- biologi, Que- Sejarah, Ris & Adel- Matematik Tambahan, dan saya si kacak bergaya lagi menawan, Thaqif & kembar saya, taiko Izz akan mengajar subjek Fizik. Faham anak-anak?”.

“Balik laa Qif, balik balik...!” pelajar-pelajar lelaki mula mem’boo’ Thaqif. Masing-masing dah masak dengan perangai Thaqif, ketua tingkatan paling mereng, kuat perasan, dan raja drama seantero sekolah. Memang nampak macam tak layak nak pegang jawatan ketua tingkatan.


Sesi ulangkaji berjalan lancar. Dari tajuk passive transport-active transport-synthesis of enzymes-stage of mitosis & meiosis-BOD- dan segala benda alah skeleton, bergerak ke formula-formula RAM, RMM- the electrochemical series-strength of acids and alkalis-factors affecting the rate of reaction dan banyak lagi. Seterusnya Thaqif dan Izz pula mengambil alih dengan segala macam definisi dan formula dari buku teks Fizik. Bila tiba waktu Matematik Tambahan, masing-masing buat muka stress. Stress tak stress, faham jugaklah sedikit sebanyak tajuk yang selama ni duk ternganga bila cikgu beri soalan. Berkat kesabaran Ris dan Adel, Lady of the Addmath. 



Suasana di restoran KFC mula riuh dan gamat gara-gara kehadiran Astron yang datang untuk berbuka puasa bersama di sini. Makanan telah dipesan, meja pun telah ditempah. Masing-masing berbual itu ini sambil duduk di tempat duduk masing-masing. Gaya macam tak berpuasa dan sudah tentu, buat restoran tu macam datuk sendiri yang punya. Beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang, menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka.

“Allahumma lakasumna wabika amanna wa’ala rizkika aftarna birahmatika ya arhamanrahimin..” Aryan selaku ‘ustaz’ dalam kalangan Astron membaca doa dan diaminkan oleh ahli Astron yang lain. Pengunjung lain yang berdekatan mereka turut sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh Aryan. Mahunya tidak, Aryan baca doa gaya macam nak baca iqamat. Volume kalah suara di radio.

Selepas menikmati juadah, langkah diatur menuju ke surau berdekatan. Untuk menunaikan solat Maghrib, diikuti dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah. Memang seronok bila berpeluang beribadat bersama. Alhamdulillah, masih sempat kita merasai nikmat Ramadan tahun ini. Dan syukur, Astron masih tidak lupa diri dan sombong dengan Maha Pencipta. Masing-masing mengambil kesempatan untuk berdoa, memohon supaya diberikan keputusan yang cemerlang, sentiasa beristiqamah menjadi hambaNya yang bertaqwa, dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat. Amin...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.. Tinggal lagi satu paper yang belum dijawab. Dalam kesibukan menelaah pelajaran, sesekali terdetik rasa sedih untuk berpisah dengan sahabat sehati sejiwa setia- Astron.

“Lepas habis jawab paper yang terakhir ni, kita dah terpisah dah. Sorang ke utara, seorang ke selatan, seorang ke benua Afrika, seorang ke Negara Pak Arab. Haihh, rindunya kat korang semua nanti....” . Lirih suara Riz. Air muka masing-masing berubah mendengar kata-kata Riz. Ada yang masam, muka kecewa, muka ala-ala nak tersingkir Akademi Fantasia pun ada. Yang pasti, bukan muka gembira.

“Rindu kat kitorang ke, rindu kat Ris sorang je? Ris, Riz. Nama pun dah nak dekat sama. Hihihi..”. Sempat lagi Adel atau pemilik nama sebenar Adelia Delisha itu mengusik Rizqi. Yang lain sudah terkekek ketawa melihat Rizqi menjegilkan mata ke arah Adel. Malu lah tu...

“Nak buat macam mana, dah memang macam tu kitaran hidup kita. Takkan nak jadi baby bucuk bawah ketiak mak memanjang kan? Kau tu, tak teringin nak kahwin dengan Ris?”, usik Que. Muka Riz sudah merah padam memberi amaran kepada Que, manakala Airis mencebik muka, tapi pipi macam disapu pemerah pipi 5 inci.

“Okay okay.. Sebelum aku kena pelangkung dengan mamat ni, jom kita sepakat buat reunion 8 tahun dari sekarang, nak? Kehadiran semua Astron adalah wajib!  Kalau tidak, denda ketuk ketampi 44 kali. Masa tu kita tengok, siapa yang dah ada anak paling ramai. Hahahaha...”. Sempat lagiii.......



Dan kini, Airis sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi reunion yang telah ditetapkan Thaqif melalui jemputan di Facebook dan kiriman kad jemputan ke rumah yang diterimanya tiga minggu lalu. “Reunion of The ‘Awesome.Smart.Teen.Rock.Ordinary.Nerd’ Gang.” Amboi, ingat lagi si Thaqif ni dengan tagline mula-mula penubuhan Astron yang pada waktu itu boleh dilabel ‘zaman poyo’. Ya Allah, rindunya dengan Astron!! Walaupun terpisah benua, tercampak ke utara, tercampak ke selatan, berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, yang bermata biru, bermata sepet, berhidung mancung, yang tiada gigi, tapi semuanya takkan sama dengan Astron yang satu, yang katanya sahabat sehati sejiwa  setia. Tidak akan. Deringan telefon bernyanyi lagu Dwihati kembali membawa Airis ke dunia nyata. Nama pemanggil dikerling sekilas. Bibir menguntum senyum. Riz.... Ya. Akhirnya Airis Zulaikha selamat menjadi tunangan kepada Irfan Rizqi. Berkat usikan Astron barangkali. Dan semestinya, ini satu kejutan buat Astron sekalian. Wait for us, guys!


“Sahabat, kadang-kadang macam ‘pain killer’; sentiasa tenangkan kita bila kita memerlukan. Tapi kadang-kadang sahabat tu macam Amir I’m sorry; asyik menyakitkan hati.Ada masanya sahabat ibarat Astro Warna, ada sahaja cerita yang buat kita tak kering gusi. Tapi persahabatan yang paling utuh adalah seperti Running Man; walaupun berbeza rupa, asyik bergaduh, mengkhianat tak sudah, ada karakter masing-masing, tapi akhirnya mereka tetap bersama, menerima seadanya.”


UmmuSlamat :)

-----------------------------------



Haaa. Cerita dia ala-ala hambaaarr gitu kan? Hahaha. Takpelah. Masa ni aku rasa aku tak matang lagi kot. Haha habis cover dah ni.
okay sekian terima kasih!

muka ada senyum, mulut ada ketawa, tapi dalam hati.....

You Might Also Like

2 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.