Kehidupan selepas SPM

22:09


#throwback . The top 3. cewahhh xP

Holla. Hai. Hahahaha. So...
How's life? Tell me how's your family? I haven't seen them in a while... You've been good busier than ever, we small talk work and the weather. Your guard is up and I know why.....
Okay, ter'Taylor Swift' pulak meniba.

Hahaha. Pokoknya mau nanya ni, engkorang pekabo? hahaha Johor sangat bunyinya xD. 
Baiklah, sebenarnya aku nak keluarkan statement yang mungkin boleh merentapkan hati jiwa sanubari korang semua. Hmm, macam biasalah hiperbola itu perlu dalam penulisan. Baiklah, statementnya berbunyi begini:
Kehidupan selepas SPM indah khabar dari rupa, tak seindah yang dijangka, indahnya tak berpanjangan, hanya seketika cuma. 

Haaaa hambek kau. Hahahahaha. Nampak macam puitis gitu. Tapi apa yang nak disampaikan tu betullah tu. Hey apa aku cakap ni?! Okaylah, kalau tak paham takpelah, kita teruskan.
Sebelum SPM kita akan selalu cakap dalam hati, "Eii tak sabarnya nak habis SPM! Nak bebas!" "Cepatlah nak habis SPM, aku nak berpesta sakan lepastu!" dan tidak kurang juga "Cepatlah habis sekolah, aku nak kerja nak duit lepas ni" .
Seriously memang masa form 5 ni rasa macam nak cepat je habis SPM tu dan mula menjangkakan aktiviti-aktiviti indah yang akan dilakukan setelah tamat SPM. Tapi ketahuilah adik-adik sekalian, benda tu semua memang best, TAPI SEKEJAP JE. Haa dia macam best dalam sebulan dua gitu. Pastu bermulalah hari-hari yang membosankan. Memanglah kan, hari-hari buat benda yang sama je. Mau tak bosan -.- Lemak pun boleh diternak dengan agresif time ni. Pehh memang mcm nightmare lah kalau benda ni jadi. 


Aku pun dah alami dah situasi ni. Bangun pagi, makan, tidur, bangun makan tengahari, tidur, masak kalau rajin, buat kerja rumah sikit, tengok tv sampai tengah malam , stalk stalk orang tersayang skit cehcehh koranglah tuu, tidur, bangun pagi semula dan rutinnya berulang macamtu jugak. Kau cerita sikit kat aku siapa yang tak bosan dengan rutin yang macamni? Nama je 'tanam anggur'. Tapi bila entah anggurnya nak dipetik, tak dapat-2 pun -.-

Tapi Alhamdulillah sekarang aku bukan lagi penganggur. Bukan juga seorang surirumah mahupun penuntut di UTP. Sekarang aku duk ambik kursus Confectionary & Bakery kat Giatmara JB. Sebenarnya Syaza yang ajak ambik course ni. Aku pun pikir macam, why not ambik peluang ni kan? Nak kerja pun dah cari tak dapat-2. Masuk ni at least mungkin akan dapatlah sikit-2 ilmu nak memasak and maybe nak buat business lepas dah habis belajar nanti. Masa depan, mana kita tahu kan? Tapi memang aku rasa macam risau jugaklah bila pikir macamana kalau aku dapat PLKN pilihan ke 2 nanti? Nanti aku dapat study kat sini tak habis. Tapi nak buat camana, pilihan dah dibuat. Macam yang aku kata, bila kita dah dapat dua pilihan dan dua-2 bagus, kenalah lepaskan satu. Jangan tamak. Inshaa Allah ada benda yang lebih baik mendatang. Harapnya pilihan aku tak salah. samada aku nak tangguhkan PLKN ataupun berhenti dari Giatmara, nantilah dulu. Buat masa sekarang, just enjoy the moment. Yeayy, boleh main bakar-bakar kek cookies semua, boleh berangan jadi chef macam Soo Wincci dengan Anna Olson! Nak lagi berangan, yeayy boleh berangan jadi Buddy yang Cake Boss tu. Hahaha. Doakan jelah yang terbaik untuk aku okayyy? ;)


simple yet so gorgeous! Aku teringin nak belajar piping macamni...


Hmm, actually dedor menunggu bulan 3 untuk result SPM keluar. Harap keputusan SPM kita semua yang terbaiklah untuk masa depan kita. Aminn! ^^ 
Okay, setakat ni dululah ye. Till we meet again next time! xoxo, U. *acah-acah Lisa dalam cerita Istanbul Aku Datang. Omg, Beto dengan Tomok comel okay dalam cerita ni :o

p/s: Masih menunggu kad-kad undangan daripada kawan-kawan. Hmm, siapa dululah agaknya ek? Hahaha xD
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.