Percuma a.k.a free sudah! lol~

15:54


Lonely lonely~ xD wehh, lagu I Wish daebak! (Y)

Exam dah habis weh! Hahaha. 
Masa hari last periksa, masing-masing memang dah tak sabar nak habis. Muka macam dah kena penjara 44 tahun menunggu masa dibebaskan lepas terselamat dari tali gantung. Lol merepek~
Cikgu pulak boleh pergi lambat-lambatkan waktu bio sebab budak tengah ambik moral. Pffft .
Akibatnya bukan buku bio yang dibaca, cerita hantu yang keluar. HAHA Memula villa Nabila, lepastu melalut Penunggu Istana, Kesurupan, Suster Ngesot, Seekers bllablablaaa~ Masa cikgu dah nak kutip paper bio 3 yakni paper yang last, budak kat belakang dah kecoh dah. Aku terdengar "....Running Man.." Haa, aku rasa aku tahu siapa. Hehehe :3 Cuma budak depan je tak bising sebab SN2 ada paper lagi. Tapi rasanya harini dah habis jugak kot? TAHNIAH! :D . Minggu depan sekolah, pulang buku. Result? Ohh please jangan bagiiiiiiii -________-

Gah, papepun we're free now. Cikgu, mohon bagilah kami peluang untuk bersuka ria masa cuti ni sebelum menempuh azab SPM pulak T^T *SPM dah? Cepatnya masa berlalu....*
Aku harap form 5 nanti otak jadi geliga macam Nadhirah! 

See gambar kat atas? Hahaha, masa tu Hongki tengah nyanyi "Lonely lonely~" Serious aku dah macam addicted dengan lagu I Wish. Music dia best, suara of course ah sedap. Cuma rambut dia kurang berkenan di hati. Pehal rambut kau kerinting dhoe? -.- Tapi dimaafkan, sebab suara kau sedap xD
Orang semua gila BigBang, B2st, 2pm, DBSK, Boyfriend semua tu. Aku pun suka jugaklah tapi aku lebih suka CN BLUE & FT ISLAND. Sebab konsep diorang lain ^^ *meniba kan aku bercerita


aku prefer rambut camni dari rambut keriting tu. Tapi ni agak ...... Haih malu nak cakap. 

Eh dahlah. Melalut dah ni. Meniba masuk kpop segala niii. Bahaya weh kalau terjebak. Tak boleh keluar karang xP . 

Byebye, love you, take care, muahmuah! ;* <--------style dulu-dulu="dulu-dulu" i="i" penutup="penutup">

fizik + mimpi

19:00

Hai! Rajin pulak kan aku update blog sekarang. Hahaha. Bukan apa, alang-alang aku online kat laptop ni sekali sekala tu update lah. Rasa bersalah pulak kadang-kadang dekat blog ni. Maafkan kita awakkk :'( *LOL drama*.
Tadi periksa Fizik. STRESSSS!!! Dahlah semalam aku  baca macam nak taknak jea masuk kan. Pastu time periksa aku rasa macam apa yang aku baca semua tu tak keluar. Like.... Damn -.- . Paper 3 merepek.. Paper 1 kira kira tak dapat jawapan. Paper 2 lagilah. Soalan density segala bagai. Tu bukan ke tajuk form 2/3? Huh! Masa buat paper 2 aku siap agak awal sebab aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Nak hentam pun tak sampai hati dah sebab banyak gila kott aku hentam! Esok Addmath pulak. Harap-harap Addmath membri sinar kebahagiaan buatku. HAHA merepek!

Okay, berbalik kepada ketam.

Haritu aku mimpi ustaz Firdaus. Hahhaa. Masa tu kita sekelas duduk kat dalam macam bengkel KH. Pastu tetiba dia datang pakai kemeja cekelat, lengan lipat dengan senyuman dia yang nampak gigi tu. Korang pulak bila dah nampak dia, menjerit macam apa! Hahaha. Lepas tu kita sembahyang jemaah kat surau. :D

Hahaha, aku pun tak tahu kenapa aku boleh mimpi dia. Maybe sebab kita kan exam dalam dewan mini. Mungkin kenangan masa form 2 belajar kat dewan mini terpanggil-panggil. Eceehh! Gara-gara mimpi tu, esoknya tengah jawab paper chemistry aku tersengih sorang sorang xD


manalah ustaz sekarang. Mungkin dah ada anak kott. HAHA


Btw, tadi aku terbaca blog Amir Shahmi. Pehh untunglah dah habis exam -,- Takpe-2 , lagi dua hari. Fighting! Dan yeayyyy kerana aku dah ingat password novel online aku. Cuti nanti bolehlah sambung mengarang sambil tengok Running Man^^ . Oklahh, dh nak maghrib, byeee! Nanti ada masa kita update lagi.*ciumpipikirikanan*


p/s: Budak form 3 dah habis sekolah. Sabar yea menunggu masuk form 4. Rasain luu! *evil laugh* Jumaat ni cuti . Yeayyyyyyyy! Tapi seminggu lepas tu straight 4SN1, 4SN2, 4SN3, 4AK sekolah. Shittooo -,-

I'll be back!

09:26


Hai, Assalamualaikum salam pembuka bicara. Selamat pagi saya ucapkan. Bertemu kita sekali lagi pada pagi yang berbahagia ini wahai sidang redaksi hadirin yang dirahmati Allah sekalian . 

 HAHA lol!~ Apa gua merepek siot pagi-2 nii. Pagi? Hahaha pagi-pagi lagi aku dah mengadap laptop.
Bosan kononnya. Padahal chemistry bab 3 pun tak lepas-2 lagi. Hadoiiiiiii -__-

Chemistry? Haa memang tk ahh! Esok peksa chemist dhoe. Aku takut. Sebab aku rasa aku tak paham apa pun pasal chemist. Setakat molecule, element semua tu boleh lagi. Bila dah start masuk proton neutron semua aku dah start pening. Masuk pulak Periodic Table lagilah lalok! Haihh
*lepastu masing-masing sibuk study nak chemist sampai lupa nak study Sejarah kan. Hahaha

Lepastu Fizik pulak. Haa ni lagi satu. Formula dia tu banyak sangat! Satu chapter entah berapa banyak formula dia. Tapi aku rasa kalau aku belajar betul betul betul betul betul boleh kottt . Haha. 
Yang addmath pulak aku memang lah susah nak score A. Tapi aku rasa tak membebankan sangat sebab aku suka Add math. Tak tahu kenapa. It just fun! ;D . Biology? Haha ini kalau tak leps memang satu sebab: MALAS.
Sebab study bio memng kena banyak baca. Semua ada. Masalahnya aku ni pemalas nak membaca. Lagi pulak aku memang kurang berminat dengan organ-organ dalaman ni semua. Memang tak ahh -.-

btw, harini 28 oktober. Semalam 27 oktober dan BigBang datang buat konsert woooo! wuwuuuu~ HAHA.
Hai TOP, hai GD, Hai Taeyang! Hahaha. Dekat TL penuh semalam pasal #MYAliveTour . Pehpehhh. Agak kejelesan disini.

Eh, dah pukul 9 lah. Aku nak masak magi jap untuk sarapan. Laparrr~ :'( Haha Byeeee! 

p/s: Tajuk takde kaitan kan? Hahaha

short update

12:16

*rumah cikgu Daliyanie, tayang cover leopard Myra Al*

16 September.
K harini hari last Syawal.
Harini Hari Malaysia.
Harini sedara Tangkak datang.
Harini makan rendang.
Harini edit blog.
Header gambar Jihyo.
Dia sangat comel walaupun dah tua.
Tu jea nak bagitahu.
Byeeee loveyou ;*


*meniba gambar Running Man*

Kalau tengah stress , tengok Running Man confirm hilang stress tu. Sakit perut gelak! Hahaha.
Tak caya ce try ;)

Dahdahhh , bye !

Thanks guys ;*

02:54

Sekarang dah pukul 2.40 am dan aku tak tidur lagi. Ayoyooooo , jakgi pukul 4 kena bangun sahur pulak.
Apa nak jadi niii?!

____________________________________

Okayy semalam 11 Ogos 2012, genaplah saya Ummu Liyana Sahira berumur 16 tahun. Sobsobsss, benci k makin tua :'(
And thanks to korang korang korang yang wish birthday aku baik kat facebook mahupun twitter. 
Thanks a lot ! I LEBIUU SO MUCH ! ;*
Yang tak menahan bila aku call korang . Ye laa kan dapat free call. Hahaha, entah benda jea aku merepek masa call tu kan xD

And akak ngan abang aku ada bagi hadiah. HAHA

Bag polka dot kay! Gilaa tak suka! Haha. Ni pun nasib baik dia ada bonus raya kott. Dapatlah bahagian ku sikit. Hehhe :3


Ni hadiah abang aku bagi. Baju Superman wooo~ Ni pun sebab dia tak muat, so dapatlah kat aku.
Bukan baju Superman yang spender kat luar tu k Afie! Hahaha. 

Tapi hadiah yang paling aku suka ialah hadiah mak aku ; KALKULATOR.
Hahaha. Kan dah nak peksa ni. Kalkulator aku yang beli masa 11/4 tuh dah hilang. Maybe kena curi.
So agak lama jugaklah aku takde kalkulator, just guna 350 jea. Bila orng buat kerja Math @ Add math , aku duk tiru jea jawapan depa. Hahha, senang kerja k. Thanks semua fr the presents :)

Ya Allah, terima kasih dengan nikmat yang telah Engkau berikan selama 16 tahun ini. 
Terima kasih kerana mengurniakan aku keluarga dan kawan yang menyemprnakan hidupku.
Ya Allah, kau berkatilah kami dan kurniakanlah kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amiiiiiiinnn ~

Again, thanks for the wish guys ! :)

kerash

16:18

Hai. Sihat? Puasa tak? Klau tak sihat cpat pergi hospital! Kita kat sini sihat je. Kuih raya dah buat? Tahun ni kita tak buat kuih raya pun. Baju raya tahun ni berapa pasang? ←*intro tulis kad raya dulu-2*

Haiiiii. K tetiba dtang mood jiwang aku. Hahahaha. K tak lawak pung.
Fyi, aku sekrang ni single mingle triangle. Ye, memang lah aku tak pernah couple.
Maksud single di sini ialah bebas daripada crush. You know crush? Crush is like sambal petai and you campur it with cekodok masin. LOL

Okay , crush pertama aku budak baik. Hahaha, serious dia memang baik gila. Pandai pulak tu. Dan gua memang malas nak cerita lebih-2 pasal dia sebab gua pun dah memang tak suka dia. Hihiii

Crush kedua , dia ni muka takdelah handsome mana. Masa mula-2 aku suka dia aku ingatkan dia ni macam nerd. Aku memang tak suka cari yang hotsetap nii, tercabar katanyaa. HAHA
K, tadi kn aku cakap dia ni macam nerd. Sekali rupanya ...... ramai orang suka dia. shiiiiiiiittaaa ~
Tapi ada satu moment yang aku tk boleh lupa. Bila dia IM aku kat Facebook. Waaaa excited gila ! Haha.
 Okayy ni eksklusif aku tayang .. *bajet retis betul. flip tudung please*

Haha, gambar dan nama sudah diconteng awal-awal. Benda ni dah lama dahh, tahun lepas.

HAHA. Did you see that he's trying to speak in english with me? Hahaha, aku pun tak tahu motif dia. Lantakkk~

And ex cush aku yang latest, ada lah budak tu. Tinggi sudah semestinya *yang penting bukan Mirza. Haha.*
Tapi kenapa dia jadi 'ex-crush' aku? Sebab dia dah ada gf. Aku rasalahhh. #SadLife
Sebab yang kedua, Myra Al Hikhok  pun suka dia jugak. #DoubleSadLife
HAHA.Hadoiii, tak boleh blah betullah. Kenapa mesti sama?? =="

Okayy, dah tu jea.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas ~! ← penutup kad raya

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

07:13


HAI! SALAM 1MALAYSIA! 
haha~ Pagi-pagi lagi dah datang tebiat kurang matang.
Haaa... Anda-anda semua puasa ke tidokk?
Klau yang perempuan tu saya ngerti dehh, tapi yang lelaki? .....maybe dia sakit kott #ThinkPositive
Aku nk cerita ni. Tapi cerita ni start dari 30 Syaban lah. Hihi

30 Syaaban

Harini hari last kita bermakan-makan di kantin sebab esoknya dah nak puasa. So masing-2 sibuk nak bawak makanan. Hahaha. *Kelas sebelah siap buat jamuan lagi kay. Much jealous. K sebenarnya tak jealous pung :P
Dijah bawak kek batik, Aiyin bawak nugget, aku bawak Murtabak Maggi of course! Hahaha.
Tapi kali ni aku buat perisa tomyam. Lain sikitlah. Selalu kari.
Tapi! Walaupun perisa lain, murtabak maggi tu habis dalam masa tak sampai 3 minit. Tak sempat sampai rehat pung! Padahal 2 bekas kott aku bawak. Kek batik yng katanya rasa cloud 9 dan mejadi peberet PH serta nugget tu pun habis. Haha! Nampak sangat korang ni kebulur xD



*gambar selingan, credit to google. Hahhaa, terliur ye kak? ;P*


1 Ramadhan

Selamat datang Ramadhan! Hhaha. Semalam pagi-2 lagi dh bukak buku resepi. Sibuk nak masak semua benda! Haha. Bila dah tengok buku resepi mulalah terliur. Tengok nasi goreng pun kata "Sedapnyaaaaaaa!"

Dan akhirnya, mak aku nak buat nasi lemak berlauk. Aku pulak nak buat kek batik. Dan lagi satu kitorang buat samosa. K pengakuan terbuka, ni first time sebenarnya aku buat kek batik walaupun benda tu sebenarnya senang nak M. At last jadilah jugak kek batik aku tu. Sedap kay! Hahaha

Dan sekarang 2 Ramadhan.
Aku tak tidur lagi sejak bangunsahur tadi. Dan rasanya kejap lagi mata aku ni mintak ditidurkan lah tu. Kbyee ! ;)





Selamat berpuasa semua ! :D


I'm back baby ;*

18:27

Hai ! Annyeonghaseyo ! HAHAHA
Lama gilaaaaaaaaaaa aku tak update blog kay. Rasa bersalah pulak dengan followers-2 sekalian.
Serious bila naik form 4 , rasa macam malas gilaa nak online. Facebook? Of course terabai sebab penghuni kat situ sekarang ni macam aneh-aneh jea. Twitter? Tak pernah diabaikan! HAHA.
Tapi tweet just via text jea, sebab takut nak online lama-lama kat depan laptop. Dengan result exam yang 'super-awesome' , kau rasa aku boleh ke nak mengadap laptop lelama? Nak kena jeling dengan cik Slamat? Hahaha




Bila dah naik form 4, satu benda yang memang menyesakkan kepala otak , of course lah subjek-2 sains tulen. 
Ohh, dan tak lupa jugak, Add Math . ( Aku..... failed -.-')
Bio, Chemistry, Physics.
Tga subjek jea padahal, tapi ... Ya Allahhhh! Tnsionnya tak terkata!
Add Math? Masa cikgu ajar memang faham. Buat kat buku Booster dalam kelas pun faham.
Tapi! Bila cikgu bagi latihan suruh buat kat rumah, molek jea nanti soalan tu patah balik kat cikgu. Hehe





Dan jugak bila dah naik form 4, masing-2 dah mula naik miang. HAHAHA
Sibuk beno dengan crush masing-2. Sana crush, sini crush... haihhhh.
Puteri tak habis-2 dengan Suhazri kesayangan dia tuh. Hadoiiii, penat boleh nak layan dia?? -___-
Khadijah memang dah habis kena ngalan jea dengan Cikgu Daliyanie & Cikgu Saadah.
PH PH PH :D
Ainaa? hahaha. Melting dengan H dia. 
Tapi sekarang dia tengah 'bermusuh' dengan H sebab kawad kaki Puteri Islam kalah dengan Kadet Polis. Hahaha
Aku? ...............\heartbrokenforever/ HAHA
*Eh tapi haritu serious muka budak tu sebijik Muslim! Tapi aku rasa dia tu form 2. Taknak akuu -.-

Haaa, aku rasa korang macam dah lebih 4 bulan jea. Ayooo ta ta yoook! ^^v

Lagi lagi lagi? 
Hahaha aku pun tak tahu nak cerita apa.
Ohh yaa, tak lama lagi nak puasa kan?
Harap-2 kita dapat sampai dengan bulan Ramadhan dan harap ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita. 
Amiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnn !!

Hahaha. Comel jea baby ni. Yeahhh, success!

finally baby !

00:11

Ahhhh melting !

Haii ! Haritu Zur complaint aku dah lama tak update blog. Hahaaha. Biasalah alasan : BUSY. #selalu tau bajet Rosmah *flips hair
And plus lappy akak aku banyak keyboard rosak. Malas aku nak taip guna on-screen keyboard tu. 
Ni pun abang aku balik, dapat lah online guna lappy dia. Okay, gua dah ngantok , gua nak tidur. Babai , assalamualaikum :)


Tell me why ..

23:37

Okay, aku bosan sebnarnya. Tak tahu nak update ape tapi aku rasa sekarang aku dah tahu nak update apa. Hahahaha



Seriously bila dah masuk form 4 ni aku rase lain macam. Dah mula ade permusuhan dalam kelas. #Amboi ayat? Gahh lantak !
Memang aku tak suka bila keadaan jadi cenggini. Bila masing-2 mula mengata habislah. 
Aku tahu kalau tengah gaduh kita akan jadi macam budak-2 kan? Macam quote kat atas tu lahh. 
Then why not kita berfikir secara matang? Cuba fikir bila kita dah takde musuh, takde mengata satu sama lain. 
Hidup mesti aman bahagia makmur sentosa nusa damai scientex. K merepek .

Aku mengaku yang dulu masa mula-2 tu aku memang ter'emo' sikit. Ye lahh, kawan aku kott yang korang mengata. Kalau setakat sorang okay lagi. Tapi sekarang ni aku tengok dah makin ramai pulak. Masing-2 back-up bff, pastu yg bff pulak kena hentam. Tu yang sejak semalam aku just perhati jea korang tweet-2 tu. 
Tiba-2 aku rasa macam "Haihh penat lah tengok korang ni gaduh. Tak mature pulak dah aku rasa".

Aku bukan apa, sini kawan aku, sana pun kawan jugak walaupun tak rapat. So bila dah jadi camni aku rasa macam tersepit. 
Nak kawan sini nanti yang sana mengata kita, nak kawan sana yg sini cakap kita apa pulak kan. 
Aku rasa macam ... urgghhhhhhhh ! Seteres guaaa ! 

Okay lahh, aku buat post panjang-2 pun bukannya ada orang nak baca.
And aku nak cakap sorry lah kalau entry ni buat orang terasa, aku tak defend mana-2 pihak pun.
Cuma satu je aku nak cakap,
"Memaafkan seseorang itu adalah perkara terindah walaupun kita mungkin tak boleh berbaik macam dulu"
Dan bagi aku minta maaf tak semestinya kita salah :)


Tak rasa ke aku punya entry ni emo sgt? Hahahahahaha. Just my opinion kay.

Aeen : Aku still dendam ngn kau ni. Haha. Dendam berahi ~ xD
Dijot : Kau jangan berani-2 nak rampas Muslim aku , he's my only. Eh lupa Nami kan adaaa :P

12345

17:07

Haii korang ! Haha.
Cuba tengok tajuk ? Kenapa 1 sampai 5 jea? Sebab nombor 'enam' rosak , aku malas nak bukak on screen keyboard tuu . :P
#Haha, sebenarnya tajuk tu takde function pun. Aku tak tau nak letak tajuk ape -.-
 Lama kott aku tak update blog . Eh, Myra dengan Mimin lagi lama rasanya. Haha
Aku jeles tengok Aeen dengan Dijah duk update blog, kalah aku =='
Tapi masalahnya bila aku nak update nilah.. Tade idea. Huahuahua
Okaylah, kita main share-2 gambar jea lah eh? Boleh kan boleh kann ? *sambil blink-2 mata bajet comel*

Tadi aku bukak folder gambar terjumpa gambar-2 ni :-




masa form 2 kott , haha .

Bawah ni kenangan 3KRK1 :)

haha, cuba cari akuu :P

Koir bebehhh !


Masa pertandingan mewarna 'paksarela' -.-


Hewheww 

 Meja aku :)

Bajet nak tulis nama. Eh mestilah! Penat tau kitorang buat kerja . :D

Hijau  & Purple :) Comeellll !

Chaq !! hahaha

3KRK1  , love you ..

Aku stress kalau tengok gambar ni? Kenapa? Tengok jea lah sendiri -.- #Beza dulu dan sekarangggggg

Okay, tu jea. Bai. Oh, sorry kalau lambat loading . Banyak gambar pulak . :P

Aku dah tukar skin . Hihi. Sekian :)



Haihhh

17:27

Pagi-2 saya bangun pukul 5.30. Okay, lambat daripada biasa. Mandi, siap, solat, makan, tiba-2 van datang. Baru ingat nak potong kuku + kapur kasut , tapi tk sempat. Haihh.
Sampai jea kat sekolah, lampu kat dewan tak leh bukak kann, tension jea aku. Baru ingat nak buat sakibaki homework kt skolah. SHTI .
Aku duduk sensorang kat tempat form 4. Sorang-2 okay, kawan2 aku semua datang lambat. Paling-2 pun pukul 6.50 gitu baru ade seketul. Aku dari 6.30 pagi duduk menganga kat situ. Memang rasa macam forever alone ah pagi-2 tuh kan. -.-
Pastuh dah duduk sorang-2 terpandang pulak bilik katering. Pastuh teringat ... ahhh . Pandang tempat lain.

Pastuh Syaza kecik datang. Dia ajak gi tepon mak dia blablablaaaa~
Perhimpunan start.
Blablablaaaaaa~
Potpetpotpettt~
Dah habis .
Beratur nak masuk kelas.
Aku nampak pengawas check2 kuku. Aku tengok kuku aku, "Haihh, memang tak ah. Kena pulak kat minah ni kan"
Dah, kena tahan buat kali pertama okayy . #see? Aku budak baik kann. -.- haha

hiasan semata. Kuku aku tak sepanjang ni okayy . -.- Memang kuku aku jenis putih tu byk, kalau nak potong sampai putih tu habis, sakit kott . :/

Pastu dah masuk kelas tiba-2 Cikgu S_ _d_ _  masuk marah-2 cari budak PPI. Aku pulak lepas dah kena tahan terus lupa pasal penggambaran PPI tuh. Cikgu lagi nak marah-2, tahulah aku ni Naib Setiausaha tapi aku tak pakai baju uniform, sebab tu aku tak ingat langsung pasal ambik gambar. Pastuh tetibe Cikgu S_ _ w _  tegur nak ambik gambar tak leh pakai baju kurung, blablablaaa .. Pastu cikgu pun suruh masuk kelas balik. Pehhhhh --'

#Aku tak pakai baju ni sebab baju ni haritu terkena Nila , bercapuk. T-shirt pulak aku belum beli lagiiiii

Then waktu BI, boleh pulak perut aku meragam bagai nak rak . Aku da macam nak nangis dahh . Nasib baik tak meleleh lagi. 
Nasib baik jugak waktu Sir Ramesh tak banyak songeh, dapatlah aku belajar dengan tenang setenang-tenangnya.

Dah sampai kat rumah, boleh pulak kan tiba-2 laptop ni buat hal. Sikit-2 mati, Huhh !

Okayy , dah. Demikian tadi kisah tension saya. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa hari malang saya jatuh pada hari ini -_-
Mintak-2 lah berakhir sampai di sini saja. Sobsobss #Ayaatttt !

#Pengubat hati jap.
 Malam ni Malaysia vs Japan.
Harap-2 nasib malang aku tak jangkit kt diorang. Muahahaha~

p/s: aku ingatkan kau dah pindah, . Haha
 #abaikan 

Emmm ...

17:32

Emmm , eemmmm , emmm ..
Haihhhh .. Sebenarnya kannn ..
Aku tak tahu nak update ape memandangkan aku pun dah jarang-jarang online dan aku dah lama tak update blog dan tak tahu apa aku nak taip sebab tiap kali ade cerita aku nak cite kt blog mesti aku malas nak online dan bila aku online automatik cite tuh hilang dari kepala aku . 
#tolong baca dalam satu nafas. Fuuuhhhh :P

So sekarang aku nak cerita apa-2 je lahh , tapi tk tersusun . Boleh ? 
#Mestilahboleh, blog aku kann -.-

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmm, harini hari Ahad. Esok hari Isnin. Malas gila nak pergi sekolahhhhhhhh -.-
----
Tapi aku suka sebab tak payah gosok baju sekolah. Esok PJ !! Yeayyyyy !
----
Aku nak edit blog sendiri tapi aku malas nak transparentkan benda segala bagai tu. Nak guna blogskin macam tak puas.
----
Semalam sekolah ade buat sambutan Maulidurrasul. Aku pakai baju hitam sebab baju lain macam ... err , kg.com kott. Haha. Ayat kwangja ! Pastuh ade laa budak kata aku nak berkabung kannn. KESIOTAN betul -.-
----
Aku nak sambung buat novel tuh tapi tak tersambung-sambung. Takde idea dhoe ! -__-
----
Oh, yaa. Semalam aku tkde mood gila okayy. Ambik gamba pun sekali jea. Pimples really really makes me down .
----
Semalam aku asyik tengok kau je dhoe. Hensem. Pehhhh ♥.♥ Ehh ??
----
Tahukah korang, aku pandai bila buat latihan kt skolah tapi aku agak bebal bila cikgu bagi homework kt rumah. Adoiiiiii 
----
Dan tahukah korang (again) , aku buat entry ni punye lama ? Dari pukul 4 lebih tadi sampai sekarang pukul 5.15 pm. Pehhhh --'
----
Aku dah taknak ade kena mengena dengan mana-2 football players kayy? Sekian ~ #AimanHakimtakpe ;P
----
Aku nak diet. Kbaii !~

Saya mahu kulit yang suci tanpa cela seperti dulu ! Uwaaaaaa ~
#AkuTakdeScanner -.-

Bosan kan entry aku? Kesian korang. Haha. ! Bbbbbbbaaaaaaaiiii !

Nak jugakkkkkk ;*

18:41

Look . Please scroll down ..
.
.
.
.
.
.
.
.
K, ni bukan entry noktah semata okayy. .
.
.
.
.
.Hahha. Scroll ler lagiii ..
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaa .
.
.
. Eh, japp .
.
.
.
.Okayy , mempersembahkan !
.
.
#On-Screen Keybord tuh menyemak -.-


Kjakunnnn. Nadhirah dah ade, aku nak jugak.
Hahaha. Bangge sikit nii. #Izzaq reply tu jea kott , bukan apa pun -.-

K, homework berlambak lagi ni. Offline dulu . Assalamualaikum :))

Ohh, ya. Aku sekarang banyak online kat twitter. Sekian :)


noktah

23:58

.
.
.
.
.
.
.
.


 p/s: sekurang-kurangnya aku update kan? :P

Cinta Syeraimi ❤ #suka aku jea taruk tajuk -.-

19:30

----------------------------------------------------------------------------------------





          "Eh, Syera! Kau tengok tu.. Handsome gila kan mamat tu? Boleh histeria aku!". Bola mata Fina tidak lepas dari memandang jejaka terhangat idaman seisi sekolahnya itu.
          "Ohh, dia tu? Memang ah .." Syera memandang lelaki itu sekilas. Raimi Azri, siapa yang tidak kenal? Pelajar top 5 , pemain bola sepak sekolah, atlet kebanggaan pasukan Baiduri (biru) , pendek kata dialah tulang belakang sekolah. Semua gadis-gadis  memujanya , termasuklah Fina . Tapi bagi Syera, Raimi .... Ahhhh! Lupakan Raimi ! Lupakan ! Dia bukan untuk kau !
         "Fina! Jomlah pergi tempat lain. Sakit mata je duduk sini! ". Syera terus menarik tangan Fina yang masih terpinga-pinga dengan maksud kata-kata Syera. Langkah Syera laju menuju masuk ke perpustakaan. Raimi yang terperasan kelibat Syera mengeluh kecil melihat tindakan Syera yang sengaja mengelak diri darinya. Syera ...

***




         "Syera, apa maksud kau 'sakit mata je duduk sini'?",tanya Fina sambil meniru intonasi Syera sebentar tadi. 
         "Ala, takde apa-apa lah..". Syera menjawab malas soalan Fina.
         "Kau tak payah nak rahsia sangatlah dengan aku. Aku tengok mata kau dah tahu. Kau tu tak pandai menipu tau tak?" ujar Fina.
         " Ye lah, ye lah. Macam ni ...".Syera menceritakan dari A hingga Z kisah antara dirinya dengan Raimi. 
        "Maknanya kau dengan dia ... " . Terlopong mulut Fina mendengar cerita Syera.
        " Dulu okay, sekarang dah tak !",Syera menekan perkataan 'dulu' . Sungguh, hatinya bagai dihiris saat teringat kenangan antara mereka berdua dulu.

***




       "Syera, sorry. I can't. I'm really sorry..", perlahan suara Raimi . Berat hatinya untuk menerangkan perkara sebenar.
       " What? but .. why?", terdiam sejenak Syera . 
       "I just can't love you. Because I have someone else in my heart..". Bagai nak luruh jantung Syera. Benarkah semua ini? Air mata yang dari tadi bertakung menitis jua akhirnya.
       "Who is she ?", Syera sempat mengukir senyuman kepada Raimi. Palsu!
       "My cousin,Deena. I love her so much. I hope you understand and please don't contact me anymore ..". Raimi terus berlalu pergi meninggalkan Syera dengan sisa tangisnya. Tak sanggup melihat air mata Syera mengalir kerananya. I'm sorry Syera ..

***



       Syera, jumpa kat makmal Biologi pukul 10. Ada hal penting yang saya nak bagitahu. Wajib! - Raimi

       Apa kes pulak dia ni nak jumpa aku? Ohh, mungkin dia nak tunjuk betapa bahagianya dia lepas tinggalkan aku. Dan mesti dia ingat aku tak nak jumpa dia sebab aku lemah. Hello, ni Rania Syaira  okay!

***



      Syera masuk ke dalam makmal Biologi tepat jam 10 pagi. Aik? Takde orang pun? Haa, kan dah agak. Mesti dia nak pancing aku ni . Ingat aku ni apa? Huh !
      Syera berjalan menuju ke meja guru di dalam makmal. Eh, surat? Untuk aku? Syera duduk di atas kerusi yang disediakan sambil membuka surat di tangannya ..

Assalamuaikum Syera ,

     Saya tahu awak kecewa sangat dengan saya kan? Saya nak minta maaf banyak-banyak kat awak sebab buat macam ni kat awak. Sebenarnya saya terpaksa . Saya terpaksa cakap macam tu kat awak sebab Deena. Dia cintakan saya, tapi saya tak cintakan dia sikitpun. Tapi parents dia suruh saya terima dia dan buat dia gembira sebab umur dia tak lama. Dia menghidap kanser,kanser otak. Saya tak sanggup nak tengok dia derita. Awak tahu tak? Seminggu lepas saya cakap saya tak cintakan awak, dia meninggal. Tapi saya tak terkilan, sebab saya sempat buat dia happy, walaupun semuanya pura-pura. 
     Rania Syaira, saya cintakan awak! Awak sorang je! Tapi saya tak kisah kalau awak tak nak terima saya dah sebab saya tahu saya tak layak untuk awak .. 
Lots of love, Raimi ..

       Air mata Syera mengalir laju. Raimi ! Rupa-rupanya ini perkara yang sebenar. Tiba-tiba pintu makmal dikuak seseorang dari luar ..

Dikeheningan malam, 
Termenung ku berseorang 
Tak lena mata dipejam 
Terdengar suara terngiang 
Suara merdu yg disayang 
Bagai kau didepan mata 
Ku capai tapi tak kena 
Sukarnya memendam rasa 
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu, 
Terkenang mu sayang, terasa sayu, 
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam, 
Jauh terbang diri ku melayang, 
Aku rindu, 
Sentuhan mu, ku rasa sayu, 
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini, 
Bawa ku dalam pelangi, 
Melepasi batas diri ini...

Lagu ni! Lagu yang membuat tidurnya lena tika dulu. Setiap malam, Raimi akan menelefonnya semata-mata untuk menyanyikan lagu ini untuknya hinggalah akhirnya dia terlena.
         Syera memusingkan tubuhnya menghadap Raimi. Air mata diseka . Tiba-tiba, Raimi melutut dihadapannya sambil menyuakan kertas bertulis ...


     "Please give me answer. A.S.A.P !!" . Raimi mengukir senyuman lalu menuju ke pintu keluar makmal. Tiba-tiba kertas yang telah direnyukkan hinggap di kepala Raimi. Raimi mengaduh sambil tangannya mencapai kertas itu. ' STUPID !' . Raimi mengerut keningnya. Dia memandang Syera . Syera mengarahkannya untuk memusingkan kertas itu ...


----------------------------------------------------------------------------------------------

       #teettttttt!!#

Ce korang teka ape jadi seterusnya? Diorang kiss? ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Ni cerita melayu la, bukan korea der. Haha :D Lastly, diorang jadi pasangan couple terhangat kat sekolah tu. Sekian, the end . :)

p/s: Cerita tak sweet sebab aku tak romantik.
p/ss: Aku malas nak buat penutup cerita ni. Trademark kononnye -_____-








Lots of love , 움무 ♥

Popular Posts

Nak taruk palagey niiiii

Aku.... tak tahu nak letak apa kat sini. Haha nanti ah aku update lagi. Blur ni template baru huhu


Hadam

"Tolong. Terima kasih." Hargai. Jangan malu. Selagi ada. Dah takde jangan nak menyesal.