Curi masa

22:01



Hai! Harini hari Isnin. Esok hari Selasa. Lusa hari Rabu. Tulat hari Khamis. Esok kepada tulat hari Jumaat. Lusa kepada tulat hari Sabtu. Tulat kepada tulat hari Ahad. Dan akhirnya berbalik kepada hari Isnin. Begitulah kehidupan.
LOL.
Okay, serious sikit.
Esok hari Selasa. Ada Sejarah. Huaaaaa ada presentation! Tak ready lagi dher. Tak, sebenarnya malas. Mwahahaha~ Tajuk Sejarah form 5 ni tak berapa best lah. Aku lagi suka tajuk form 3. Best! Pasal kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Hampir semuanya pasal Malaysia. Cikgu yang ajar masa tu pun best. 


geram ni, geram ..

Cerita pasal form 3, tiba-tiba rasa rindu masa form 3. 3KRK1. Masa tu tak aktif twitter lagi, account twitter pun takde rasanya.Masa tu dinamakan "ZAMAN KEGEMILANGAN FACEBOOK". Haaa boleh masuk kronologi sejarah ni. lolol! Masa tu kalau boleh nak online fb setiap masa! Dari petang sampai pukul 2-3 pagi gitu. Pastu kita menggila sama-sama dekat wall, IM kat group kelas.. Dengan topik yang bukan-bukan, typo nya lagi.. Pastu nanti naik sekolah mesti kena ngalan perkataan typo tu. Hahaha xD . Yang paling best cikgu kita, cikgu Joharrrr! Bestnya dia ajar math, dengar cerita dia, selalu motivasikan diri kita, sponsor hias kelas, buat sukaneka.. 
Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!~~~~~~~~ x(

Okay, berbalik kepada ketam.

Tadi masa nak balik jalan kat dataran depan tempat letak kereta tu *apa nama dataran tu aku tak tahulah* , terjumpa dengan Siti. Pastu mula lah merepek pasal Z. Hahahaha, campur sekali dengan cerita 'minang'. Pastu tiba-tiba teringat esok ada PJ, tanya lah dia esok nak main apa. Bual punya bual, kitorang kononnya nak main kejar-kejar macam Running Man; tulis nama guna marker kat atas masking tape *salah eja harap maaf* pastu tampal kat belakang. Waaaahhh kalau jadi mesti best! Tapi tak tahulah jadi ke tak kan, sebab takut dewan budak bola jaring guna, macam minggu lepas. Minggu lepas main pun sekejap sekejap, time bola jaring rehat jap kitorang main. Pastu bila diorang nak start kitorang merempat lah kat tepi tepi tu. Pehhh macam sadis jea siot bunyinya.Hahahaha. 

Hmmm... nak cerita apa lagi ek? Nilah masalah aku kalau taip entry. Selalu kehabisan idea, hilang ingatan secara tiba-tiba, takde penutup- trademark dulu dulu. Well, saya manusia normal~ 
Till then, bye!

p/s: I wrote this entry using my mum's 1Malaysia netbook.Cute and nice^^

You Might Also Like

0 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.