Setelah sekian lama

10:59



pfft. Setelah sekian lama tak update, haruslah tepek muka sendiri. 
Last entry bulan Jun. Sekarang dah bulan 10. Maknanya dah lebih kurang 3 4 bulan tak update. Hahaha. Maklumlah I dah retiree dari jadi blogger tegar. Tak siapa heran aku update ke idok. Aku bukan Keknis, aku bukan Irine Nadia, aku bukan Fatin Liyana, aku bukan Cik Epal, aku bukan Yuyu Zulaikha etc yang bila tak update entry baru seminggu orang dah sibuk tanya "Mana entry baru?" "Rindu nak baca blog you.. updatelah cepat T.T" "tak sabar nak tunggu next entry.. update cecepat plishhhh!!"
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang~
pfft. Memanglah. Aku yang sekarang dah tak reti belit shawl. Aku yang sekarang dah gemok. Aku yang sekarang dah form 5. Aku yang sekarang dah nak ambik SPM. Okay yang ni jom kita nangis reramai. Huaaaaa! T.T

SPM. 
Trial SPM aku punya result pun tak berapa memberangsangkan. Ada yang A nya makin meningkat.. Alhamdulillah lah yang tu. Ada pulak yang dari A turun ke B. Okay yang ni serious sedih. kengkawan lain punya result macam meningkat gila gila gila gila. Aku? Hmm --' Tapi alhamdulillah subjek science stream kali ni meningkat sikit, taklah tahap lulus je. Tapi addmath tetap failed. Huaaaa... Bilalah nak dapat A! Aku pernah merasa dapat A masa first time peksa addmath. Maknanya time form 4 lah kan. Dan lepastu hari hari suram ku bersama Addmath pun bermula :'( . Seriously sebenarnya aku jealous sesangat dengan korang yang dapat result best-2 tuu. Mesti seronok kan? Takpelah, mungkin bukan rezeki aku lagi. Yang penting usaha! hoyeahhhh :P

Dan memandangkan SPM dah nak dekat. Macam-macamlah benda terjadi kan. Dugaan namanya tu. Benda kecik boleh settle pun boleh jadi besar. Sebabtu kalau boleh sekarang ni aku nak kurangkan stress. Malas nak ambil tahu sangat pasal hal remeh temeh ni kalau kita sendiri tahu yang akhirnya benda tu boleh buat kita stress or depressed. Just take it easy. Bak kata Daarshini, "Chill". Kalau boleh nak kurangkan sikit kutuk kutuk, ngumpat ngumpat OYK ke, kicap ke apa ke. Hahaha tapi kengkadang tu terlepas jugak baru lah rasa senang sikit dapat luahkan ke-sakit hati-an. Hahahaha xD. And, pasal benda tu pun malas sebenarnya nak fikir. just biar jelah. follow the flow bak kata omputih :P

Esok 3 Oktober. Mengikut perancangan kami akan ke Legoland! Yeayyyy \^^/
Dapat jugak lah lepaskan stress sebelum paper SPM bermula.. And the best part is... memories! Hahahaha. Tahun last kot. Lepas ni memasing dah tercampak ke mana mana je nanti. Susah dah nak jumpa. Tapi yang pasti, aku tercampak kat kem PLKN lah kan -.-.Hope cuaca nanti mengizinkan and semua plan berjalan lancar. Harap-2 jugak plan nak buat baju kelas tu pun menjadilah. Dah lama sangat dah plan tuu.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hamba hambaMU ini. Amiiinnn! :)

Till then, bye!

Bestnya time niiii ! :') #steamboat #BucidaGarden #5SC1 #CikguTitim #CikguFauzi

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.