Penganggur berjaya

02:11



Holla peeps.
Entah kenapa tiba-tiba rasa nak update blog malam ni. So here I am. Eh macam tak kena je? Abaikan.
okay, lurus ke titik atau bahasa saintifiknya straight to the point, aku nak kongsi benda yang aku suka. Yang aku rasa tak rugi pun kalau nak share sebab mungkin... boleh dapat kawan baru? haha.
Semenjak memegang titile penganggur berjaya taraf lepasan SPM ni, aku ada hobi baru iaitu melukis portrait. Well, takdelah lawa mana pun, hancur jugak sebenarnya tapi ada aku kesah? Hahahaha.
Sebenarnya mula terpengaruh balik nak main conteng-conteng ni sejak terfollow @azizaninn kat Instagram lepas nampak Atita Haris post gambar yang dia lukis. Faham kan ayat aku? ok teruskan.
Serius awesome gila tengok gambar-gambar yang dia lukis  (guna photoshop lah tapi ). Nampak real sungguh :o 
Untuk korang-korang yang nak tengok, do follow him @azizaninn kat Instagram and Twitter pun ada rasanya tapi aku tak follow Twitter dia sebab line Twitter aku bukan betul sangat pun.
eh takpe ke ni aku promote dia kat sini? Hhaaha takpe kott, boleh tambah pendapatan dia ( sebab dia pun ambik tempahan lukis portait ). And kalau tak silap, rasanya beliau orang Johor. So, hi.. kita sama merah biru. lol ~ Hehee, peace bang, peace ^^v


Disebabkan terpengaruh, aku pun decide nak guna software yang aku ada which is gimp untuk buat portrait jugak. Sebenarnya ni try and error je, azizaninn tu tadi guna photoshop and tab kalau tak silap, tapi aku nekad punya pasal, guna jelah apa yang ada. Dahlah tu, guna laptop pulak tu. Mencabar gila weh. Yelah, orang lain guna pencil yg tab tu, gua guna laptop yang dah sah sah susah gila nak handle. Tapi takpe, kan gua dah cakap gua havoc havoc~ haha. So hasilnyaaaa:



Ni first trial aku. Ambik masa lebih kurang 4-5 jam jugak lah. Tak berapa nak jadi sebenarnya ni. Actually aku nak buat gambar Yoona SNSD tu haa tapi tak jadi pun rasanya. Haih takpelah first trial kan. Mana ada orang baru lahir terus berlari, ye dak? hahahahaha ayat cover habis. Takpelah, untuk diri sendiri. Pfft xD

gambar hok ni lah. Hahaha langsung tak gaya k...


Next, aku cuba pulak buat gambar Heliza Helmi sebab rasanya dia perempuan berhijab yang paling banyak gambar cecomel. Hihiii :P

Ni gambar yang cuba ditiru. Alololo omel angat xP




Tadaaaa! Hahahaha. Takdelah sama sangat, tapi rasanya improve lah sikit daripada Yoona tuu Reben tu malas nak buat. Semak je. Hahha cakap jelah memang malas.

Banyak lagi yang kena perbaiki. Skill tu kena asah lagi. Buat benda ni memanglah makan masa, kengkadang stress sebab tak sama ke ada orang kacau ke apa ke, but yet it was fun sebab dapat buat benda yang kita suka :)


Oh yeah rasanya cerita atas ni takde kena mengena dengan tajuk. Hehe sabarlah, ni baru nak masuk tajuk ni.
Well, sebenarnya aku tak dapat kerja lagi. Haha. Penat dah pusing satu Pusat Bandar tapi tak jumpa kerja.
Aku bukan apa, aku boring duduk rumah takde duit poket. Dahlah lesen takde,. Kalau ada lesen boleh jugak pi jenjalan tasik ke JB ke Woodland ke... So dengan itu, dengan bangganya aku macam dah nak decide duduk melangut kat rumah dan menjaga status Penganggur Berjaya dengan sebaik-baiknya. I'll try my best bebeh! hahaha taklah. Bagi aku, kalau ada kerja, adalah alhamdulillah. Kalau takde takpelah, boleh buat kek hari-hari kat rumah. Hehehe. Sekian, wassalam. Till we meet again :)

p/s: Aku tak reti nak guna 'huhuhu' ni kat celah ayat mana. K ni random gila. Byeee


You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.