Curi masa

22:01


Hai! Harini hari Isnin. Esok hari Selasa. Lusa hari Rabu. Tulat hari Khamis. Esok kepada tulat hari Jumaat. Lusa kepada tulat hari Sabtu. Tulat kepada tulat hari Ahad. Dan akhirnya berbalik kepada hari Isnin. Begitulah kehidupan.
LOL.
Okay, serious sikit.
Esok hari Selasa. Ada Sejarah. Huaaaaa ada presentation! Tak ready lagi dher. Tak, sebenarnya malas. Mwahahaha~ Tajuk Sejarah form 5 ni tak berapa best lah. Aku lagi suka tajuk form 3. Best! Pasal kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Hampir semuanya pasal Malaysia. Cikgu yang ajar masa tu pun best. 


geram ni, geram ..

Cerita pasal form 3, tiba-tiba rasa rindu masa form 3. 3KRK1. Masa tu tak aktif twitter lagi, account twitter pun takde rasanya.Masa tu dinamakan "ZAMAN KEGEMILANGAN FACEBOOK". Haaa boleh masuk kronologi sejarah ni. lolol! Masa tu kalau boleh nak online fb setiap masa! Dari petang sampai pukul 2-3 pagi gitu. Pastu kita menggila sama-sama dekat wall, IM kat group kelas.. Dengan topik yang bukan-bukan, typo nya lagi.. Pastu nanti naik sekolah mesti kena ngalan perkataan typo tu. Hahaha xD . Yang paling best cikgu kita, cikgu Joharrrr! Bestnya dia ajar math, dengar cerita dia, selalu motivasikan diri kita, sponsor hias kelas, buat sukaneka.. 
Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!~~~~~~~~ x(

Okay, berbalik kepada ketam.

Tadi masa nak balik jalan kat dataran depan tempat letak kereta tu *apa nama dataran tu aku tak tahulah* , terjumpa dengan Siti. Pastu mula lah merepek pasal Z. Hahahaha, campur sekali dengan cerita 'minang'. Pastu tiba-tiba teringat esok ada PJ, tanya lah dia esok nak main apa. Bual punya bual, kitorang kononnya nak main kejar-kejar macam Running Man; tulis nama guna marker kat atas masking tape *salah eja harap maaf* pastu tampal kat belakang. Waaaahhh kalau jadi mesti best! Tapi tak tahulah jadi ke tak kan, sebab takut dewan budak bola jaring guna, macam minggu lepas. Minggu lepas main pun sekejap sekejap, time bola jaring rehat jap kitorang main. Pastu bila diorang nak start kitorang merempat lah kat tepi tepi tu. Pehhh macam sadis jea siot bunyinya.Hahahaha. 

Hmmm... nak cerita apa lagi ek? Nilah masalah aku kalau taip entry. Selalu kehabisan idea, hilang ingatan secara tiba-tiba, takde penutup- trademark dulu dulu. Well, saya manusia normal~ 
Till then, bye!

p/s: I wrote this entry using my mum's 1Malaysia netbook.Cute and nice^^

Ujian 1

14:40
Lama rasanya tak mengupdate ni. So, Haiii!
Err... macam awkward pulak siot. Hahaha. Well, berdasarkan tajuk, kitorang baru habis jawab Ujian Kurikulum 1. Rata rata subjek keluarkan soalan bab 1 , tapi adalah jugak sujek yang sampai bab 2, masuk form 4 sekali pulak tuu. Pehhh stresss! Tapi takpelah benda dah lepas. Result certain subjek pun dah dapat. Macamana? Hahahaha. Setakat  ni alhamdulillah laa, just so-so jea. 
And alhamdulillah, addmath lulus! Tahun lepas exam akhir tahun aku gagal T.T .. Tapi harapnya result ni bertambah  baik laa. Sebab tahun lepas pun masa Ujian 1 aku lulus dapat A, tapi lama-lama makin turun..turun...turunnn.... dan akhirya fail. Taknak lah benda macamni jadi tahun ni jugak. Taknak taknak! At least C laa paling teruk pun aku nak dalam SPM nanti. Tapi of course lah kan nak straight A, cuma kalau dah tak termampu and setakat tu jea yang kita boleh dapat, nak buat macamana kan. 
TAPIII! Kita kena lah optimis, jangan pesimis, kelak menangis! Cewahhh hahahaha. Tapi betullah. Sorry to say, tapi aku tak suka tengok orang yang baru gagal or turun markah sikit tapi reactionnya macam dah gagal nak hidup. Chill laa, gagal sekali bukannya gagal selamanya. Yess, memang cliche tapi tak ramai orang yang boleh berpegang dengan prinsip ni. And yess again, aku pun kadang kadang tak boleh berpegang sangat dengan prinsip ni. Bila dah gagal ataupun hampir gagal, aku rasa macam , "Bodohnya aku. Kenapa aku tak boleh dapat result macam dorang?" sambil lap hingus guna alas meja. K tak lawak. Result bio, fizik, kimia aku selalu cukup-2 makan, around 40+ gitu. Perasaan bila dapat result cemtu memang... haih hanya Allah dan orang yang senasib result dengan aku jea yang tahu. Then aku terfikir, buatpe nak meratap dengan result yang 'jahat' cenggini? Lebih baik jadikan dia sebagai pengajaran and terus berusaha ! Yeahhhhh ^^ . 
Aku kalau boleh tahun ni taknak laa malas malas lagi. Walaupun aku sebenarnya takdelah minat sangat dengan Sains ni, tapi dah namanya budak kelas Sains, kenalah belajar subjek subjek Sains tu ye dak? Kalau akaun lagilah aku lemah, walaupun aku minat math & addmath. Tapi walaupun nak fokus belajar, takdelah sampai tahap taknak enjoy kann... Hahahaha. Aku tetap nak karok dalam kelas sama sama dgn Mimin & Syaza, main kejar kejar, story story, dll. Tahun ni kan tahun last kita sekolah.. Wuwuuwuwuwuu T^T . Cuma kena bahagikanlah. Waktu belajar, belajar, waktu  main, main.
Dan aku rasa aku dah melebih nii. Haha, lari dari tajuk kan? Well, barulah Ummu namanya. Haa kan dah meniba. Dah macam ceramah motivasi dah. Okay lepas ni boleh jemput aku k, bayaran RM 500 sejam. Lolss~ Byeeeeee! ^^
p/s: Takde kena mengena dengan hidup atau mati, cuma luahan rasa jea *peace*
p/s/s: Segala typo harap di'buat buat tak nampak'i. 
p/s/s/s: Aku suka tengok loveline korang kt twitter. Like...."omooo so sweetttt!" Hahaha ye kau..kau laa. kkkkk bye bye bye.
Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.