SPM dah habis bro.. apa citaaaa??

13:30






SPM dah habis.
Tak, sebenarnya dah lama dah habis.
Tapi baru sekarang nak update blog. tu pun sebab rasa bersalah dengan diri sendiri sebab sebelum SPM kemain beria "nanti lepas SPM lah aku nak sambung blogging blogwalking segala macam dulu dulu" , tapi hakikatnya sekarang....
ke mana perginya janji janji manis ku dahulu? Tak sangka aku juga bisa menjadi sweet talker bak Johan As'ari. Opss terpalit sama, maaf.
Dan dah kenapa bahasa aku ala-ala orang sastera sedangkan aku pelajar kelas sains tulen walaupun pemikiran 'tak berapa nak sains'. Hmm... Dasar lithium sungguh. 
(Kenapa lithium? Saja nak tunjuk aku ni bukannya tak belajar masa sekolah dulu. Belajar, cuma mungkin tak habis hadam.. macam haiwan rumen mungkin yg perlukan dua kali proses? Sudah, jangan nak masuk Bio pulak)


Bila dah habis exam ni, kerja hari-hari sama je. Bangun tidur, mandi, makan, solat, tidur, tengok tv, tengok kdrama, scroll twitter & instagram, tidur. Dan rutinnya berulang ulang. Bila bebudak dah naik sekolah ni lagi heaven duduk rumah takde siapa kacau pagi-pagi.

Tapi aku tak kerja lagi. Haih nantilah, semak kepala nak pikir. Plkn katanya dapat kumpulan 2 @ 3. And harini pagi-pagi lagi aku dah on laptop bukak web astro tutor tv duk nak cari nanti nak sambung belajar course apa, kat mana.. Tapi tak berfunction sangat ah kat situ. Huh, seriously gua bingung nak sambung study apa. Tak confident nak sambung sains. Kalau sains pun, maybe nanti ambik yang ada kaitan dengan Sains Pertanian. Ingat nak ambik yang macam multimedia punya. Tapi..... aaahhh pening ar! Kepada kaka kakak, abang abang, yang ada ambik multimedia atau course lain, tolonglah adikmu yang lemah lagi dungu ini. hahhaa sadis noh ayat kau ummu xD

Okay, dah tengah hari dah n i. Perut pun dah bunyi. Elak kena bebel je dari tadi ngadap laptop. byeee, assalamualaikum :)


You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.