Cinta Syeraimi ❤ #suka aku jea taruk tajuk -.-

19:30


----------------------------------------------------------------------------------------





          "Eh, Syera! Kau tengok tu.. Handsome gila kan mamat tu? Boleh histeria aku!". Bola mata Fina tidak lepas dari memandang jejaka terhangat idaman seisi sekolahnya itu.
          "Ohh, dia tu? Memang ah .." Syera memandang lelaki itu sekilas. Raimi Azri, siapa yang tidak kenal? Pelajar top 5 , pemain bola sepak sekolah, atlet kebanggaan pasukan Baiduri (biru) , pendek kata dialah tulang belakang sekolah. Semua gadis-gadis  memujanya , termasuklah Fina . Tapi bagi Syera, Raimi .... Ahhhh! Lupakan Raimi ! Lupakan ! Dia bukan untuk kau !
         "Fina! Jomlah pergi tempat lain. Sakit mata je duduk sini! ". Syera terus menarik tangan Fina yang masih terpinga-pinga dengan maksud kata-kata Syera. Langkah Syera laju menuju masuk ke perpustakaan. Raimi yang terperasan kelibat Syera mengeluh kecil melihat tindakan Syera yang sengaja mengelak diri darinya. Syera ...

***




         "Syera, apa maksud kau 'sakit mata je duduk sini'?",tanya Fina sambil meniru intonasi Syera sebentar tadi. 
         "Ala, takde apa-apa lah..". Syera menjawab malas soalan Fina.
         "Kau tak payah nak rahsia sangatlah dengan aku. Aku tengok mata kau dah tahu. Kau tu tak pandai menipu tau tak?" ujar Fina.
         " Ye lah, ye lah. Macam ni ...".Syera menceritakan dari A hingga Z kisah antara dirinya dengan Raimi. 
        "Maknanya kau dengan dia ... " . Terlopong mulut Fina mendengar cerita Syera.
        " Dulu okay, sekarang dah tak !",Syera menekan perkataan 'dulu' . Sungguh, hatinya bagai dihiris saat teringat kenangan antara mereka berdua dulu.

***




       "Syera, sorry. I can't. I'm really sorry..", perlahan suara Raimi . Berat hatinya untuk menerangkan perkara sebenar.
       " What? but .. why?", terdiam sejenak Syera . 
       "I just can't love you. Because I have someone else in my heart..". Bagai nak luruh jantung Syera. Benarkah semua ini? Air mata yang dari tadi bertakung menitis jua akhirnya.
       "Who is she ?", Syera sempat mengukir senyuman kepada Raimi. Palsu!
       "My cousin,Deena. I love her so much. I hope you understand and please don't contact me anymore ..". Raimi terus berlalu pergi meninggalkan Syera dengan sisa tangisnya. Tak sanggup melihat air mata Syera mengalir kerananya. I'm sorry Syera ..

***



       Syera, jumpa kat makmal Biologi pukul 10. Ada hal penting yang saya nak bagitahu. Wajib! - Raimi

       Apa kes pulak dia ni nak jumpa aku? Ohh, mungkin dia nak tunjuk betapa bahagianya dia lepas tinggalkan aku. Dan mesti dia ingat aku tak nak jumpa dia sebab aku lemah. Hello, ni Rania Syaira  okay!

***



      Syera masuk ke dalam makmal Biologi tepat jam 10 pagi. Aik? Takde orang pun? Haa, kan dah agak. Mesti dia nak pancing aku ni . Ingat aku ni apa? Huh !
      Syera berjalan menuju ke meja guru di dalam makmal. Eh, surat? Untuk aku? Syera duduk di atas kerusi yang disediakan sambil membuka surat di tangannya ..

Assalamuaikum Syera ,

     Saya tahu awak kecewa sangat dengan saya kan? Saya nak minta maaf banyak-banyak kat awak sebab buat macam ni kat awak. Sebenarnya saya terpaksa . Saya terpaksa cakap macam tu kat awak sebab Deena. Dia cintakan saya, tapi saya tak cintakan dia sikitpun. Tapi parents dia suruh saya terima dia dan buat dia gembira sebab umur dia tak lama. Dia menghidap kanser,kanser otak. Saya tak sanggup nak tengok dia derita. Awak tahu tak? Seminggu lepas saya cakap saya tak cintakan awak, dia meninggal. Tapi saya tak terkilan, sebab saya sempat buat dia happy, walaupun semuanya pura-pura. 
     Rania Syaira, saya cintakan awak! Awak sorang je! Tapi saya tak kisah kalau awak tak nak terima saya dah sebab saya tahu saya tak layak untuk awak .. 
Lots of love, Raimi ..

       Air mata Syera mengalir laju. Raimi ! Rupa-rupanya ini perkara yang sebenar. Tiba-tiba pintu makmal dikuak seseorang dari luar ..

Dikeheningan malam, 
Termenung ku berseorang 
Tak lena mata dipejam 
Terdengar suara terngiang 
Suara merdu yg disayang 
Bagai kau didepan mata 
Ku capai tapi tak kena 
Sukarnya memendam rasa 
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu, 
Terkenang mu sayang, terasa sayu, 
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam, 
Jauh terbang diri ku melayang, 
Aku rindu, 
Sentuhan mu, ku rasa sayu, 
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini, 
Bawa ku dalam pelangi, 
Melepasi batas diri ini...

Lagu ni! Lagu yang membuat tidurnya lena tika dulu. Setiap malam, Raimi akan menelefonnya semata-mata untuk menyanyikan lagu ini untuknya hinggalah akhirnya dia terlena.
         Syera memusingkan tubuhnya menghadap Raimi. Air mata diseka . Tiba-tiba, Raimi melutut dihadapannya sambil menyuakan kertas bertulis ...


     "Please give me answer. A.S.A.P !!" . Raimi mengukir senyuman lalu menuju ke pintu keluar makmal. Tiba-tiba kertas yang telah direnyukkan hinggap di kepala Raimi. Raimi mengaduh sambil tangannya mencapai kertas itu. ' STUPID !' . Raimi mengerut keningnya. Dia memandang Syera . Syera mengarahkannya untuk memusingkan kertas itu ...


----------------------------------------------------------------------------------------------

       #teettttttt!!#

Ce korang teka ape jadi seterusnya? Diorang kiss? ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Ni cerita melayu la, bukan korea der. Haha :D Lastly, diorang jadi pasangan couple terhangat kat sekolah tu. Sekian, the end . :)

p/s: Cerita tak sweet sebab aku tak romantik.
p/ss: Aku malas nak buat penutup cerita ni. Trademark kononnye -_____-








You Might Also Like

12 comments

Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.