Merayap melepaskan stress

00:25

Harini 28 Mei. Esok 29 Mei. #fact


Haiii. Sila lihat gambar di bawah...

Observe the picture shown below. Then answer the questions based on picture.

a) i. From the picture shown above, what can you conclude?
ii. Based on your answer in a) i. , state two observations that you can get.
iii. What is the inference?

Haaa, aku ni dah kenapa... Rindu paper exam ke? 
Daaaa~ double no!


Hahaha. Okay-2, back to the topic. Haritu hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2013, kitorang melayan si Bibah a.k.a Angry Bird a.k.a bawang pergi tengok wayang cerita O.M.K. Excited beno nak tengok Jepp dia tuh. Memula tu aku macam berat hati sikit nak pergi sebab.. aku bukan biasa pergi jenjalan jauh-2 luar dari Pasir Gudang dengan kengkawan. *dengan family pun tak biasa rasanya. Ha ha* . Tambahan pula *penanda wacana penting!* , Kalau nak pergi CS tu kena naik bas. Just imagine.. Aku ni memang jaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang - (infiniti) gila naik bas. Setakat naik bas ikut lawatan sekolah tu biasalah. Ni bas yang perlu dibayar tambang dan perlu dipilih bas yang mana satu agar sampai ke destinasi yang dituju. Haa. 


(To the outsider. Pasir Gudang bukannya takde bas k. Kami tak sesengkek itu. Muehehehehe. Cuma aku jea yang tak menggunakan kemudahan pengangkutan yang satu ni sebab jarak rumah aku dengan sekolah tu memanglah agak jauh, tapi adalah satu pembaziran kalau setakat nak pergi balik sekolah naik bas. Jarak lebih kurang 2km jea pung. *Outsider? Gahh bajet ada jea 'outsider' baca blog kau ummu. HAHA )


Tapi alhamdulillah, selamat jugak kami pergi balik Pasir Gudang-CS. Haa, pengalaman berharga kau naik bas sendiri. Persediaan hidup berdikari nanti  bila sambung belajar. Ecehhhh xD.
Masa kat CS sementara nak tunggu waktu tayangan tuu, jenjalan lah sekejap. Cari food court and kedai buku. Mwahaha, btw credit to Mimin. Tak pasal-2 jadi GPS tak bertauliah. Hehe, thanks Min ^^v .
Dah jumpa MPH, beria gua cari novel Anthem. Hasilnya? Tak. A. De. Frust gila gua. Sini sana pergi novel tu takde jugak Tapi aku jumpa satu novel. Tajuk dia aku lupa apa, cover dia smart! Simple. Bahasa dia, jalan cerita dia pun macam interesting macam style Hlovate- not so jiwang. Tapi penulis dia lelaki. Nak novel tu!

Dah lepas tuu, pergi pulak cari tempat makan. Cari punya cari punya cari, last-2 makan kat KFC jugak. Haa, set yang aku beli paling murah-set B, just air pepsi, burger dengan cheesy wedges. Diorang semua bedal makan nasi. Pastu tanya aku, "Kenyang ke?" . Haa nak tahu kenyang ke tak tunggu kejap lagi. Dah makan makan, Syaza dengan adik dia rupanya tak makan coleslaw *betul ke eja?* . Dah dapat sayur pulak dah. Lepastu ada pulak yang tak habis ayam. Dapat lagi. Hahaha. Yang paling seronok, Bibah dengan adik Syaza mcm taknak makan jea cheesy wedges tuu. CHEESY WEDGES WEHH!! Gila kau aku nak lepaskan?! Dahlah pakcik kepci tu bagi cheese dia macam banyak, padahal aku tak request pun extra cheese. Maka, cheesy wedges tu pun selamat dimakan, diratah, dan dijilat oleh aku bersama Syaza. HAHA, much heaven, jimat duit. Good job, ummu~ lols xD


Then, wayang pun start! Hahaha. Overall cerita ni best jugak lah. Suka tengok Jepp dengan Shuib berlakon jadi adik beradik, macam rapat sweet-2 gilaa. Pastu kan, Syamsul Yusof aku tengok macam handsome pulak dalam cerita ni. Hehehe ;P Tapi takdelah sampai 5 bintang filemnya. Takat aku bagi 3/5 bintang. Okay lah kan buat hilang stress?


Bibah sebelum wayang tu start, dia lah orang yang paling excited. Tak sabar-2 suruh orang habiskan makan. Dan lepas dah habis wayang, boleh pulak dia cakap "Eii tak puaslah tengok muka Jepp!". Okayy, Jepp. Apa yang kau dah buat kat kawan aku sorang ni? Parah betul -.-

Lepas tu jenjalan kejap, beli makanan itu ini pastu balik naik bas. Dalam pukul 6 lebih gitu baru sampai rumah. Sebenarnya kita bertiga dah lama rancang nak keluar sesama. Tapi asyik tertangguh jea. Alhamdulillah, akhirnya. Thanks guys for the memories :) Tapi sorry lah, tak banyak gambar to share. Gambar bawah ni pun masa pergi dengan balik; gambar dengan Bibah masa pergi, gambar dengan Syaza masa nak balik. 


Yang gambar dengan Syaza takde satu pun yang menjadi. Kira nilah yang paling jadi. Hailaaa nasib~

Harap-2 lepas SPM nanti kita dapat jenjalan macam ni lagi. Sekali dengan budak lain pun boleh, lagi best!
Till then, bye!

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.