seriau

23:44

haaaaiiii!
hahhaaha. Sekarang dah pukul 11.07 pm, 13.3.2014. Bulan 3. Maknanya dah nak masuk 3 bulan aku masuk kursus kat GM ni. So far, alhamdulillah okay lagi. Seronok belajar buat cookies, dessert, kek, main-main dengan chocolate, cheese, strawberry, oven, mixer semua. Hahhaa macam jakun nau je kan? Lantak akulah. Hehe :P
Tapi kan...
Tiap kali aku lepak dalam bilik coklat dengan diorang dalam bilik coklat yang sejuk ber-aircond tu, aku mesti teringat kita duduk melepak dalam kelas tingkat 4 yang kononnya ber-aircond tapi panas macam hape tu. Hahaha
Bila selfie dengan kawan-2 GM, mesti teringat kita selfie dalam kelas, dalam makmal bio tu semua.
Time makan waktu rehat, mesti teringat kita selalu kongsi-kongsi makanan ramai-ramai. Siap ada makcik Kasmah lagi dulu, tukang ambik order lepastu esok semua bayar and makan kuih-kuih tu. Pastu order lagi.
Bila tengok ada some lovebirds yang ngedate ke, dikenen-kenen ke.. mesti teringat loveline korang dedulu kat Twitter. Lama siot tak nampak! Korang ni... :( Ceh aku pulak yg sedih lelebih. Hahahha jk
Hari Rabu  kat sana kira macam hari sukan lah. Setiap minggu aktiviti lain-lain. Pastu nanti mesti teringat kita main pepsi cola, anak ayam dengan musang, jambatan sudah roboh, kejar-2 Running Man dengan tanpa segan silu kat dewan terbuka tu xD
Then, setiap hari Khamis selalunya akan ada bacaan Yaasiin, macam tadi. Bila baca ramai-2, confirm bayangan suara budak-budak 5SC2 yang biasa ketuai baccan Yaasiin kat sekolah tu terngiang-ngiang. Serious beb, aku rasa setakat ni bacaan korang paling aku suka dengar. Tak tahu kenapa. Hahaha. Teringat jugak time sebelum masuk dewan periksa. Setiap kali sebelum start exam SPM mesti baca Yasin reramai kat dewan.
Kat dalam bengkel or senang cakap kat dalam kursus aku tulah, aku tak jumpa lagi group-group budak fanatik kpop. Setakat tahu and minat Running Man tu adalah, ramai jugak. Kat sini hampir semua budak layan evergreen gitu. Tahu dah kan aku teringat siapa kalau cakap bab evergreen ni? Haaa Bibah lah xD . Dan dan.. selalu kan kita satu baris karok lagu Spin dengan Westlife dalam kelas. fuu syiokk... 
Tahu tak apa maknanya semua ini?
Rindu. hahhaa macam geleman pulak tapi memang pun rindu. Korang memang dapat special seat lah aku rasa. Hahahaha. Setakat ni aku tak tunjuk lagi laa perangai gila aku kat GM, macam perangai aku dengan korang. Hehe. Bukan senang kot nak rapat. Makan masa jugak. Dengan korang pun sebab kita 5 tahun kan dah kenal.
20 haribulan ni result keluar. Ya Allah, aku hanya mampu doa yang terbaik je untuk kita semua. Awal-awal lagi aku dah tetapkan diri jangan terlalu berharap sangat, tapi janganlah pulak give up tak memasal. Redha jelah. Rezeki jugak kan tu :) 

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.