Random

02:43
Hi. It's 1.11am already. And I'm here just to talk about random things. Wanna read, you're welcome. If not, then go buy your ice cream paddle pop rainbow. Haha, lawak sangat -,-


-----




Novel.
But masa sekarang ni, I am struggling to finish my reading on 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate. Haihh, agaknya dekat twitter tu dah naik jemu kan korang aku asyik sebut pasal Hlovate. Lagi-2 kalau Amir Shahmi tu join sekaki. Tapi ap boleh buat, she's inspire me :). I means, her novels and the whole story. Kalau perasan bila baca novel dia, mesti akan ada yang belajar oversea. Tengok dia cerita pasal negara orang, macamana nak survive kat sana, lifestyle diorang, cerita pasal tempat-2 menarik kat sana, dan macam-2 lagi lah! Buat aku rasa nak study kat luar negara jugak. And lagi satu, seronok bila tengok dia belajar subjek science stream macam senang jea (Based on tiga novel dia yg aku baca- Tunas, Aa+Bb & 5Tahun 5Bulan, cerita dia banyak berkisar pasal student yang ambik sains tulen and medic). Leklek gitu jea dia terangkan pasal bio, fizik, addmath, kimia segala tuu. Kalau aku tuu mau mati kutu! :o Tapi tak semua orang boleh layan style Hlovate ni. Dulu Myra Al tak recommend kataku buku Tunas pasal takut aku tak suka cara Hlovate punya cerita, katanyalah. Tapi, aku okay lah wehh!Haha. Buku macam dia ni lah aku suka layan. Macam Zur pulak dia jenis jiwang tangkap punya, memang Hlovate bukan taste dia. Lain orang, lain citarasa, ye dak? :)

-----




Philophobia.
Philophobia? Am I affected by this 'disease'? Don't know whether this kind of 'disease' is exist or not. But based on what I've read, Philophobia is a feeling where we're afraid to fall in ehem ehem... l.o.v.e. *btw credit to Hlovate,knew this 'disease' from you*. Maybe affected, tapi sikit jelah. Yes, I admit. Keadaan sekeliling made me worried and afraid enough to 'fall'. Afraid of hurting, losing. Sometimes aku terfikir, we really had to put a barriers towards the strangers to minimize our relationship, so that we will not hurt or lose. But I believe in Him. He decides everything. Sooner or later, it will come. Life's just once. Make friends as many as you can and enjoy with them. When we have no one to share about things that we can't share with the family, then that's what friends for :) I did have crush on someone lah. Then I'm not fully Philophobia, rite? Mwahahaa~
*use English is better when it comes to 'express this-feelings-things'. Karang guna bahasa ibunda mahu jiwang semedang xD*




-----


Mind your words.
Orang sekarang ni kadang-kadang cakap macam otak taruk kat patela kan? Main lepas jea, bahasa pulak gebang semacam, dengan lucah-2 mencarut nya semua. Lagi-2 kalau budak-budak agas tu. Haihh, laju jea mulut tu keluar kata-2 yang... haihh aku pun tak sanggup nak type. Tu yang agas. Yang golongan kononnya bijak pandai ni pun satu. Kononnya berpegang dengan pendirian masing-masing. Tak salah untuk kita ada pegangan or pendirian kita sendiri.. yes, kita ada hak untuk tu. Tapi kalau dah sampai tahap nak mengutuk orang, menghina orang.. tu apa cite? Just, where's your manners, huh? Respect the elders lah, kita belajar adab dan sopan kan. Rasanya semua agama takde pun yang menggalakkan kita kurang ajar dengan orang. Sebenarnya bukan kena respect the elders jea, yang sebaya or yang lagi muda pun. Senang cerita, hormatlah semua orang. Hormatlah pandangan orang. Hormatlah pendirian orang.
Kadang-2 kita terlepas cakap benda yang kita tak perasan boleh buat orang terasa hati. Yes, kengkadang aku pun cemtu. Just nak nasihatlah. Sebelum nak update status, tweet, blog semua benda alah tu.. cuba baca balik apa yang kita tulis tu dari perspektif orang lain, dari pandangan semua orang lah senang cakap. Kalau rasa akan ada orang yang akan terasa hati, then pikirlah nak buat apa. Nak update jugak ke, nak modified sikit ayat ke, taknak update langsung ke. Terserah. Dah besar kan? Boleh pikir sendiri. Hahaha. Tapi.. 
Sometimes words can define a person. :)



-----


Emosi.
Bila kita dah marah, macam-2 benda nak keluar dari mulut kan? Rasa nak mencarut kuasa 687432, kalah budak agas tadi. Kahkah. Pastu bila dah relaks sikit, dah boleh boleh fikir leklok.. mesti terasa bodoh kan? Takat benda kecik gitu pun nak naik angin monsun tu dah kenapa? Memalukannnn~ Lek ahh, gua pun macamtu. Padahal benda boleh settle kot. Aku kalau kat rumah je mengamuk. Tu pun dendiam. Kalau kat sekolah tengok aku moody, senyap jea.. haa tu tandanya aku tengah tak okay. Tak payah nak tegur aku lelebih sangat time gitu, makin aku angin karang. Biarkan jea aku. Kalau aku dah tegur korang, tu mungkin tandanya aku dah okay. Faham? Bagusssssss :P


-----



Jadilah insan yang berguna.
Aku tak kisah pun kalau orang nak mengadu kat aku. Tak rasa menyusahkan pun. Dengan rendah dirinya aku mengaku aku boleh jadi good listener, but not a good advisor. Yelah, buatnya orang suruh bagi nasihat pasal cinta.. boleh ke aku jawab? Memang tak ahh! Sendiri pun sangkut. Hahaha xD Tapi mana yang aku boleh nasihat, aku nasihat. Taknak guna takpe, bukan grade AAA+ pun nasihat aku tuu. Yang penting anta semua boleh throw out segala macam benda dalam hati tuu. Sebab? Aku kan kawan hangpa. Aku kan ada special seat dalam hati hangpa. Haha! Perasan tahap everest betul~ Lagi satu, aku ni spesies pelupa jugak. Hahaha. Banyak jea dulu orang bagi aku password twitter, facebook,blog semua. Biasalah, dulukan zaman kegemilangan aku sebagai editor. Tinja kan statement? Haha. Tapi guess what? Aku tak ingat pun password korang tu. Tak caya tanya Myra. Berapa kali dia suruh aku edit blog dia, setiap kali tu jugaklah aku tanya balik password dia. Hahaha. So, jangan risau. Mungkin korang cerita dengan aku harini, minggu depan aku dah lupa. Selamat rahsia pohon cemara korang. Jap. Ni kekurangan ke kelebihan sebenarnya? 



-----



Okaylah. It's 2.43am already and I wanna sleep. That's all random things that is currently crossed my mind. Till we meet in the next entry. See yaaa!~ ^^

Btw, novel yang aku cakap tak tahu tajuk dalam novel yang lepas tu.. Tajuk dia 'Awek Chuck Taylor'- Nami Cob Nobbler. Tengok review macam best. Real story, written by the original character from the novel.

Merayap melepaskan stress

00:25
Harini 28 Mei. Esok 29 Mei. #fact


Haiii. Sila lihat gambar di bawah...

Observe the picture shown below. Then answer the questions based on picture.

a) i. From the picture shown above, what can you conclude?
ii. Based on your answer in a) i. , state two observations that you can get.
iii. What is the inference?

Haaa, aku ni dah kenapa... Rindu paper exam ke? 
Daaaa~ double no!


Hahaha. Okay-2, back to the topic. Haritu hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2013, kitorang melayan si Bibah a.k.a Angry Bird a.k.a bawang pergi tengok wayang cerita O.M.K. Excited beno nak tengok Jepp dia tuh. Memula tu aku macam berat hati sikit nak pergi sebab.. aku bukan biasa pergi jenjalan jauh-2 luar dari Pasir Gudang dengan kengkawan. *dengan family pun tak biasa rasanya. Ha ha* . Tambahan pula *penanda wacana penting!* , Kalau nak pergi CS tu kena naik bas. Just imagine.. Aku ni memang jaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang - (infiniti) gila naik bas. Setakat naik bas ikut lawatan sekolah tu biasalah. Ni bas yang perlu dibayar tambang dan perlu dipilih bas yang mana satu agar sampai ke destinasi yang dituju. Haa. 


(To the outsider. Pasir Gudang bukannya takde bas k. Kami tak sesengkek itu. Muehehehehe. Cuma aku jea yang tak menggunakan kemudahan pengangkutan yang satu ni sebab jarak rumah aku dengan sekolah tu memanglah agak jauh, tapi adalah satu pembaziran kalau setakat nak pergi balik sekolah naik bas. Jarak lebih kurang 2km jea pung. *Outsider? Gahh bajet ada jea 'outsider' baca blog kau ummu. HAHA )


Tapi alhamdulillah, selamat jugak kami pergi balik Pasir Gudang-CS. Haa, pengalaman berharga kau naik bas sendiri. Persediaan hidup berdikari nanti  bila sambung belajar. Ecehhhh xD.
Masa kat CS sementara nak tunggu waktu tayangan tuu, jenjalan lah sekejap. Cari food court and kedai buku. Mwahaha, btw credit to Mimin. Tak pasal-2 jadi GPS tak bertauliah. Hehe, thanks Min ^^v .
Dah jumpa MPH, beria gua cari novel Anthem. Hasilnya? Tak. A. De. Frust gila gua. Sini sana pergi novel tu takde jugak Tapi aku jumpa satu novel. Tajuk dia aku lupa apa, cover dia smart! Simple. Bahasa dia, jalan cerita dia pun macam interesting macam style Hlovate- not so jiwang. Tapi penulis dia lelaki. Nak novel tu!

Dah lepas tuu, pergi pulak cari tempat makan. Cari punya cari punya cari, last-2 makan kat KFC jugak. Haa, set yang aku beli paling murah-set B, just air pepsi, burger dengan cheesy wedges. Diorang semua bedal makan nasi. Pastu tanya aku, "Kenyang ke?" . Haa nak tahu kenyang ke tak tunggu kejap lagi. Dah makan makan, Syaza dengan adik dia rupanya tak makan coleslaw *betul ke eja?* . Dah dapat sayur pulak dah. Lepastu ada pulak yang tak habis ayam. Dapat lagi. Hahaha. Yang paling seronok, Bibah dengan adik Syaza mcm taknak makan jea cheesy wedges tuu. CHEESY WEDGES WEHH!! Gila kau aku nak lepaskan?! Dahlah pakcik kepci tu bagi cheese dia macam banyak, padahal aku tak request pun extra cheese. Maka, cheesy wedges tu pun selamat dimakan, diratah, dan dijilat oleh aku bersama Syaza. HAHA, much heaven, jimat duit. Good job, ummu~ lols xD


Then, wayang pun start! Hahaha. Overall cerita ni best jugak lah. Suka tengok Jepp dengan Shuib berlakon jadi adik beradik, macam rapat sweet-2 gilaa. Pastu kan, Syamsul Yusof aku tengok macam handsome pulak dalam cerita ni. Hehehe ;P Tapi takdelah sampai 5 bintang filemnya. Takat aku bagi 3/5 bintang. Okay lah kan buat hilang stress?


Bibah sebelum wayang tu start, dia lah orang yang paling excited. Tak sabar-2 suruh orang habiskan makan. Dan lepas dah habis wayang, boleh pulak dia cakap "Eii tak puaslah tengok muka Jepp!". Okayy, Jepp. Apa yang kau dah buat kat kawan aku sorang ni? Parah betul -.-

Lepas tu jenjalan kejap, beli makanan itu ini pastu balik naik bas. Dalam pukul 6 lebih gitu baru sampai rumah. Sebenarnya kita bertiga dah lama rancang nak keluar sesama. Tapi asyik tertangguh jea. Alhamdulillah, akhirnya. Thanks guys for the memories :) Tapi sorry lah, tak banyak gambar to share. Gambar bawah ni pun masa pergi dengan balik; gambar dengan Bibah masa pergi, gambar dengan Syaza masa nak balik. 


Yang gambar dengan Syaza takde satu pun yang menjadi. Kira nilah yang paling jadi. Hailaaa nasib~

Harap-2 lepas SPM nanti kita dapat jenjalan macam ni lagi. Sekali dengan budak lain pun boleh, lagi best!
Till then, bye!

Main masak masak

22:30
Hai. Apa khabar? Hahaha. Time aku taip entry ni hari Rabu, 22 Mei. And harini boleh dikatakan 'konon konon last exam'. Padahal esok ada paper Sejarah 3. Alaaa tengok buku kan xD. Lepas ni cutiiiiiii! Woohoooooooooo ~ ^^ Macam-macam aku plan nak buat. Siap buat list dalam phone lagi kau. Seriously memang banyak benda aku plan nak buat. Tapiii, tu lahh. Cuti ni confirm macam-macam kerja kena siapkan. Maybe kerja sekolah, kelas tambahan, blablablaaaa. Bukan maybe, 'mesti'. Haa. 
Nampak tak aku lari dari tajuk? Hahaha, well. Its Ummu. bluerkkk xp
Lately ni aku suka masak masak. Faktor usia mungkin. Usia yang makin meningkat membangkitkan perasaan ingin belajar memasak sebagai persediaan untuk hidup berdikari dan melangkah ke alam rumahtangga. *ohh tolonglah, yang last ni tipuuuu* . Hambik. Bm A+ ayat aku. Okay dah , back to 'bahasa remaja'. Pfft! Hahaha. Aku kalau bukak youtube, benda yang aku tengok first first mestilah benda yang paling latest kat youtube tu. Then tengok Akdong Musician punya performance yang baru kalau ada, hehehe. Then cari lagu baru CN Blue & FT Island kalau ada. Kalau dah takde..... Tap! Aku confirm akan bukak channel Aeriskitchen. Aeri ni orang Korea tapi duduk kat US tak silap aku. *nampak tak aku famous? US= Ummu Slamat. Pfftt hahaha* Anak dia comel! Kacukan kot, memeyy ahh. 
So first recipe yang aku try buat based on resepi Aeri ni ialah Hoddeok. Apa tu? Haa meh nak cite sikit. Kononnya tahu. Cehhhh xp
Hoddeok ni dia doh dia macam doh pau, intinya gula, gula perang dengan kacang tumbuk. Aku ada tengok kat blog Fatin Liyana yang masa dia pergi Korea haritu. Katanya hoddeok ni diorang jual kat tepi jalan masa musim sejuk gitu. Dia jual panas panas. Bila makan rasa gula tu macam melt dalam mulut. Harga dia kat sana satu RM3. Kalau ikut matawang kita lah. 
So haritu aku buat lagi hoddeok ni. Buat kali ke 3. Mwahahaha. Aku suka buat sebab dia punya bahan and cara senang jea. Sedap jugak laaa *masuk bakul angkat sendiri. Berat. Letak balik. Lols xD*
Nak resepi dia, ce laa try cari Aeriskitchen kat youtube. 
Hoddeok dah lepas. Creampuff dah lepas. Nanti aku nak try buat pavlova, coklat oat, rice cake dll. Bila? Haaaaa berzaman lah nak tunggu makcik ni buat. Tengok mood xD 
Hahh, taktahu nak bebel apa lagi. So babaiii!~ ^^v
Aku type entry ni kat netbook. Masukkan gambar kat laptop. Publish kat laptop. Hahaha, stress keyboard rosak.

Happy Birthday Zur Ain! :*

02:49
hai. Aku tension ni sebenarnya keyboard rosak tak boleh guna, terpaksa guna on screen keyboard -,-
semalam 3 Mei. Best gila! 
Ceritanya macamni.
Bebudak ramai tak datang. Cikgu pun ada kerja. So kami buatlah kerja sendiri. Mula-2 tu okay lagi memasing buat latihan bio, math, physics semua. Yang aku pulak latihan math dgn bio dah siap separuh, so mulalah akal aku datang. 
"Jom main truth or dare. Tak pernah main.." *muka mengharap*
Then cari muka-2 yg macam malas nak buat kerja. Haa jumpa! Hahahaha. Manusianya ialah- Aku, Syaza, Mimin, Puteri, Kasmiena. Dah main main main, diorang yang lain pun nak main jugak. Hebak main ramai-2! Soalan truth dan cabaran dare nya takleh nak cerita sini lah sebab kitorang mengamalkan konsep "Cerita sini habis sini k". Hahah. Lepas waktu rehat lagi ramai yang join. Kepala masing-2 dah tak ingat exam dah. Release tension katanya. Pendek kata haritu sekolah memang tak rasa masa berjalan lah. Syioookkk jea :P 
Dan semalam jugak kitorang sambut birthday Zur . Hahahahaa. Hadiah nya pun paling best pernah kita semua bagi. Tak caya tanya zur. Hehe. And Zur, here for you;
Kehadapan Zur Ain binti Zainal Abidin,

Happy birthday to youuuuuuuuuuu!! Kita dah wish awak thru message, twitter kan? So kali ni thru blog pulak. Hewheww :3 Kita doakan awak berjaya hidup dunia akhirat, dipanjangkan umur, murah rezeki, dapat jodoh yang baik (ehem ehemmm) , dapat capai semua yang awak nak. Zurain janganlah tension-2 belajar, keep chill keep cool~ Banyak lagi benda kita nak lalui dalam hidup ni, ni baru sikit. So kita nak awak kuat, no give up give up! Stay positive. Ada problem jea ingat muka kita, mesti terus semangat. Hahahahaahaa lolololssss! xD . Okay, last but not least, sayangggggggggg awakk ! ^^~
Our birthday girl! xoxo XP





Friendship lasts forever. In shaa Allah :)

Till then, bye guys! ;)
p/s: To Zurain- Tahun lepas awak buat video kan untuk kita ? tapi kita tak reti buat video. Hanya ni yang termampu. Hekhekhek ;P
Happy birthday too to Faisal & Amir Shahmi! #3rdMaySiblings w/ Zur. Bestnya korang share birthdate sesama!
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.